Wednesday, February 16, 2011

Prosperity Yee-Sang

Kat mana nak mulakan cerita ni? Macam mana nak mulakan.. Hurm.. Al-kisahnya, hari Khamis (10 Feb), bos saya, Ms Loi, ajak pergi makan Yee-Sang. Nak ajar katanya cara-cara makan.. Laju lah kami satu department pergi.. Sana itu apa? Sana itu Restoren Adnan Lee (Chinese-Muslim Restaurant) teletak kat Bandar Country Home.. Kenapa jauh sangat jangan berani tanya saya oke.. HAHA. Tak lah, tak jauh. Sebab selalu ulang-alik makan lunch di sana hampir 2 tahun! .. Sebab lagi, kan saya berada di Kundang.. Kundang dengan Bandar Country Home (BCH) tak lah jauh sangat.. Dalam 12km. Eh, begitu mendalam info. Nanti ada orang datang tangkap engkau azida masuk dalam kereta bawak lari baru tahu. T__T . Hus, jangan buat macam tu kat saya. Saya pasti takot. Tidak!! (tesedar dari lamunan) ..


Salmon Fish- Yee-Sang (background- dada Kailash)

 Ehem.. Kembali roh masuk pada jasadku semula. Oke2.. Ehem, sambung balik. Yee-Sang? Best jugak. Memang hati bebunga-bunga nak cuba.. Biaselah, semua benda saya nak cuba.. Oh macam ni ke Yee-Sang?? Blurr... Eh ade ikan Salmon la.. (teingat kawan nama Salman). Pastu, bos aku pon amek ikan tu dan letak di atas sekali. Apakah motif itu, saya sendiri tak pasti dan mungkin tiada ape-ape maksud.. Saya jek syok sendiri pikir bukan-bukan.. Dalam packet merah dan hijau tu, erm, tak tahu lah ape. Tapi macam pepper je.. Tah-tah MSG.. HAHAHA. Amek ko,botak kepala kalau betul.. Yang itu pon ditaburkan di atas rimbunan Yee-Sang..


Are you ready ?...

Wow. Tengoklah jari-jemari itu.. Itulah jari jemari yang suka expose. Tak dapat tayang muka, jari pon jadilah. T__T.. Asal diri sendiri je tahu itu "milik siapakah jari itu".. Da cukup puas hati si empunya jari.. Hati si tuan punya jari itu jugaklah yang tak sabar-sabar nak 'menghancurkan' Yee-Sang itu. Tengok. Ikan Salmon tadi.. Tu dia. Ada kat atas sekali. Mata saya masa tu target kat ikan tu. Sebab saya ni pantang nampak Salmon. Dulu hina, sekarang da jatuh cinta kt Salmon. (Bukan Salman Khan). Tu la, orang cakap, jangan benci nanti lama-lama jadi suka. Siapa nak jawab pasal tu.. Kan diri sendiri yang terlentok dengan ikan Salmon.. Jadi bersabar ye hati, walau mata da tepukau dengan ikan itu, sebabnya ikan tu hanya SEDIKIT. Ulang, SEDIKIT dan KECIK.. Hurm.. Sambil berdoa dalam hati, supaya chopstick itu mampu berjumpa dengan ikan selepas Yee-Sang tu da gaul nanti. "Ikan, permudahkan aku mencari ko".. Huhu.



Sudah ber-posing. (Background- warga DPI Konsult)

Dari kiri, Kak Zue (sudah manjadi Puan), Kak Ain, Agnes Monica (me), Puspa, Kak Wati, Ms Loi (bos), Sugi.. Kailash belakang tabir. Die photographer T__T. HAHA.. Tengoklah, semua da pakat ready nak menggaul.. Yang kat belakang tu, our consultant. DPI Konsult. Secara tak sengaja mereka pon datang. Tapi lain-lain table la yer.. Tak tahu maknanya? Maknanya, bayar asing-asing jugak.. Mesti pelik, kenapa tiba-tiba ada Agnes Monica kat situ. Saya tak da jawapan. Siapa tahu jawapan duduk diam, jangan angkat tangan.

Dan akhirnya, menggaullah beramai-ramai. Ada video tapi.... (hehe,tak yah upload). Masa menggaul ni, kita boleh wish apa yang kita hajat. Cakap kuat-kuat dan gaul tinggi-tinggi lagi senang tercapai hajat tu kot. Tah. Agak-agak je. Saya pon ade wish, tak kuat sangat tapi tinggi. Apakah maksudnya? So da tahu kan kenapa tak yah upload video?? HAHAHA.. :)

Sedap, memang sedap.. Semua orang boleh cuba.. Tapi carilah yang halal.. Rasa dia macam ada rase buah-buah.. Rasa halia paling banyak rasa kat lidah ni.. Sedap..


Gadis Ceria.

Gadis ini periang.. Rasa-rasa saya dapat tak ikan Salmon tu?? Teka lah....... :)

Friday, February 4, 2011

Four Happy Seasons


Penah tgk bangunan ni? Atau penah pergi? Penah ke tak penah nak merepek siket pasal ni.. Walau tak lah related sangat dengan cerita kedai ni.. Pergi sebab nak celebrate birthday utk kawan ofis.. Kalau tak celebrate pon mgkin saya akan pergi sebab saya suka makan T__T Memalukan diri sendiri bila bgtahu kuat makan.. HAHAHA.. Price kat sini boleh dikatakan average lah. Bermaksud semua orang mampu utk angkat tangan dan mintak bil lalu bayar dengan tanpa muka ketat.. Kat sini ada four seasons.. Nama kedai pon da Four Happy Seasons.. Tak kan nak cakap ade 6 seasons temasuk musim banjir T__T .. Tak patot, tak patot. Dah, tengok gambar bawah ni.. .



HAHAHA. Ni bukan acara menggaul Yee-Sang tau.. Biasa lah, acara-acara beregu macam ni mmg selalu ada bila masing-masing nak rasa makanan orang lain.. Dapat rasa kuah black-paper tu pon da cukop.. Waa.. 
Yang baju putih bunga-bunga merah hati tu lah tuan punya badan yang di-celebrate birthdaynya..  Betol sedap makanan yg ada kat situ.. Tap tak sehebat Meatwork la T__T.. 

Restaurant ni ade empat musim.. Winter, Spring, Summer and Autumn.. So boleh pilih-pilih nk makan kt mane-mane musim.. Bestkan? Like us, kami pusing-pusing dlm kedai ni, da buat kedai ni macam account department kitaorang.. Bukan apa, nak cari kat area mana best dan sesuai, tambah pulak jenis yang datang ni jenis yang tak dok diam dan asyik nak pose bergambar jek.. Hambek ko! Mmg ye.. Habes lintang pukang restaurant tu.. Dr luar, smpai ke dalam, setiap ceruk begamba.. Nk buat macam mana, masing-masing nk fofular


Ni gambar family.. Anak-anak kat tepi-tepi. Wink ... Tgk lah, dari tempat ni kemas, terus jadik kelam kabut. Habes kerusi meja tolak sana, tarik sini.. HAHA.. Padahal nak amik gambar pon bukan lah nak pose untuk majalah Keluarga atau Remaja pon! (Remaja ke??) HAHA.. Lupakan lupakan lupakan~




Oke, gadis-gadis jelita ini mahu pulang sebab takot tak sempat sampai rumah, kasut tumit tinggi kang berubah menjadik kasut Supra.. Wahh~ Kan da tak sesuai, pakai baju bunga-bunga dengan kasut tu ~!  

Kawan, saja je cerita pasal cerita jalan-jalan ni.. Mana lah tahu ada yang pernah makan kt kedai ni, boleh lah share-share meals yang enkorang makan.. Sebabnye, sumpah tak temakan semua menu.. Banyak sgt menu die.. Hurm, pergi dulu.. Cerita merapu da habes.. Bersorak~ Salam

Thursday, February 3, 2011

Terima Kasih Perayaan Yang Memberi Cuti

Haloo.. Happy Chinese New Year!! The Year of Rabbit meh? Sy ada sikit nak share apa yang saya baca the fortune of Rabbit.. There is plenty of evil star and less lucky ones. Kamu juga akan berdepan dengan banyak halangan untuk perkara-perkara yang kamu lakukan.. You may have nobility that can lend a hand in the career but you still be prone to possible pressure. You have to stay positive and strive to forge ahead, try as much as you can to improve social skills to make future career. HAHA. Tiba-tiba terasa nk bagitahu benda ni, you will be very much prone to emotional problems, will encounter many moodswings, hot temper and it is sometimes difficult to control. Huh, takotnye bila kamu jugak mngking bedepan dengan perbalahan dengan orang lain. Btw, this year also mestilah pay attention on health, stay alert to prevent accidents. BLA BLA BLA. Byk lagi, insyaAllah kalau ada request, saya cerita ..


Chumel tak? Tak salah menghargai perpaduan kaum. Saya sendiri berkawan dengan pelbagai bangsa. Buat apa nk sombong. Biarlah orang kata bersosial ke, as long as kita tahu menjaga diri dan tingkah laku. (Aik, tak pasal-pasal ceramah free ;p)

Hari ni hari cuti, dan cuti panjang selama 4 hari (orang laen tak kepoh pon kn cuti lg panjang).. Tapi bagi saya, saya amat hargai sebab kerja seperti saya memang susah untuk rasa cuti-cuti panjang macam cikgu sekolah.?? Dan selama 4 hari ini saya tidak ke mana. Nak lepak minum kopi, pergi jalan-jalan, jumpa kawan-kawan terasa berat untuk keluar. Shhh.. Then, duduk rumah jela, apa lagi guna nk cerita lebih-lebih..

Sebab bosan,saya pon tekedek-kedek blaja buat blog.. T__T  Kejam sungguh bila terasa tak lah buta IT, tapi pura-pura buta.. Belajar meng-upload gambar.. HAHA.. Bile berjaya kemain senyum lebar.. Padahal, macamlah tak pernah upload gambar-gambar.. Kalau dapat post yang ni, nk cakap "Yes! Aku berjaya (kembang dlm hati)" .. Syok sendiri pulak saya.. Mana tak nya, saya dengar dan saksikan ada blog boleh buat duit.. Tapi saya tak lah mengharapkan mcm tu. Cukup lah dengan gaji yang ada T__T..

Ish.. panjangnya cerita.. Biasalah, bak kata kawan-kawan yang da lama ada blog "budak baru nk up, cerita mengalahkan artis".. HAHAHA. Pedasnya... Oke budak baru nk up nak turun bawah nk tengok apa mak da masak utk lunch.. (itu pon nak cerita).. Salam~