Thursday, March 31, 2011

25th Birthday - Bora Ombak

Yesterday night. Just was a beautiful memory for me. For this year. For this beloved month (March). For this moment. For this warm heart. For this dull life. Even at the beginning I just feel like something no surprising me(because I knew that for celebrating my birthday), but it was really surprising me after that.

Yesterday night. We went to Bora Ombak Restaurant located in Ampang, near to Sport Planet Futsal Centre. Nice and beautiful Bali's decoration. Damn nice. Such feel we are in Bali :)  After that we choose to sit at the behind of the hall. Which from that place , we can listen to the Live Band. Very nice memorial.

Yesterday night. After just finished the meals, we just going to snap the pictures, surrounding of the building. And also that time, I was wondering where is Kailash also Ms Loi. Just a moment after that, they came back. But at the time, I was listening they are whispering each others. I can guess they had bought me a cake. I guess. And it goes true! Hehehe.

But, for the surprising thing is, when seriously I didn't expect that the group of 'Live Band' there sang the 'Birthday' song while the waiter and waitress bring along the cake entering the hall. !! HAHAHA.. Nice weh! Just feel wanna cry that time.. After birthday song, they dedicated the ' Belaian Jiwa' song for me.. Softly. I do love the lyrics of that song. Made me remember on him abruptly  T_____T. Sedih.

This year was not like last year. This year I just have my friends to celebrate. But last year, I have him and friends celebrating my special day. And for the next year, I really not sure, who will celebrate my day. Who will be beside of me on that day. Maybe I will be with someone that called husband??. Not sure. Wondering. ;p

Just sharing with the best moment for my day, for this year.



Baru je sampai. Amik port masing-masing.
Nice place. Nice decoration.


Two Pinky Girl.
Cutey.
Sempat amik gambar. Before ordering.



HAHA. Look like 'mechanic'. One of the view yang cantik.


This is the place~! :)


Me with Ms Loi. My cutey boss.


That's my meals.
Asmara Grilled Chicken with Orange Juice.
(RM20.90 + RM5.90) - Tak mahal.
Just reasonable.


Puspa with me. :)


All of us. Muka saya looks 'senyum tak manis'.
Because that time I still shocked for the surprising! :)



He's the General Manager of Bora Ombak Restaurant.
Suruh dia rasa kek saya.
Strawberry Marshmellow Cheese.
(Tak tahu eja)
;p



Vocalist for the band.
White woman sang besday song.
Man in grey suit, sang 'Belaian Jiwa' song.
Best ever voice =]



The stage.
Suitable for wedding, engagement event.
Rm25 ++ / head including all (food and beverages, decoration etc)
Max capacity is 580 paxs.

Final shot.

Dear Friends, (Ms Loi, Puspa, Kailash, K.Ain, K.Zue and Vasugi)

Just wanted to thank you again for dinner the last night. I'm certainly glad what you all did! What a nice surprise. Thank you so much. We're very lucky to have you as friends. XOXO..


Tuesday, March 29, 2011

25th Birthday

22nd March , last week, my birthday! My 25th birthday.. Da suku abad da rupanya. 1/4. Kali ni, besday tak macam last year. Last year paling best, and tak pernah rasa sebelum-sebelum ni. Dengan kejutan yang banyak. Hadiah pon banyak! Masuk sana sini, bukak sana sini jumpa hadiah. Da macam main treasure hunt! Masa tu jugak laptop memang sentiasa on sampai ke pagi. Sebab nk update dgn kawan-kawan yang wish! Hehu ~ :) (My 24th sweet memory)

Tinggal kenangan. Bubye~ :(

This year. 2011. 22 Mac. 9.05a.m. Genap umur 25 tahun. Tak berapa segan nak bagitahu umur! HAHA. Berbeza dari tahu lepas. 100% berbeza. Tak perlulah cerita kenapa. T_______T

Pura-pura bergembira? Oh tidak. Saya mesti pandai menggunakan masa dengan betul, penuh dengan kegembiraan. Saya alami.

Saya pergi ke Genting. Dengan kawan. Kawan.


Snap pic dari atas.
 Cantek sangat.
Setiap kali pergi mesti amik pic cani.
 Tapi pic-pic lama da tak tahu kat mana tercampak. 


Gadis genit riang ketika lalu Dinasour Land.
Jalan. Penat.


Tak senonoh aksi terlarang ni.
Tapi apa boleh buat, da kawan tu asyik nak snap picture kite jerk.
So, hupload! ;p


Nak masuk dinosour land. Nak tengok dinasour. :P


Senyum... :)


Pose tebaru. Mase ni tengah hujan. So belari masuk indoor.


My car! Snap picture from the 'Ulat bulu Train' :)


Rajennya tukang amek pic ni. :)

Kawan-kawan saya tanya, pergi dengan siapa. Saya memang tanak jawab dan tak kan jawab. Biarlah rahsia. Yang pasti, kawan. Jangan takut. HAHAHA. :)

Hari ni, saya terlalu rindu kan dia lagi. Terlalu. :)

And I wonder if I ever cross your mind.
For me it happens all the time.



Friday, March 25, 2011

Mengapa DiRindu

Anak punai anak merbah
Terbang turun buat sarang
Anak sungai pun berubah
Ini pula hati orang
Mengapa di kenang

Asal kapas jadi benang
Dari benang di buat baju
Barang lepas jangan kenang
Sudah jadi orang baru
Mengapa di rindu

Kasih yang dulu tinggal dalam mimpi
Kasih yang baru simpan di hati

Kasih yang dulu tinggal dalam mimpi
Kasih yang baru simpan di hati
Banyak labuh perahu Aceh
Jangan kesal jangan kenang
Walau hati rasa pedih
Mengapa bersedih

Kalau pinang masih muda
Rasanya kelat sudahlah pasti
Kalau hilang kasih lama
Cari lain untuk ganti
Mengapa di nanti

Patah kan tumbuh hilang berganti
Akan sembuh kalau diubati

Patah kan tumbuh hilang berganti
Akan sembuh kalau di ubati

Sayang mengapa di rindu ~

Friday, March 18, 2011

Entry And Follower.

Hye guys,
Kenapa entry tanpa gambar?
Kenapa entry sedih-sedih belaka?
Kenapa entry macam nak salahkan dia?

Owh, jawapannya.... 
Gambar tak boleh upload. Sesuatu yang berada di dalam badan. Organ. Mana boleh ambil gambar. Nak tahu apa? HATI. PERASAAN. Kalau tahu cara nak upload tentang perasaan, bagitahu saya!

Entry sedih? HAHA. Mana ada 100% sedih kan? Ada je cerita-cerita lain. Tapi, saya admit lately, saya tend to publish sad story. Maybe saya tak ada tempat hendak menjerit. Tak ada tempat nak bercerita. Dan yang pasti masa tak ada nak bercerita. 

Entry nak salahkan dia? Owh tidak sama sekali. Saya tuan punya blog, hendak mengaku, apa jadik saya yang salah. Dia tak pernah salah. Sikit pon tak pernah buat salah dengan saya. Dan mesti ada yang nak cakap 'eh, kenapa nak salahkan diri sendiri?' . The answer is ' biarlah, dah tu yang dia selalu cakap, so I take it as my fault and let you blame me 100%. Enough.

Back to the track.
My blog may be seems so simple, unattractive. Such no beautiful sentences that make peoples captivated on my story. I don't much care if you say anything bad about my entry. Whereas, I am be more thankful if you just just read. Enough. Nothing to say. But, I know there are many friends out there reading as well. Love ya!

Follower.
Hye my follower! :) Love you all damn much. Kesah kelakar tentang follower. Tergesa-gesa menyawakan 'azidalutafias.blogspot.com'. Memang da create dari tahun lepas. Tapi tak bernafsu. Asal-asal nak buat penceritaan tentang makanan dan si dia :) , tapi tak kesampaian. T__T. Biarlah benda lepas nyah! Jangan kau nak ungkit nok!. 

Follower saya. Be the first one sure will can't forget me forever! HAHA. Sounds stupid.

Kisah DANNY (bukan nama sebenar)
Hye yDanny (bukan nama sebenar), I just wrote to wish the best compliment for you because you are the first one be my top follower! Great! Tapi kan, nama you boleh buat orang keliru la dear. Nanti orang ingat, 'eh, Danny?kenangan lama ke?' Wakakaka ;p (oh tidak, Danny my officemate. My officemate yang close with me). Danny, muka you macam artis Hindustan la? HAHAH, next time letak the real picture of you oke? 
Danny ni memang lawak. Unexpected. Ceritanya, masa tu dekat office. Pagi-pagi lagi saya da siapkan kerja. Bila da siapkan kerja, dapat bayangkan tak nafsu bersuka ria timbul. Saya pon dok buat konon-konon pegang kertas, sepahkan meja, budget nak suruh orang nampak saya sedang membuat banyak kerja. (Pecah tembelang). Then after 3 hours like that, saya pon cakap kat kawan-kawan. " Noticed tak yang Azida (memang bahasakan diri Azida) dari tadi sebenarnya tak ada kerja? ". Suddenly this big ball in the shirt man cakap " I know Azida, I'm your follower..... ".. Cool seh~ Tebahak-bahak saya ketawa!.. Macam nak beguling-guling! Satu perlian atau pujian? HAHAHA. 

Kisah Puspa dan Ain.
Kisah mereka hampir serupa. Nak jadi follower sebab kena suruh. ;p (Keji gila perbuatan). Yang diorang ni usaha nak jadi follower. Walau berat T__T. Then, nak upload gambar punyalah tak boleh, sebab size picture yang dorang nak upload tak ingat pulak besar sizenya. Macam nak gantung kat dinding rumah ke? Pendek cerita, size gambar poster! Memang la tak lepas. Saya pon mencadangkan untuk menggunakan khidmat Encik Photoscape. Reduce size. Alhamdulillah. Boleh upload. Terima kasih Puspa dan Kak Ain. :)

Kisah Vasugi dan Ijan (bukan nama komersial).
Ni lagi best! Follower terbahek era ini. Apa tak nya, saya recommend untuk jadik my follower. Dorang accept. Tak banyak bunyik. Tapi dorang cakap size picture dorang besar dan tak boleh nak upload. HAHAH. Meh sini. Azida boleh settle semua. Saya copy picture dorang, saya sendiri reduce guna software tu, dan upload dan save. Habes cerita. Dah macam saya pulak yang follow sendiri punya blog! HAHAHA. Tapi yang bestnya, Vasugi ni, walaupon dari mula nak jadik follower sampailah cara-cara membaca entry pon saya yang ajar, tapi dia selalu tanya saya. "Azida, ada cerita baru tak? Bila nak buat cerita baru? ". Begitulah dia. I like. Terima kasih Vasugi dan Ijan. :) 

Hurm, banyak lagi nak cerita. Tapi penceritaan tanpa gambarajah memang tak best! Macam masa sekolah, kalau belajar Sains, tak buat eksperimen boleh ke totally capture apa test tu? ;p

Oke. I should stop now. Nak mandi dan solat maghrib. Owh ye, amik iktibar ye dari bencana alam kat Japan tu. Walaupon tak kena kt Malaysia, tapi kesan dia terlekat pada hati dan fikiran kita. Kenapa terjadi nya bencana alam yang seperti tiada kesudahan tu memang tak boleh nak jawab. Sejauh mana teknologi, sebesar mana tanah negara, semaju mana negara tertentu, memang tak dapat tandingi kuasa Allah s.w.t. Berdoa dan guna mata, hati, akal dan fikiran ke mana seharusnya kita nak tuju. Renung-renungkan. 

As-salam. :-)




Tuesday, March 15, 2011

Jangan Fikir Lagi

Janganlah bersedih! Anggap saja tidak akan hidup kecuali sehari saja. Maka mengapa anda harus bersedih, marah dan kesal pada hari ini?..

Atsar: Jika engkau berada pada pagi hari, jangan lah engkau menunggu datangnya waktu petang. Jika engkau berada pada waktu petang, janganlah menunggu datangnya pagi.

Ertinya : Hiduplah dalam batasan hari ini sahaja. Jangan mengingat-ingat masa lalu, dan jangan pula merasa risau dengan masa yang akan datang.

Seorang penyair berkata :

Masa berlalu biarlah berlalu dan harapan belum menjadi kenyataan.
Maka manfaatkanlah waktu saat kau sedang menjalaninya.

Dan janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang-orang yang beriman. (Al'- Imran : 139)



Monday, March 14, 2011

Your Love Makes Me Hurt



Dengan kata-kata itu telah membuatkan hati saya begitu luluh. Hancur. Dan saya telah berjanji pada diri saya sendiri tidak mahu menoleh lagi memandang benda lalu. Nah, ameklah lagu ni untuk tatapan sang pujangga hati. Yang selama ini bersangka baik pada si terpuja. Yang selama ini tidak pernah menyangka berakhirnya episod duka dan pilu. Terima kasih atas segalanya. Terima kasih atas layanan yang diberikan. Segala nya memang susah untuk dilupakan. Tetapi insyaAllah, saya berusaha keras.
Buat mu, semoga berbahagia ke akhir hayat. Semoga apa yang diimpikan selama ini tercapai. Kegembiraan telah berpihak pada awak.
Seperti yang awak hendakkan dan jangkakan. Yang selalu awak harapkan. Tak de lagi mimpi ngeri menyelubungi malam-malam mu. Dan kesedihan menyeluputi siang-siang mu.
Aku berhenti berharap~ :'(

Sunday, March 13, 2011

Ahad, It is Sunday

Hye peeps.

Macam biasa, macam korang tahu hari ini hari Ahad. Bekerja sambil bersahaja. Bekerja menghilangkan kesunyian memandangkan mak dan abah tiada di rumah. Perlu bekerja untuk menghilang seribu satu rasa dalam hati ni. Oke. Keje banyak. Tak banyak. Tah la. Tak tahu nak cakap macam mana. Sebab kerja memang tak kan pernah habis. Kalau hantar surat resign pon, kerja memang tak abes, last-last bila da ada orang take over kerja, orang tu pulak akan sambung kerja kita. Betul tak.

Ahad yang suram. Ahad yang pilu. Huh. Macam lagu awan terpilu. Tengok langit, mendung. Eh tak lah, da cerah balik. Selalu ahad sebelum-sebelum ni tak lah rasa sangat. Sebab lepas solat subuh, mesti tidur balik. Bangun tengah hari turun bawah da makanan terhidang atas meja. Mak memang hebat. Kalau saya tak cukup tidur 8 jam, saya pasti mengomel. Tapi mak lain. Bangun pagi-pagi. Lepas solat subuh dia memang tak tidur. Terus buat kerja rumah. Kadang-kadang cabut rumput-rumput liar kat tepi rumah, tebas lalang kat tanah terbiar orang lain. Tak pun paling selalu dia buat, dia pergi pasar Pudu dengan abah. Yang pasti, saya bangun tidur, tengok dia dengan abah dah ada kat rumah. Begitulah. Anak-anak sedap membongkang tidur, tapi mak dan abah sibuk cari lauk-lauk, sayur-sayur untuk bagi anak makan. Lepas tu, mereka tak mengeluh pon tak cukup tidur. Mak saya tidur selalu 5jam. Itu yang saya nampak. Hari bekerja seawal 5 pagi da bangun nak masak siap-siap untuk anak sebelum dia pergi kerja. Bukan untuk breakfast je, pakej untuk lunch sekali!. Tengok. Saya bangga ada ibu yang sentiasa penting makan minum, pakaian, pendek kata hal rumah tangga. Perfect. Kadang-kadang saya hairan, ada ibu yang bangun ngam-ngam bersiap untuk pergi kerja, dan biar anak tak sarapan dan biar anak cari-cari makanan kat gerai-gerai. Tak pe lah kaya. Saya tak kaya. Mungkin sebab tak kaya tu lah ibu ayah saya ajar cara hidup macam tu. Dan saya sendiri berjanji pada diri sendiri kalau saya ada keluarga sendiri, saya pasti akan buat macam mana ibu saya buat. Mom, you are my great idol.

Kembali ke hal kerja. Ini satu punya kisah. Pening kepala. Bila da pening, saya pon menghirup secawan Milo. Saya memang jarang-jarang minum milo, tapi memandangkan hari ini hari Ahad, saya minum milo nak lapik perut. Makan lak biskut IKO. Apa tak nya, banyak sangat invoice dan delivery order kena settlekan. Saya da semakin pening. So, saya stop sekejap untuk buat entry ni. HAHAHA. Sebab saya type laju, otak tengah generate banyak benda nak luah. ('',). Invoice banyak. DO tak cukup. Mana pergi DOs ni? Kenapa mereka yang berkenaan tak bagi saya on time? Itu saya tertanya-tanya, dan memang saya sendiri tak pernah dapat jawapan. Biarlah. Kes lain pulak, Invoice da ready matched dengan DOs. Tiba-tiba, Purchase Order tak cukup. Macam mana tu? Lagi lah malas nak explain. Bukan kerja saya. HAHAHA.

Hari ni tugas saya, attached benda-benda tu lah. Sampai kepala saya da rase bepusing, mata pun da berpusing asyik tengok nombor-nombor yang banyak! 360degrees. (macam mana nak generate symbol nih). Pening, pening dan pening. Budak finance la weh. tentulah kena berdepan dengan nombor yang banyak. Silap. Berdepan dengan kalkulator! Ye tak ye kan. :P

Apakah!

Oke, saya nak sambung sikit lagi. Takot tak sempat siap kerja saya.

As-Salam








Friday, March 11, 2011

All Or Nothing

I know when he's been on your mind
That distant look is in your eye
I thought with time you'd realize
It's over over
It's not the way I choose to live
And something somewhere's got to give
As sharing this relationship gets older older
You know I'd fight for you
But how I can fight someone who isn't even there
I've had the rest of you now I want the best of you
I don't care if that's not fair

There are times it seems to me
I'm sharing you with memories
I feel it in my heart
But I dont show it show it
And then there's times you look at me
As though I'm all that you can see
Those times I don't believe it's right
I know know it


Don't me make me promises
Baby you never did know how to keep them well
I've had the rest of you
Now I want the best of you
It's time for show and tell


"Let your love be stronger than your hate or anger.
Learn the wisdom of compromise, for it is better to bend a little than to break."

I don't have a clue what to write here.. Now that I am single again.. I just feel kinda lonely even though i'm surrounded with my family and friends.. I just miss the feelings of being loved and loving people.. I'm building my way up again from scratch.. I just hope I can handle my feelings long enough to get over this situation... I'm setting my mind to focus on other things, even though my heart is completely against it..My heart is begging me to stay here.. But I know I can't do that, I have plans to execute, and hopes to fulfill.. I just hope I won't disappoint their high hopes..

:(



Tuesday, March 8, 2011

Ceritera Duka dan Geram. HAHA

Bertemu lagi sahabat.

Menjalani hari-hari tanpa apa yang kita da biasa lalui bukan lah mudah. Bukan senang. Bukan gampang. Tambah pulak, kehidupan kita sebelum ni sangatlah yang terbaik yang pernah kita lalui sepanjang zaman kedewasaan ni. Biar pon sekejap, tapi kegembiraan lalu tak penah hilang dari ingatan walau saat tu hanya tinggal kenangan. Saya akui, saya lah yang tengah menempuhi saat itu sekarang. Tak pernah bayangkan tapi saya da jangkakan.

Bila kita rasa kita da kuat, kita da janji pada diri, ketika itu jugak Tuhan akan jatuhkan ujian pada hamba-Nya. Dan saya pasti, ujian ni bukanlah ketika saya sedih sahaja, malah ketika gembira jugak Dia akan menguji kita.

Dan ketika ini, saya pasti Dia menguji saya lagi sekali. Kali ini sangat hebat. Sangat kuat. Kadang-kadang buat saya rasa sangat lemah. Terjatuh dan terjelepok. Memang orang sekeliling tengok saya macam saya ni Encik Badang. Hujan ribut taufan dapat tempuh. Tapi, siapalah orang sekeliling itu, mereka hanya dapat tengok apa yang zahir. Benarlah, manusia dicipta. Tapi tidak sesempurna Pencipta. Pencipta manusia tahu apa yang baik, apa yang buruk, apa yang da jadik, tengah jadik dan akan jadik. Dia jugak tahu benda zahir dan ghaib. Macam tulah saya. Apa yang lalui, Dia memang tahu. Apa yang baik dan apa yang tak terbaik Dia amatlah tahu.

Hidup saya amatlah sunyi. Amatlah pilu. Hari-hari yang saya jalani, sangat penat. Saya sendiri tak tahu apa kesudahan saya. Pagi-pagi bila saya bangun dari tidur, saya mesti sebak. Pergi kerja macam biasa. Bila sampai office. Hati saya lagi tak keruan. Hati saya berbelah bahagi. Hati saya mengomel macam-macam. Saya berdepan dengan kawan-kawan. Alhamdullillah. Saya masih ada kawan yang boleh saya panggil kawan. Saya suka. Sedih saya beransur hilang. Tapi, sebagai manusia lemah ni jugak lah, saya asyik teringat benda-benda lama. Buat hati saya lagi sekali tak senang. Hati tak tenang.

Awak, saya tak tahu nak cerita macam mana. Yang pasti, saya sedih sangat-sangat. Saya tahu, macam awak selalu cakap kat saya, lama-lama hilanglah sedih tu. Iye. Saya berharap satu hari, sedih tu akan hilang. Tapi boleh saya tahu, bila???... Awk sedih fikirkan perkara lain. Saya jugak begitu. Saya sedih fikirkan benda yang awak mungkin tak tahu. Dan tak kan tahu. Tak apa lah. Biarkan awak tak tahu, dan saya tak kan bagi tahu.

Awak tahu tak, hari-hari bila saya dapat tahu awak begembira, saya pasti sedih dan sakit. Saya fikir awak sedang bergembira, tapi saya.. Sedih sentiasa. Bila saya dengan kawan-kawan saya jugak, saya tak henti fikirkan awak. Mulut berbual, mendengar. Tapi hati? Hebat ciptaan Tuhan. Ke saya yang pandai berpura-pura perasaan saya dengan mereka. Kalau awak tengah happy dan mampu melupakan saya, baguslah. Sebab, itu yang awak nak. Yang awak pernah bagi tahu dulu kat saya tujuan awak lakukan semua tu.

Hari ni, rindu datang lagi. Sampai bila? Sampai 7 meter kain putih membaluti tubuh saya ke? Atau esok lusa semua rindu tu hilang, saya sendir tak pasti. Tuhan je tahu jawapan. Saya runsing bila saya tak dapat sembahyang dan tak dapat baca Quran. Sebab hati saya tak tenang. Awak pernah cakapkan, kalau kita buat salah sebelum ni, better kita mengadu dekat Dia. Sebab Dia akan jadik pendengar setia walau satu ketika dulu kita pernah terlupa, lalai dengan kehendak Dia. Kasih Dia dekat hamba-Nya tak kan berubah. Tapi kita makhluk-Nya selalu berubah bila kita mendapat kesenangan yang dibagi-Nya.

Oke, saya tak lupa setiap kata-kata awak. Saya ingat. Every single word. Melekat 24jam sehari, 7 hari seminggu, 30/31 hari sebulan. Complete. Sekarang, saya terlalu taksub. Saya terlalu takut. Saya rasa macam nak lari. Nak berhenti. Nak semua lah! Tapi saya tahu. Apa yang saya nak, saya kena hati-hati. Tak boleh  buat semua benda ikot perasaan marah, sedih, hancur, duka semualah! Sebab saya takut. Biarlah apa yang saya jalani hari ni, dan hari-hari akan datang, ikut naluri yang suci. Saya percaya, Allah bersama saya. Cuma, saya sedih. Biasalah. Sedih.

Sekarang jugak, tanpa saya sedar, saya macam dah ada jadual sendiri dalam hidup ni. Jadual yang bukan saya sendiri tulis pukul berapa sampai pukul berapa nak buat apa, tapi jadual yang bila kita da biasa buat hari-hari. HAHAHA. Tapi saya tahu, dah tak lama lagi. Jadual ni jugak akan berubah. Akan jadik lagi padat. Doakan saya. InsyaAllah.

Buat kawan-kawan dan jugak diri saya sendiri, pertuturan perlu lah jaga. Jangan sampai ada yang tersinggung dengan kata-kata. Kadang-kadang apa yang awak pergi heboh-heboh dekat orang lain tu, akan sampai ke telinga saya jugak. Kan lebih elok bertanya pada saya sendiri. Lebih afdal. Lebih tepat. Dari duduk satu geng, buat spekulasi, berdiskusi. Saya bukan Fasha Sanda. Bukan Tiq Zaqyah. Nak cerita pasal saya. Saya suka orang yang baik dengan saya. Semua orang jugak suka dengan orang yang baik. Kita boleh bercerita pasal orang, tapi pandai-pandailah tutup cerita tu agar orang yang diceritakan tu tak dengar cerita yang awak ceritakan. Wajah maruah segalanya.

Saya tak marah. Tapi saya amik kisah. Dan amik peduli. Fikir-fikirkan.

(Entry penuh dengan perasaan yang penulis sendiri tak dapat bendung lagi.) :)


Sunday, March 6, 2011

Saya Rindu Awak. (I miss You)

:'(
Bila kekasih mengundang aku pulang
Mahligai menanti penuh gemilang
Bila kekasih menyingkap tabir cinta
Tiada terbatas dengan kata-kata
Dapatkah aku membalas dengan air mata
Tanda syukur menerima
Setelah sekian lama
Menghamba hidup pada dunia
Seribu tahun takkan sama
Sesaat bersatu dalam nyata
Kerna kasih ku sanggup korbankan
Jasad dan nyawa
Terang bulan kerana mentari
Hadir bayang kerana cahaya
Begitulah cinta kita
Tiada jarak pemisah lagi
Tiada garis sempadan budi
Aku terima dan jua memberi
Seikhlas hati
Seribu tahun dan sejuta langkah
Seribu tahun bersinar cinta
Kita bertemu di penghujung rindu

Tiba-tiba teringat lagu ni. Lagu ni jugak saya dengar masa majlis konvo UiTM tahun lepas. Feeling. Sayu je dengar. Siapa yang konvo sama dengan saya untuk sesi tu mesti korang dengar jugak. Tapi tak tahu jugak lah kan. Sebab tah-tah ada yang busy nk pasang alumni pin ke, bekenalan dengan jejaka kt sebelah ke. Maklumlah, pelajar-pelajar dari pelbagai cawangan yang berkonvo. HAHA.

Kita bertemu di penghujung rindu. Bila rindu semakin dalam. Bila rindu semakin tebal. Rindu. Rindu. Rindu. Itulah saat sukar untuk dilalui. Saat sukar untuk ditempuhi. Tak de beza tempuh dan lalui. Sama je. Macam mana nak kurang rindu, macam mana nak buang rindu, macam mana nak selesaikan masalah rindu. Memang tak dapat diselesaikan. Mungkin. Rindu satu yang abstrak. Dapat diungkap dengan kata-kata, tapi si penerima mungkin tidak dapat memahami, menyelami kata-kata tu. Sebab rindu yang ada, kita je yang tahu. Kita je rasa. Tambah pulak, bila orang yang kita rindu tu, da tak de atau da pergi. Lagi la tak dapat selesaikan masalah rindu. Rindu.

Hati akan sakit bila kita ungkap perkataan rindu. Kadang-kadang boleh menitis air mata. Tertanya-tanya adakah orang kat sana rindu jugak pada kita. Rindu pada kenangan, rindu pada tuan punya kenangan. Entah lah. Yang pasti, dia memang tak baca blog saya. Sebab dia tak tahu dan mungkin tak nak amik tahu. Tak pe lah.

Slot ini untuk siapa? Jawapannya, untuk orang yang tak pernah mungkin singgah di blog saya untuk baca luahan saya. Rindu ke? Kenapa perlu publish? Ye, memang rindu teramat sangat. Memang sengaja nak publish. Tak kisah. Sebab saya tak dapat simpan. Tak dapat perap lama-lama macam perap ayam untuk bbq aritu.
Saya tanya, 'rindu tak kat saya?'. Jawapan dia 'sikit-sikit'. Dari jawapan tu jugak, saya boleh buat banyak kesimpulan positive dan negative. Tak pelah sikit-sikit pon. Asal ada. Dari da tak de satu hari nanti. Tapi tak mungkin tak de pada satu hari nanti tu. Sebab biasenya sebagai manusia, bila orang tu da tak muncul lagi depan mata kita, time tu lagi bertambah-tambah rindu. Tak gitu Cik Kacuk? (bahasa dengan sedara-sedara).

Sakit dalam hati ni. Bukan sakit yang main-main tau. Dan bukan sakit yang kena jumpa doktor. Tapi sakit yang pilu, nyilu, tesentuh hati. Pernah rasa tak? Saya da setahun lebih lalui. Mungkin penat bermain dengan perasaan. Saya penat, tapi masih bermain dengan perasaan. Apa yang saya hadapi ni, tak sama dengan apa yang kau orang hadapi. Memang tak de saiapa yang akan tahu masalah saya melainkan saya dan Dia.

Apa pon, saya tak henti berdoa. Supaya semua yang jadi ni ada hikmah yang saya perolehi. Saya betul-betul tak tahan. Ada tempat untuk luah, tapi susah untuk saya luah. Yang pasti, saya terlalu rindu. Saya harap dia tak sakit sebab saya, tak sedih sebab saya. Sebab saya nak tengok dia happy, saya perlu buat. Kemenangan cinta saya kat dia bukan lah dengan memilikki dia, tapi kemenangan cinta saya pada dia, dengan melihat dia gembira. Bila dia gembira, itulah kemenangan cinta saya!

Rindu. Never varnish. :(



Friday, March 4, 2011

Bachelorette Party at PD

Bachelorette Party?.. Untuk siapa? Ada antara kita yang nak kahwin ke? Eh tidak.. Ini adalah party bujang untuk Account Department. Sehari sebelom pergi, saya da pergi shopping siap-siap di OU. HAHA. 1 pembaziran, tetapi memuaskan hati. Bila hati rasa puas, maka itu tak dipanggil pembaziran lagi. Itu dipanggil pelaburan. PELABURAN? Iye. Investment. Asyik beli share dekat M2U je, window maybank. Apa salahnya dan apa masalahnya kalau saya buat beli barang yg asalnya hanya window shopping, dan akhirnya window hilang dan tinggal shopping?. Boleh ke macam tu? Jawapan nya, boleh. Sebab saya da lama tak beli barang-barang untuk badan sendiri. Kalau dulu istilah 'shopping' memang tak penah wujud, tapi.... Pandai-pandailah kau orang nak fikir apa. Tapi kalau setakat beli baju sehelai, tu bukanlah istilah shopping dalam kamus hidup ni. Kau faham tak apa maksud saya? Atau sengaja buat-buat tak nak faham. Suka hati kau lah. HAHA.Dan hari itu, telah membeli sunglass 'kumbang', selipar (sandle) dan baju 2 helai. Masih tak panggil istilah shopping lagi ke Cik Azida oi? HAHA. Teruskan berfikir.

Stop!
Hentikan kisah shopping, takut ada yang terasa. :p

Barbeque.. Barbeque.. Tengahari lunch hour, kelam kabut pulang ke rumah Cik Puspa, untuk perapkan ayam. Memang jadik. Sedap. Hasil air tangan beberapa orang. Beli kepak (wing) je senang. Fair. Karang ada yang bebunyi dapat tulang lah, isi lah.. Dan tak nak lah bahagian isi ayam tu terasa kalau tak dimakan. Perjalanan pergi, saya lah yang tourist guide'nye.. HAHA. Maksudnya saya yang leading membawa kerete (wahh, cakap macam lah berkonvoi 22 bijik kereta. padahal 2 kereta je) . Hebat tu.. Setibanya di PD agak-agak dalam pukul 7 malam camtu. Selepas itu, terus check-in kt Glory Beach Resort. Sumpah jauh sangat dari pekan Port Dickson. Tapi nak buat macam mana, da booked, kena lah pergi. Tapi lain pulak yang jadik. Ada seorang uncle datang menghampiri kami dan menawarkan apartment dengan rate yang murah! Wow. Terkesima. Tak lah murah sangat. Tapi kira dapatlah kami save sikit duit kutipan.

Image took from Google
Malam menghampiri. Cuba-cuba cari tempat nak bakar kepak ayam. Pusing-pusing. Nampak hidup sangat suasana kat area resort tu walau jauh dari PD yang sebenar. Ramai rupanya yang stay situ. Tak de lah rasa macam duduk kt Kundang. Aik? Perlu ke? :P. Kisah lawak ini bermula. Masing-masing memang macam expert. Gaya je. Sehari sebelum pergi. Kailash tanya saya "Azida, you tahu kan nak barbeque cam mana? ". Saya pon dengan muka petak dan bangga jawab " Tahu. I selalu buat barbeque kat rumah". Nampak tak sifat sombong tu? Allah tak suka oke?.. Nak tahu apa jadik malam tu? Rupanya baru saya sedar yang saya hanya tahu kipas dan terbalik-balikkan ayam je. Bukan nak dapatkan bara. Tak senang rupanya nak menghasilkan bara api. Susah. Letaklah 45helai surat khabar ke, kertas tisu ke, memang kertas tu terbakar. Tapi, arang kamu belum tentu terbakar! Susah oke. Sumpah susah. Kitorang pon amik masa yang lama tau. Da dekat sejam. Bara pon tak nampak. Lilin askar abah saya bagi pon tak cukup. Ada 2 ketol. Memang tak cukup!. Apalagi, teknik lain perlu difikirkan. Perlu cepat otak ni berfikir macam mana nak jadikan bara. Tambah pulak ada satu group pon datang nak barbeque tepi site kitorang. Hah! Tak haru dibuatnya? Tengok dorang da start pasang api. Idea yang bijak itu datang. Tanya orang lain macam mana nak dapat bara. Biar pon soalan tu agak lasak bunyinya, tapi, TERPAKSA oke. Selepas itu, adalah yang menolong. Bukan menolong menghidupkan api, tetapi memberi sumbangan ikhlas. Mereka memberi sesuatu benda yang dipanggil 'starter'.

Starter. Abang cute yang bagi.
Tanpa tahu nama, muka pon tak sempat nak kecam puas-puas.
Sebab gelap.
Terima Kasih.


Ayam kepak bergaul mesra bersama Encik Sausage.
Ditemani rapat bijian lada hitam tersenyum gembira bersama serai blended.
Awesome!

Dapat je 'starter' ni, baru la nampak sedikit membantu. Barulah rasa lega hati masing-masing. Mana tak nya, satu group tadi da start memanggang! Tak tekesima dibuatnya. Da la baru sampi dan buat 'port' tepi kitorang, lepas tu da mulakan membakar. Tak saiko kitorang yang start pukul 8, amik masa berjam-jam padahal encik-encik dan puan-puan di sebelah amik masa berminit-minit je. Sumpah annoying.

Dalam pukul 10 lebih, siap memanggang. Boleh mula menjamah. Ayam kepak. Perap sendiri. Memang lazat. Puas hati. Tak perlu fikir pasal ayam kepak yang pernah dimakan sebelum ini. Tak perlu fikir nak ayam madu la, blackpaper la. Sebab memang tak perlu. Da lambat. Waktu dinner da tak jadi waktu dinner, malah jadi waktu supper. Boleh bayangkan tak. T__T. Sungguh sadis.


Me with my cutey boss. Haus. Penat. Kipas api. ;p

Nampak tak muka kami sedang puas?. Ye. Puas.
Pekena pulak dengan air gas.
Memang teruja.

Selepas settle sesi membaham ayam kepak, terasa nak bejalan tepi pantai. Kali ni pergi area Batu 3, Jalan Pantai. Main lompat-lompat, sesi begambar. Sesi model-model untuk berposing dan jugak sesi photographer tunjuk bakat amik gambar mangsa. :p

Selepas penat melompat-lompat.
Padahal, satu keping pon tak jadik.
Harammmm.

Pukul 1 pagi. Balik. Charge tenaga untuk kejadian esok pulak. Pukul 7 da bangun. Teka lah siapa yang bangun awal?. Huhu. Tu pon sebab kena sembahyang subuh. Kalau tak mesti saya pon tah-tah tersadung sampai tengahari, tak pon sampai uncle owner apartment tu datang gegar bilik sebab hairan kenapa tak check-out lagi. T__T. (khayalan penulis). Tengah-tengah pagi tu jugak la saya sibuk kejut semua orang, ajak pergi swimming. Budget terror. Masing-masing bangun tukar uniform untuk mandi. Terjun kolam. Saya jangan tanyalah. Beraksi hebat di dalam air. Walaupon hakikat berenang macam berudu baru lahir. Ada saya kisah?

Muka-muka comel berendam dalam air.
Muka-muka hebat perenang. ??

Bersiar-siar.
Mengizinkan pasir melekat-lekat di kaki comel masing-masing.

Event seterusnya, menuju ke Telok Kemang. Bersiar-siar. Tengok air laut. Cantik sangat. Mujurlah masa tu panas terik. Kalau tak pasti saya da terjun mandi laut!. Tengok pulak banana boat. Memang tak boleh tahan. Hati memberontak. Tekinja-kinja. Jiwa tegedik-gedik. Nak mandi. Orang ramai sangat. Tapi terpaksa lupakan. Sebab keadaan panas, dan rasa malas dalam jiwa untuk salin baju mandi. Next time, bawak baju mandi dua pasang. Senang. Tak lah ada rasa berbelah bahagi samada nak mandi atau tak bila mengenang baju mandi da basah. Dan rasa geli-geli nak bukak beg plastik baju basah lalu memakai baju basah semata-mata nak menghitamkan kulit mandi laut. Baju basah. Baju basah. Dan baju basah. Memang malas nak mandi laut. Punca utama. 

Kepingin dari dulu nak naik banana boat. Tapi tak pernah kesampaian.
RM10/person. Oke lah.
Tak mahal pon. Siap boleh tepelantingkan orang.

Bergambar mesra bersama encik banana boat yang gagah.
Berwarna kuning.
Telah berjanji T__T

Pulang hari tu pada pukul 3lebih. Dekat-dekat pukul 4. Tengah drive plan nak tidur bila sampai rumah. Cuba teka apa jadik bila sampai rumah. Tak tido. Tapi menangis dari pukul 6 sampai malam. Adalah sebabnya. Percutian menggembirakan. Tetapi rasa hancur bila ada orang dok fikir benda buruk-buruk. Nanti cerita next slot.

Oh ya, nak promote sikit. Kalau da baca, boleh lah follow. Jangan malu-malu. Jangan lah rasa takut boyfriend la, girlfriend la, suami la, isteri la. Atau pon takot saya jadik pesaing pada blog anda. Jangan risau. Cuba bandingkan berapa follower saya, dan berapa follower awak. Saya tak ramai. (rendah diri).  Follow ok? Nescaya saya akan follow awk jugak. Bagi ruang saya kenal anda semua. Peace.

Yang da jadik follower tu boleh komen. Membina tak mebina. Silakan.

As-Salam. :)