Friday, May 20, 2011

Hey,

Mulai hari ni, saya telah berjanji. Pada diri sendiri. Pada hati sendiri. Pada jiwa sendiri. Saya tak nak ungkit lagi. Tak kan sekali-kali menyakiti hati sendiri. Tak kan cuba melukai hati sendiri. Playsafe! That's the best word. Berhati-hati dalam berjalan. Sebab dunia saya gelap sangat-sangat. Kenapa tak merangkak? Eh, gila. Kalau merangkak bila nak sampi destinasi?. Sengal.

Saya nak lepaskan semuanya. Lepaskan apa yang saya dah ada sebelum. Lepaskan dari naluri, jiwa, raga, akal, fikiran saya. saya terpaksa. Kalau saya tak buat, saya sakit belakang hari. Nak kah engkau sakit lagi azida?? Tak nak. Jadi, buangkan semua. Lepaskan semua. Itu bukan hak kau. Pasti.

Ada yang tepuk tangan. Ada yang 'hip hip hooray'. Gasaklah korang nak cakap apa, nak buat spekulasi tak berbayar, nak buat cerita dongeng atau misteri. Silakan lah. Asal tak kedengaran ke telinga cumel aku, sudah. Korang nak cakap, saya punca, saya bermasalah, saya punya pasal, saya itu, saya ini, ikut suka hati korang lah. Bukan tak tahu korang dah macam tu? HAHAHA. Terasa sudah?

Amek ini, kata-kata terakhir dari saya. Supaya korang paham hati ni dah PENAT.

The lights in the window is a crack in the sky
A stairway to darkness in the blink of an eye

And levee of tears to learn she'll never be coming back
The man in the dark will bring another attack

Your momma told you that
You're not supposed to talk to strangers
Look in the mirror, tell me
Do you think your life's in danger here?

No more tears
No more tears
No more tears
No more tears

Another day passes as the night closes in
The red light goes on to say, "It's time to begin"

I see the man around the corner, waiting
Can he see me?
I close my eyes and wait to hear
The sound of someone screaming here

No more tears

Sekian. Tepuk tangan :)

Tuesday, May 17, 2011

Andai Lelaki Tahu

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,
lelaki itu tidak semestinya punya segalanya
tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata,
itu bukan bermakna dia lemah,
tetapi dia sedang mencari kekuatan
untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan marah,
memang dia tidak mampu mengawal perasaannya
tapi percayalah, itulah maknanya
dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu.

Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh.
Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang,
semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan bercakap banyak,
dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas,
tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah,
itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya,
tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik,
bukan untuk dirinya,
tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda,
bukan bermakna dia tidak sayang..
tetapi dia terlalu sayangkan anda
dan masih menganggap anda anak kecil
yang masih memerlukan sepenuh perhatian.

Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya,
anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi.
Naluri keibuannya sangat kuat.
Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan merajuk,
jangan kata dia mengada-ngada.
Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit
atau hadiah sedozen,
tetapi cukup dengan perhatian
yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’,
itu tidak bermaksud dia tidak menyintai
tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya,
bukan hanya hadir dari kata-kata
tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu,
dia benar-benar maksudkannya.
Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu,
jangan percaya kata-katanya
kerana dia hanya mahu menguji kamu.
Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya.
Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya.

Selagi dia dengan kamu, percayalah,
walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya
tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan menjadi degil,
dia bukan bermaksud untuk menjadi degil
tapi dia mahu melihat
sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya.

Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut.
Andai kena caranya,
jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata,
“tolong tinggalkan saya!”,
dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya.
Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja.

Apabila dia kembali tenang,
percayalah dia akan mencari anda semula.
Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda.
Perempuan sukar untuk mengawal perasaan.
Dia terlalu emosional.
Tapi dialah yang paling menyayangi anda
dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu
dengan perbezaan yang tersendiri.
Tetapi sekiranya mereka saling memahami,
mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan.

Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali.
Di sebalik air matanya,
tersimpan seribu satu kekuatan
yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya.

Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah
tapi dia punya kekuatan tersendiri
yang bisa menggoncang dunia
dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya.

Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda
kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja
tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda
dan membuatkan hidup anda lebih sempurna.
Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu
yang terbaik untuk anak2 anda.

(paste from MY Baby Store FB)
 
" Peliharalah perempuan dengan cara yang baik. Sesungguhnya perempuang diciptakan dengan (sifat seperti tulang rusuk yang bengkok) dari antara tulang rusuk ialah yang paling atas. Bila kamu cuba-cuba meluruskannya, boleh memecahkannya dan bila dibiarkan akan tetap bengkok. Kerananya peliharalah perempuan dengan baik"
 
Terasa sebak baca. Sangat mendalam maksud-maksud. Kadang-kadang benda-benda ni terjadi kat diri sendiri. Tapi itulah, lelaki sukar nak fahami perasaan perempuan. Tapi tak boleh cakap jugak, lelaki ada hak untuk memilih dan membuat keputusan dalam segala hal. Kita sebagai perempuan, perlu menerima apa jua keputusan dari lelaki. Semoga, keputusan yang diambil adalah dari gerak hati dengan pertolongan dari Allah S.W.T. Sesungguhnya, Allah Maha Mengetahui apa yang kita tak ketahui. Mintalah petunjuk dari-Nya, supaya setiap keputusan yang diambil, sebenarnya berlandaskan dari yang Maha Esa. Insya-Allah. :)
 

Thursday, May 12, 2011

Benda Tak Kisah Sebenarnya Aku Kisah.

Sekarang lunch hour. Tak pegi lunch. Adalah sebab kenapa. Lupakan hal itu.

Hati meronta-ronta. Rasa ketat sangat. Macam duduk dalam gelung rotan. Tak boleh keluar. Susah sangat. Benasib baik U call I. Alhamdulillah. Tengok. Nikmat Tuhan lagi. Time hati tengah resah, kenapa Dia selalu gerakkan hati U untuk call I. Untuk text I. Time tu rasa macam dah telan panadol, dan semua penyakit hilang. Nikmat Tuhan lagi. Sakit memang boleh sembuh. Kesedihan pasti ada kegembiraan. Jadik, nak takut apa? Nak fikir apa? Apa yang dah jadi, itu hukum alam. Percaturan. Bahagia, sedih, susah dan senang. Siapa kita nak sangkal benda macam tu? Cukup kuat kah kita nak lawan kehendak Dia? Meminta merayu-rayu, karang dia bagi dengan cara yang tak betul, baling apa yang kita nak, akhirnya kita jugak yang sakit. Jadik mintak lah yang terbaik dengan cara yang baik supaya dapat yang terbaik. Tak habis lagi rupanya coretan hati. Memang lah! Saya punya hak.

Kadang-kadang benda kita rancang masa kita budak-budak, bukanlah menjadi sangat. Tak lah ikut speenuhnya macam kita cuba sedaya upaya aturkan. Nak itu, nak ini. Memang sumpah tak dapat semuanya. Kecik-kecik dulu, boleh lah gelak-gelak. Nangis sebab kena ejek dengan kawan lah, kena marah la. itu je alasan kenapa menangis. Memang lah kehidupan budak-budak best. Saya pon kalau boleh nak ada kat zaman tu SEMULA dan SELAMANYA. Tapi, biasalah. Kalau kita tak membesar, siapa yang nak panggil mak ayah kita dengan gelaran 'NENEK atau ATOK'?? Dan sudah semestinya kita pon tak de yang memanggil kita 'AYAH atau IBU'.... Orang yang nak kan kebahagiaan macam budak-budak walhal umur dah suku abad, lupakan. Kau perlu main dengan perasaan. Kau da besar. Kau takan dapat kehidupan budak-budak kau. Kau berangan!  Mensakitkan hati.

Aish. Kenapa begitu beku kepala nak type. Sedangkan dalam kepala penuh benda-benda nak luah. Tapi macam block dari nak tekeluar. Kalau lah orang lain cuba faham kita, rasa apa kita rasa. Elak seelak-elaknya. Macam kita buat. Sebab kita fikirkan perasaan orang lain. Tapi orang lain tak faham kita. Cuba nak faham, buat-buat faham kot? Entah. Sudahlah. Mensakitkan hati lagi. Tak habis-habis. Akhirnya, mulalah keluar perkataan 'tak kisah' yang sebenarnya 'kisah' mungkin. Sudahlah. Kau jangan rasa bersalah sudahlah. Sebab saya sedih bila dengar orang cakap bersalah. Lahirkan rasa bersalah. Hati tisu mungkin. Memang tisu. Ada saya kisah? Kau tak perlu kisah.

Eeee.. banyaknya merepek.

Kalau dulu perbezaan itu yang kau fikirkan serasi, lupakan. Saya sendiri telah menemui resepi serasi itu sebenarnya adalah dari persamaan. Kau takan rasa jelik dengan apa yang dia buat. Sebab kau pon buat. Kau tak kan rasa sunyi dengan adanya gelagat dia, sebab kau pon penuh gelagat. Itulah persamaan. Yang bukan mungkin merapatkan, malah mengeratkan. Perbezaan yang sering bangkitkan dulu, yang sering buat aku terleka, bullshit. Lupakan.

Marah nampak azida?

Eh tak lah. Gembira. Hati bunga-bunga. Dalam hati ada taman firdausi ni. Haaa.. Apa yang kau tahu sebenarnya?? Kau nampak hati-hati bunga-bunga ni? Atau kau nampak ke api menjulang tinggi dalam hati ni? Kau tak tahu. Kau diam. Jangan cuba meneka. Main teka teki. Tak bagus. Tak sihat. Kalau teka teki 'dalam banyak-banyak kain, kain apa yang berat?'. Seumpama itu, silakan. Kalau teka teki hati saya. Tak payah lagi! Get lost!

Sudah Azida, jangan marah. Nanti naik pelamin muka tak cantik! HAHAHA..

Nak sambung buat kerja. Minggu yang busy. Close account punya pasal. Sangat lah tension. Kerja banyak. Nak blogging pon tak cukup masa. Cerita pon tunggang langgang. Asal ada cerita. Sumbat je. Mana sempat. Saya tak banyak masa. Ada kerja tetap kena buat. Bukan penganggur.

Sekian. 











Sunday, May 8, 2011

Mak Ingat Lagi Tak???

Mak, ingat tak 22 Mac 1986. Pukul 9.05 pagi. Masa tu akak da keluar dari perut mak. Masa tu nak cakap, terima kasih. Tapi tak reti cakap. Yang akak tahu, akak nangis je. Tak pasti nangis sebab apa. Mungkin seronok dapat tengok dunia. Dapat tengok abah. Dapat dengar abah azan kat telinga. Besyukur, akak adalah zuriat yang sah dan dilahirkan sebagai Islam. Mak suka tak tengok akak time tu? Akak pon tak pasti macam mana keadaan saat tu.. Tapi akak pasti akak akan rasa saat tu bila akak hadapi saat macam mak hadapi. Sakit tak mak nak lahirkan akak? Sebab mak cakap, akak bersiz besar masa lahir. Dekat 4 kilogram. Mesti mak sakit kan.. Tapi mak tak bagitahu apa-apa, tak cerita pon kat akak lebih-lebih. Mungkin masa mak cerita tu, akak baru berumur sekolah-sekolahan, so mak rasa tak sesuai nak cerita lebih-lebih kan.. Kalau sakit, akak mintak maaf. Sebab akak da mintak kat Allah nak hidup kat dunia. nak tengok mak, and nak jadi anak yang baik untuk mak..

1992
Mak, akak da besar. da sekolah tadika. Akak rasa akak da besar. Padahal umur macam akak, makan pon mak suap lagi. Pagi-pagi mak mesti teman akak tunggu bas Abg Usop datang amik dan hantar pergi sekolah. Kat sekolah, akak kenal ramai kawan. Kawan-kawan yang akak rapat masa tu Syazwan, Mariam, Syuhaida, yang paling akak rapat ialah Ruzarif Sofea. Mak pon tahu kan dia kawan rapat akak masa tadika dulu. Tapi, lepas habis sekolah tadika, akak da tak jumpa dia. Pernah jugak nampak dia. Tapi dia macam da tak kenal akak. Tak pe lah. Pastu, akak ada cerita kat mak kan, akak tak pandai lukis Bunga Raya. Kertas lukisan akak kosong masa akak hantar tu. Akak tak kreatif macam abah. Akak tak pandai lukis. :(

1993 (29 Okt)
Mak, tahun ni akak darjah 1. Cikgu kelas akak kawan abah. Cikgu Fauziah. Akak jadi ketua kelas. Ada kawan-kawan akak cakap akak garang. Tegas. Ye ke mak? Kalau ada persembahan kelas, akak selalu nak jadi MC... Nak becakap depan orang ramai. Memang ye la kot, akak ni berani. Mak, tarikh ni, kat sekolah ada Hari Anugerah Cemerlang. Akak dapat no 1 dalam kelas. Tapi, mak tak dapat datang. Bukan mak je tak dapat datang, abah pon. Sebab masa ni, mak tengah sakit. Mak kat hospital. Akak nak dapat adik lagi sorang. Kesian kat mak. Tapi akak suka sangat dapat adik. Terima kasih mak.

2002
Mak. Akak da bernafas hampir selama 16 tahun. Mak suka tak tengok anak mak besar depan mata? Tengok gelagat akak. Akak kan bising. kat rumah pon abah selalu cakap "rumah sunyi kalau akak tak de". Tahun ni jugak tahun yang telah memisahkan kita. T___T Sampai sekarang. Akak keluar rumah. Mak suruh akak duduk hostel. Akak sekolah jauh sangat. Kat Taiping. Mak cakap nak akak belajar betul-betul dok hostel. Masa ni mak kan, akak hari-hari nangis. Setiap kali hari Jumaat akak terkinja-kinja nak balik. Tempah tiket bas awal-awal lagi nak balik KL. Pastu, bila hari Ahad, akak mesti liat nak balik Taiping. Pernah akak memberontak tak nak balik. Akak nyorok dekat almari bilik. Sebab akak tahu, kehidupan akak dengan family. Bukan dengan kawan-kawan. Tapi mak cakap kat akak, mak suruh akak bersabar. Akak tahu mak struggle nak tukarkan akak sekolah yang dekat dengan rumah. Kesian kat mak dan abah lagi.. Akak suka memberontak. :(
Mak tahu tahu tak, bangunan kelas akak tepi jalan besar. Bila tengok luar tingkap time belajar, dan ternampak ada kereta macam kereta abah lalu, mesti akak tunduk, air mata akak keluar. Akak rindu kat family. Pergi dewan makan, makan pakai tray. Sedih. kat rumah makan pakai pinggan. Tapi sini lain sangat. Ada yang pelik-pelik perangai akak jumpa. Tak suka la mak duduk sini. :( Nak tefon mak pon susah. Senior tak bagi pakai public phone malam-malam. Cane nak buat. Call waktu siang jek. Siang lak, akak call bukan nya murah, sebab call dari Perak. Senior tak faham. Akak dapat cakap sekejap je ngn mak. Ingat lagi, kat hostel, sekolah ada pasang phone. Reverse call. Masa tu akak try call mak, akak tak tahu lak time akak call, kat Cheras tengah hujan lebat dan petir. Pastu, operator cakap ngn akak, mak tak nak jawab akak call sebab petir. Sedih akak. Sebab nak call mak bukan senang. Kena berebut-rebut. :(

2003
Mak ada tanya, akak nak tukar sekolah ke tak. Akak jawab tak nak. Sebab akak da suka sekolah kat sana. Mungkin sebab tak de senior. Form 5 akak da boleh belajar dengan tenang. Da tak nangis. Except time zikir waktu nak tunggu solat Maghrib. Time tu memang tak boleh tahan. Sedih. Mesti ingat kat mak, abah, abang dan adik-adik.

2004- Present
Start akak keluar rumah tahun 2004, sampai sekarang akak da tak dapat duduk rumah. Da tak dapat rasa macam waktu kecik-kecik. Lepas habis sekolah, akak sambung belajar, akak duduk Bangi, duduk Shah Alam and  for now I am staying somewhere in Rawang. Memang lah mak kan, orang cakap "ala, Rawang tak jauh" tapi untuk anak mak ni, akak da rasa jauh sangat dah. Akak tak dapat nak tengok mak hari-hari. Kadang-kadang sampai behari-hari akak tak de call mak.. Hurm.. Bila dengar orang lain cakap hari-hari mesti call mak dorang, akak dengar je. Tapi tak rasa nak buat. Tah apa-apa akak ni kan mak?...

8th May 2011
Mak, hari ni HARI IBU. Akak da wish da semalam. Tapi petang semalam akak betul-betul penat. Akak tidur lepas maghrib tak bangun-bangun sampai pagi. Akak nak beli kek semalam. Tapi semua tak jadi sebab akak penat kerja. Tengok tu, anak mak ni masih bagi alasan kan.. T__T

Hari ni pon akak boleh pulak pergi kerja. Sepatutnya, akak kena duduk rumah, dengar mak cerita macam-macam benda. Duduk atas begolek atas katil sama-sama waktu pagi lepas sembahyang subuh. Bebual. Sampai adik marah cakap bising, baru kita diam kan.. Dulu-dulu, masa sekolah, hari Sabtu, Ahad mak selalu bukak tingkap bilik, selak langsir supaya cahaya matahari masuk dalam bilik. Pastu mak lompat-lompat atas katil spring akak, sambil buat bunyi alarm "tenenennet tenenttenet I LOVE YOU, I LOVE YOU".... hehe.. Akak ingat lagi tu alarm jam adik. Ingat lagi intonasi alarm tu... :) Walau agak geram sebab mak kacau, tapi bila mak dok lompat-lompat atas katil, rasa kelakar pulak. Tah-tah, mak sorang je dalam dunia ni yang buat macam tu.. See, betapa gembiranya dapat mak lain dari yang lain...

Mak, petang semalam, akak cerita kat mak, "tengahari tadi akak lunch umah Nurool. Mak dia masak Ayam Masak Lemak Cili Padi".  Pastu, mak cakap " Lauk favourite akak lah tu ".. Sebak akak dengar. Sebab mak tahu semua tentang akak. Baik dan buruk. Semua mak tahu.

Masa akak putus cinta dengan my last Ex pon, mak macam da dapat agak. Mak buat-buat tanya akak je kan masa tu? Mak tanya samada akak kawan lagi ke tak. Tapi akak tak jujur. Akak cakap "ye, akak masih berkawan".. Tapi akak tengok muka, mak macam da tahu da apa yang terjadi sebenarnya kan? Masakan masa satu hari tu, akak bangun pagi dan turun je bawah, akak cari mak. Akak pergi dapur. Mak kat dapur. Tengah potong apa tah masa tu, akak da lupa, pastu mak tanya akak " Kenapa akak nampak macam tak betul, serabut, macam orang sakit je..."... Masa tu, akak sedih mak tanya camtu. Mak nampak apa yang terjadi. Tapi akak sendiri yang payah sangat nak bekongsi cerita ngn mak. Memang payah. Sebabnya kan mak, akak tak kuat masa tu. Akak takut kalau-kalau akak bagi tahu mak, akak yang meraung pulak kat bahu mak. Tapi mak tahu kan akak da tak de siapa-siapa lagi....... T___T

Selepas kejadian tu, akak kerap kerja hari Ahad. Akak takut akak runsing duduk rumah. Memang duduk rumah best. Tapi kadang-kadang minda akak ni dok tebayang dia. Akak memang sakit sangat mak masa tu. Akak tak tahu nak cerita kat siapa. Akhirnya hari Ahad (17 Apr 11), akak bangun pagi nak pergi jumpa kawan lama akak. Budak sekolah akak. Hari tu jugak, agak dapat beterus terang ngn mak, yang akak dah tak de sape2.. Akhirnya, mak faham....

Mak, hari Ahad (01 May 11), bukan niat akak nak selindung mana akak nak pergi, tapi akak segan nak bagitahu mak akak nak kua dengan kawan akak yang akak da mula dapat terima dia sikit-sikit. Sebabnya kan mak, akak masih baru. Akak tak nak jadi macam dulu-dulu lagi. Sakit bila kita da bawak jumpa family, at last tak jadi apa-apa. Sakit lebih teruk dari malu. Harap mak faham. Nanti akak akan bawak jugak dia jumpa mak. Harap mak tak tekejut. :)

Mak, panjangnya akak type. Penat. Tapi akak harap sangat mak dapat baca benda ni.Sebab akak malu lah nak luah depan-depan. Hehehe..

Mak, terima kasih menjaga akak sampai saat ni. Terima kasih sebab mensabung nyawa melahirkan akak yang montel masa tu :P terima kasih hantar akak belajar tinggi-tingi. (nak sambung master lak).. Terima kasih sebab marah-marah akak, supaya akak kenal erti hidup, benda baik buruk. Terima kasih sebab bagi duit belanja masa belajar-belajar dulu. Terima kasih sebab masak makanan sedap-sedap untuk kami sekeluarga. Sampai ramai kawan-kawan akak puji masakan mak setiap kali buat open-house. Terima kasih sebab setiap kali raya, mak pasti jahit baju kurung untuk akak. Kadang-kadang mak terjahit besar sikit, tapi akak tetap pakai :)

Mak, umur akak dah 25. Dah suku abad akak kat muka bumi.. Kalau tanpa mak, akak tak kenal bumi ni. Tak tahu apa segala isi-isi dalam bumi ni. 25 ni jugak akak da mula kenal sape kawan, sape lawan. 25 tahun jugak lah akak bernafas tanpa henti. Terima kasih mak. Banyak sangat nak ucap terima kasih. Dan banyak sebab nak ucap terima kasih. betul cakap orang, jasa ibu memang tak dapat bayar dengan wang ringgit, apatah lagi dengan kata-kata..............

Mak, seronok jadi anak mak. Seronok masih ada mak. Bahagia dapat tengok muka mak. Mak suka buat lawak, macam abah jugak. Walau kadang-kadang mak suka membebel, tapi akak da paham. Semua tu ada kebaikan. Masa mak marah-marah akak, akak tak pernah rasa nak lawan. Akak takut. Bila mak bebel-bebel, akak cuba dengar. Walau mak mesti tengok akak macam buat tak tahu dengan apa yang mak bebelkan, tapi sebenarnya every single word, akak dengar...

Mak, akak sayang mak sangat-sangat. Mintak maaf dulu-dulu akak mungkin pernah buat mak sedih. Pernah buat mak naik marah dengan akak. Sebab tu akak rela ulang alik Cheras- Shah Alam masa belajar dulu. Sebab akak nak dengar cakap mak. Terima kasih buat akak sedar.

Mak tunggu ye. Petang ni akak balik kerja, akak nak beli kek untuk mak. Harap-harap Allah panjangkan umur akak supaya dapat jumpa mak petang ni. Nak mak potong kek. Dulu, mak marahkan kalau akak bagi kad masa Hari Ibu. Sebab mak cakap membazir. Masa tu akak terasa. Sebab mak macam tak hargai. Rupa-rupa bila fikir balik, mak marah sebab yelah, belanja pon time tu mak dan abah yang bagi!!!.. Hehehe..

Abah, bukan tak nak cerita pasal abah. Tapi hari ni kan Hari Ibu. so bagi chance la untuk mak.. :) Nanti hari bapa, akak cerita pasal abah lak :)


Untuk Puan Razana Binti Abdul Wahab,

teringat selalu wajah kekasihku
saat ku menuai lalu
coba engkau dengarkan
ku tuaikan nada lirik lagu sederhana
ku ceritakan kisah tentang kita

peluklah tubuhku bila engkau rapuh
saat kau mulai terjatuh
aku datang menyelamatkanmu
ini surga kita tiada yang menguasainya
tempat kita bersandar dan bertahta

tenang sayang, ku pasti akan datang
yakinlah aku menjemputmu
jangan menangis, hapus air matamu
yakinlah ku tetap milikmu
tenang sayang, ku tepati janjiku
karna kau wanita terhebat
peluk tubuhku, matilah di pelukanku
biar seluruh jagad raya tahu

Sayang Mak kuat-kuat........... :')
 
 
Anak Mak,
 
Saifatul Azida

 


Wednesday, May 4, 2011

Exercise Jiwa dan Raga Pepagi.

*Cerita ini cerita semalam. Tak dapat post sebab tak siap. So baca cerita ni, bayangkan hari semalam* :)

Haa.. Da lama sangat rasanya jari ni menekan button icon Internet Explorer. Apa tak nya, kejadian modem rosak dari hari Rabu belanjutan sampai ke pagi tadi. Pagi tadi pon sampai kena call IT Manager dari HQ sebab da ramai sangat yang bising tak dapat baca email la. Espeacially, golongan-golongan yang berpangkat lah. Dorang cakap tak dapat baca email la, kebetulan, dengan machine fax pon rasa-rasa da macam hidup segan mati tak mahu. Lagi lah menambah kekalutan proses perhubungan. Dah la site office jauh dari bandar. Maka akan terasa seperti sudah terputus hubungan dengan dunia luar. Yang golongan-golongan biasa ni, apa lagi. Terutama saya, bila jadi kejadian terputus hubungan ni, saya lah orang yang amat runsing. Apa tak nya. Terputus dengan notification-notification facebook. Wakakaka... Nampak tak kat situ. Akal je tu. Manager sibuk bising-bising cakap email tak dapat, yang saya bising tak dapat check notification. Ye. Saya tahu, cerita berulang. Tak payah bagitahu saya T____T

Setelah IT Manager (Mr Danny Comel) membetuli keadaan, saya terkinja-kinja nak menaip entry ni. Walau bunyi macam ntah apa-apa. Hari ni, dari pagi kelam kabut. Apa tak nya, si dia membuat kejutan pada jantung comel ni. Suprise! Suprise hangguk hang zida. Pagi tadi. Dengan suara dia yang sayup-sayup kedengaran nun talian di utara, dia menyatakan hasrat, chewah! Bukan hasrat yang tu, tapi nak bagitahu yang dia kena kursus. Si dia rupa-rupanya ada kursus hari ni! Wakakaka.. Dengan tenang saya menjawab. " oke, I ambil U kat Rawang"... Begitulah kasih adinda kepada kekanda walau tengah bekerja. :P bluekkk... Haip! jangan muntah lagi. nati lagi banyak episod geli-geli kat sini. HAHAHA..

Begegas mengutip beliau. Dan memberikan hadiah kunci kereta. Senang untuk beliau mengulang alik dari hotel ke tempat kursus. Wah. Detailnya cerita. Saja nak bekongsi. :) Nak cerita jugak. Tak peduli. Tak peduli.

Kembali,
Em, saja bagi dia bawak kereta saya. Sebab malam besok saya nak ke Utara. Tempat? Rahsia. HAHAHA. Ekheleh, gelak lagi. asyik gelak. Muak. So, bagi jela, sebab rasanya macam tak best je nak drive sorang-sorang dari KL ke utara. So if ada kawan kat tepi, boleh bual-bual, main suap-suap kacang ke, main suap-suap ice-cream ke.. Oh, bukan main yang itu. JANGAN SALAH TAFSIR.

Planning untuk hari esok? . Ye, sudah plan. Dari awal. Cuma hari je baganjak kehadapan sebab beliau tidak mengingati tarikh kursus kat KL. Apakah yang ada dalam kepala beliau. Tah. Tak tahu. Kerja kerja kerja. Itu je yang dia tahu kot?? .. :P

Hye U, jangan marah yer. Memang nak cerita pasal U yang kelam kabut sangat. Kena hire PA mungkin???

Besurai~