Monday, June 27, 2011

OK, Ini saya reply mesej awk!

As-salam

Dah lama rasanya saya tak tulis blog. Tak de entry. Tengoklah since dari bila last entry saya. Bekurun. Sehinggakan dah hampir tamat bulan June. Bagi saya June memang tak de cerita indah. Cerita yang best-best untuk dikongsi. TETAPI.... Hari Sabtu aritu (kalau tak silap lah), saya dapat message dan telah terpanggil, tergerak hati untuk kembali bekongsi cerita. Siapakah dan apakah punca itu? Tak perlu nyata. Sebab siapa yang makan cili dia yang akan terasa kepedasan walaupun cili tu tak lah sehebat cili padi burung.

Sabtu. Saya agak teperanjat. Dapat mesej babaur marah-marah. OK. Saya tak kisah kalau nak marah sebab mungkin ada kata-kata saya dalam blog lepas telah buat awak tesinggung. TETAPI, tahu kah awak saya lagi tesinggung dengan kata-kata mesej awak dulu??? Saya tak buat kalau orang tak buat kat saya OK? Itu hanyalah permulaan kata-kata saya, dan saya menganggap kata-kata dalam entry yang lepas itu adalah yang teakhir jugak. MALANGNYA.........

Benda ni saya dapat rasakan akan menjadi lebih lanjut. SEKIRANYA, awak mesej saya dan terus tanya tentang entry ini pulak. Saya harap tak de lagi mesej dari awak selepas ini biarpon ada kawan awak suruh awak baca entry saya..

OK, saya hanya belanja awak sebab saya berjanji. Saya dah tunaikan. Adakah saya berjanji bekali-kali ? Tidak jawapannya kan? OK. Saya nak cakap, saya tak kesah pasal duit saya belanja awak. Itu rezeki awak. OK. Saya tak nak komen pasal duit dan makan.

Saya main-mainkan orang? Saya rasa awak silap besar dengan kata-kata awak. Kalau saya betul suka main-mainkan orang, saya tak pilih awak untuk dimain-mainkan. Saya pasti pilih orang lain yang lebih layak untuk dimain-mainkan. TETAPI, saya bukan begitu. Siapa yang saya kenal, saya akan cuba OK dengan orang tu. DAN SEKIRANYA saya rasa saya tak mampu untuk orang tu, saya akan cuba bediam dari menyakitkan hati orang tu. Saya rasa awak paham ayat saya.

Pasal kereta Honda City ke, Kancil ke, saya tak tepikir langsung macam awak cakap dalam mesej awak tu. Kalau awak nak cakap saya pilih kereta, kenapa dulu Ex saya pakai VIVA jek saya tak penah kesah pon! Sumpah tak penah kesah. Sebab saya pon asal-asal saya pakai kancil jugak. Saya tahu asal usul saya. Bukan kerana Honda awak. Kalau awak nak cakap camtu jugak,  saya nak cakap "saya tak kelapaq dengan HONDA awak". Sebab saya pon ada kereta sendiri. (Sumpah macam budak-budak).

Dan saya harap awak hentikan tomahan awak kat saya. Saya tak kesah masa awak bagitahu awak ada girlfren CINA. Sumpah tak kesah. MALAHAN, saya mendoakan awak dengan dia. Belakang, awak nak cakap yang tu awak kawan saje. Suka hati awak OK?. Saya tak nak ambil tahu. Tak berminat. Dengan siapa awak bercinta atau kahwin, silakan.

SEKARANG, saya nak nyatakan, saya bukan macam awak fikir. Awak tak perlu nak cakap saya malu kan awak. Sebab bagi saya, awak kawan minor saya. Dan kawan-kawan saya pon tak de yang mengenali awak. Yang ada mutual friend ngan awak pon beberapa kerat je. Bilang pakai jari tangan pon cukup. Sebelah tangan jek. Bukan lah ramai maksud saya.

DAN ARINI, apa saya bagitahu dalam mesej, itulah yang sebenarnya. Awak tunggu bulan Nov. InshaAllah. Saya tak nak awak bedendam, dan saya pon tak kan bedendam apa-apa. Saya tak minat. Itu bukan saya. OK.


(Jangan nak batu api sangat OK spy yang tak betauliah!)