Sunday, October 30, 2011

Aku tak pasti kau ni jenis apa??

Hye Salam,
Entry kali ni bukan lah nak menghina sesiapa.. Tetapi ia lebih kepada rasa isi hati yang sakit sangat-sangat. Saya tahu, ada kalangan reader blog saya adalah silent readers. Yang lebih gemar membaca dan diam. Tapi diam sambil berisi. Nak tahu kenapa saya cakap macam tu? Sebabnya kisah ni timbul beberapa hari yang lepas. 

Susah kalau kita ada blog, pastu ada reader yang suka pikir bukan-bukan dari entry saya. Saya memang dah tak minat nak gaduh atau apa, tapi saya pon ada hati dan perasaan. Bukan semudah tu untuk orang lain tikam saya!

Saya cakap terus terang, saya sakit sangat dengan perempuan tu. Masih layak ke saya nak panggil dia perempuan sedang mulut dia tak macam perempuan. Atau lebih layak saya gelarkan dia adalah betina? Sepatutnya lah. Tapi saya bukan macam tu. Saya tak kan kurang ajar dengan orang, atau dengan kata lain, saya tak kan jadi macam dia. Sebab kalau saya keluar kata-kata kesat untuk dia, maknanya saya pon macam dia. So saya tak nak.

Kisahnya, saya terlalu tertekan. Dari awal perkenalan saya dan bf saya, perempuan tu sememangnya tak menghormati perasaan saya. Saya tak ada nak bekasar pada mulanya. Saya ingat lagi, penah suatu hari, perempuan tu tiba-tiba add saya kat fb. Kalau korang boleh fikir, kenapa saya tak nak approve? Sebabnya, untuk apa?untuk buat dia lagi sakit hati kalau dia dapat tengok page saya. Saya tak approve, saya sendiri yang buat keputusan. Bukan saya mintak pendapat dari bf saya. Sebab saya fikirkan perasaan perempuan tu lah saya tak approve. Tapi dia seolah-olah tak faham, mungkin faktor umur dia yang menyebabkan dia macam tu, marah melulu, cakap saya macam2 dalam inbox facebook saya. (kalau ada lagi message tu, nescaya saya akan tunjuk kat semua reader).


Hai perempuan, saya nak nyatakan kat sini, saya tak amik dia dari tangan awak, atau rampas. Dia dah single, dan saya pon single. Tak salah nak bekawan kan? Atau kau dihantui rasa cemburu yang melampau-lampau sebab tu kau act macam tu..Kisah kau ngn dia dah over. Apa lagi rentetan yang kau cuba ungkitkan? Atau kau sendiri rasa bersalah sebab kau tak menghargai dia satu masa dulu. Semua orang tahu akan perangai dan sikap langsi kau. Perlu ke engkau bekasar dengan orang yang sayang kau? Aku tak pasti jenis hati kau.

Aku diam beberapa lama. Dalam inbox kemain langsi kau berkata-kata. Seolah-olah aku ni tunggul kan. Aku besabar selagi aku mampu. Pernah satu hari, bf aku remove semua kawan-kawan kau yg pernah dia add dulu. Dia buat macam tu sebab tanak kau sakit hati. Tapi kau tak fikir. Dia jugak tahu kau sentiasa stalking dia, melalui kawan-kawan kau punya page kan? Pastu, kau terus message bf aku kan, cakap aku yang suruh remove. Hello! Aku tak particular ngan semua tu. Aku tak kisah dia nak bekawan ke tak. And tak pernah tahu pon, sampai lah dia yang bgtahu aku, ramai kawan2 kau dlm frenlist dia and dia dah remove. Aku diam je. Message kau macam ni kan " Asal kau remove semua kawan2 aku ha? Ni mesti sebab gf kau Azida babi  tu yg suruh remove kan??" Sounds like that la message kau. Aku baca tau time tu sebab aku dengan dia. Dan kau jugak suruh kengkawan kau add fb aku beramai-ramai sebab nak stalk kan? Mujur aku ni sentiasa bersabar. Tak cepat melatah dan keanak-anakan macam kau. Aku reject semua tu, dan aku siap PM dorang mntk maaf sbb aku tak dpt approve since they are among your friends. 

Aku cuma pelik apakah tujuan kau tu? Nak stalk? Cukup-cukuplah kat blog aku kau boleh stalk. Takan hal dalam kelambu aku pon kau nak tahu kelak??? Aku malu kalau aku jadik perempuan macam kau. Kau cakap aku tehegeh-hegeh tak boleh hidup tanpa laki, tapi kau? Masih tehegeh-hegeh nak tahu semua tentang bf aku, ngan aku sekali kau cuba stalk.. Hebat permainan kau ni. Tapi game kau tak boleh start sbb player 2 (aku) tak nak main ngn kau. Kalau aku betul-betul nak main game, bukan budak-budak macam kau.

Apa lagi eh aku nak dedahkan kat orang tentang kau. 

Oh ya, kau kata aku macam-macam. Kau kata bf aku macam-macam. Tak guna semua.. Helo, aku pon penah break up, tapi aku tak da sampai nak hina-hina ex aku macam kau buat. Untuk apa? Selalunya, orang yang bersalah akan bersuara macam kau, kutuk mengutuk supaya nak tutup kesilapan kau, kau dah ternyata silap. Buat apa kau nak isytihar kat orang lain yang bf aku ni tak guna lah, apalah.. Kalau dia silap sekali pon, kenapa kau yang nak menghukum? Layak ke kau nak menghukum kesilapan orang? Tuhan kottttt kau ni.


Kau harus sedar. Disebabkan panas baran kau, keras kepala kau, kepala angin kaulah kau jadi macam ni. Semua orang kau nak jadikan musuh. Musuh yang kau sendiri tak pernah kenal. Sumpah macam budak-budak! Malam tu aku mintak kau jangan kacau tu je. Aku tak mintak apa-apa.. Selama ni aku diam jek. Kau cakap aku macam2 kan. Tak pe pulak. Aku tak maki hamun kau pon kan. Tapi haritu, kau kena sekali je ngan aku, 1 perkataan jek, kau dah touching leleh abeskan?? Manusia ke kau ni?? Ada lak hati perasaan kan. Yang kau bebakul-bakul hina aku, sampai aku terpaksa tukar bakul lain sebab nak tadah makian mulut laser kau bleh plak kan?? No wonder kau kena tinggal. No wonder kau tak de bf.. No wonder mak bapak kau halau kau dari umah,pastu ngadu nasib ngn bf aku kan? Kenapa? Nak suh bf aku kutip kau kt tepi jalan pastu nak crying shoulder??? Oh tidakkkk.. Dia tak cari kau. Tapi kau yang selalu text2 dia kan? Best jadik kau ni sebab tak berapa malu.. Malu dah tak de. Tu yang seronok kau jadik diri kau.

Apa pon, ni blog aku. Page aku. So ini kata hati aku untuk kau. Benda ni betul and pernah jadik. Aku tak kan mereka cerita macam kau reka cerita. Kalau kau kata aku tak sempurna, kau seribu kali tak sempurna main nak terjah-terjah orang. Kau silap besar. 

Oh ya, 26th Nov ni , kalau kau rasa nak makan free, bgtahu aku. Aku jemput kau datang rumah aku. Sebab kau mesti lapar, sebab asyik nak mengata orang je kan. Apa pon, aku mintak maaf. Apa yang aku blogging ni semuanya benda betul. Sebab tu aku berani. 

>> Ish marah betul saya ngn perempuan tu. Tak suka ada rasa cani.. Tak best. Ya Allah, ampunkan dosa aku kalau aku dah buat hati orang lain terluka... Semua jadi dengan kehendakMu.... Semoga aku terus bahagia bersamaMu dan dirinya.. Amin...








Sunday, October 9, 2011

Nak cantek ke nak dosa?? Adehhh

Nasihat Nabi Muhammad Saw. kepada Saidina Ali kwj. sesudah
bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan , Nabi
Muhammad Saw. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai
cincin pakailah di jari

1] jari manis
2] jari kelingking (anak jari)


dan jangan memakai pada jari
1] jari tengah
2] jari telunjuk

Nabi Muhammad saw. melarang kerana memakai cincin pada jari
telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang
dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s.





Taken from:https://www.facebook.com/ezad.hafidz


Cepat-cepat saya tukar jari untuk cincin saya. Saya betul-betul ingat jari tengah(hantu) tak pe untuk disarungkan cincin..Jari telunjuk memang tak boleh, itu pon opah saya bagitahu raya hari tu. Betapa jahilnya golongan muda zaman sekarang, temasuk saya sendiri.


Subhanallah.


Besyukur tegerak hati untuk baca.. Kawan-kawan apa lagi? Tukar cepat cincin ke jari-jari yang dibenarkan Islam. Jika masih rasa diri Islam. Jangn nak disebabkan cantik, terikut-ikut perwatakan orang lain, terikut-ikut peredaran zaman, kita lupa tentang hukum-hakam. Sama-sama share lah yer. Ingat, agama lain cuba mempengaruhi umat Islam dengan pelbagai cara dan pelbagai sudut. 


Nauzubillah..







Saturday, October 8, 2011

Untuk Dia.

Bila hati ni dah cuba singkirkan satu peristiwa "ibarat katak duduk bawah kristal", saya jumpa awak. Mujurlah, time awak datang tu, time tu saya dah cuba keluar dari kristal! ;p 

Awak, saya syukur sangat-sangat awak hadir dalam hidup saya. Saya rasa tenang dan lebih bahagia. Awak selalu cakap awak sayangkan saya. Saya pon sayangkan awak. (Tapi tak lebih dari saya sayangkan tuhan lah) ;p

Pertemuan pertama. Pandai awak amik hati saya. Awak bawak saya pergi Sg Klah. Yang hairannya, macam mana awak tahu saya sukakan air??? (maksudnya macam kolam, pantai).. Awak dah lama perhatikan saya yer??? :P

Masa tu saya rasa seronok sangat-sangat, sebab saya dapat keluar dari kehidupan sedih saya. Awak yang tarik saya keluar dari kesedihan. 

Sekarang saya ada awak. Saya dah betul-betul yakin ngn awak. Dan dah sayangkan awak, dan semakin bertambah-tambah hari ke hari.. Awk suka buat lawak. Suka buat saya ketawa. Saya suka buat lawak jugak, tapi since awak ada untuk saya, saya lebih suka dengar lawak-lawak dari awak. Saya suka dengar awak bebual, tengok cara awak. 

Sekarang, satu langkah kita dah lalui. Dan akan datang satu langkah lagi. Saya harap kita sama-sama langkah.  Tanpa tengok belakang. Saya tak sabar nak tunggu saat tu. Saya countdown tau untuk hari tu.. Tak sabar rasanya. Saya setiap waktu doa yang semoga Allah permudahkan segala yang dirancang. Saya harap awak pon buat benda yang sama saya buat..

Tadi awak text saya. Saya tahu dah 2 hari awak busy. Awak banyak keje. Manakan keje awak, keje part time. Pastu awak ckp awak buat semua tu sebab nak cari rezeki lebih, untuk saya dan masa depan awak besama saya. Sedih saya dengar. Sebab awak berusaha keras. Saya tak marah awak kalau awak perlukan masa untuk siapkan kerja awak. Sebab saya letakkan sifat memahami awak sepenuhnya.

Saya reply message awak. Saya cakap, saya sentiasa ada untuk awak. Tapi awak balas, awak kata , awak yang tak sentiasa ada untuk saya. Saya sentiasa ada untuk awak sebab saya tak kerja macam awak. Masa saya banyak. Jadi, saya tak kesah kalau awak benar-benar busy. Yang saya tahu, kalau awak ada masa berehat, walau time tu ngam-ngam untuk awak minum dan makan, awak mesti call saya. Dan pekataan 'maaf' dari mulut awak tak pernah lengkang, untuk mintak maaf kat saya sebab awak busy. Saya hargai.

Sekarang, saya nak awak tahu, yang saya sayangkan awak, dan malam ni rasa nak buat cerita pasal awak dan saya. Pastu, saya nak cakap terima kasih banyak2 sbb hadir untuk saya.. Saya takan sia-siakan awak. 

Awak, kita sama-sama doa dan usaha banyak-banyak ye.. InshaAllah , Allah akan tolong kita jika kita betul-betul mintak dariNya. Amin.

Sayang awak. Rindu awak.




Ianya sekelip mata

Assalam..

Wow.. lama rasanya tak post entry. Sangat lama. Sekarang dah banyak perubahan dalam kehidupan saya sendiri. Perubahan yang memang dah tak dapat nafikan lagi. Saat yang saya lalui sekarang ni,adalah saat yang paling senang buat masa ni.. Dan beharap segalanya akan terus seperti ini.. InshaAllah.

Satu per satu fasa hidup dah berubah. Dan akan terus berubah dalam masa tedekat. InshaAllah.. Dah ada kerjaya yang stabil dan paling penting ada yang menyayangi.. ;p

Sekurang-kurangnya, saya dapat sembuhkan luka kat hati ni dalam masa yang singkat atas usaha dan doa sendiri. Saya sendiri tak menyangka semua ni berubah sekelip mata. Seperti kehilangan yang pernah saya hadapi dulu sekelip mata, begitu jugak lah penggantian yang sekelip mata Allah turunkan. Sesungguhnya, kekuatan dan kesabaran itu telah terbalas. Dan saya tak kan pernah berhenti besyukur dengan penemuan kali ni.

Memang dalam masa yang singkat, kami saling kenal. Asalnya dari 'teguran hi' dari si dia, terus buat rasa hati ni nak kenal lebih rapat. Tapi dalam hati, rasa takut tetap ada , sebab mana tahu pisang berbuah 2 kali.. alhamdulillah, dalam rasa takut-takut tu,akhirnya berubah menjadi satu perasaan yang pernah saya alami sebelum ini, malah ianya lebih saya hargai. Kedatangan dan penerimaan. Itulah yang tersemai setelah hampir 7 bulan. Memang begitu singkat. Ramai yang cakap, belum cukup kenali, belum itu, belum ini. Tetapi, saya percaya dan sendiri rasa kaget, sebab perjalanan nya sangat mudah dan direstui. Seolah-olah inilah yang tertulis,dan kamilah aktor dan aktress nye.

Macam bahasa indonesia. - *selingan*

7 bulan, sudah cukup buat hati saya tenang, dan rasa lebih mengenali dia seperti 10tahun lamanya! Jika dulu, malam-malam saya diakhiri dengan air mata kekecewaan, kehampaan dan air mata seolah-olah satu suntikan pelali untuk saya lelapkan mata,  tetapi sekarang benar-benar berubah. Walau sudah hampir 7 bulans (omputih-plural) , panggilan telefon dari si dia seolah-olah satu pil yang harus ditelan untuk saya tidur lena dan nyenyak. Suara itu membuat hati saya rasa senang sebelum tidur. Dan saya sendiri tidak mengharapkan ianya kekal, kerna tiada benda atau perbuatan di dunia ni kekal. Cukup dia telah hadir dalam hidup saya dan keluarga, tenang seluruh hidup ni. InshaAllah.

Dan hari ini, kebahagiaan yang saya tercari-cari dulu, sebenarnya, ianya datang sendiri. Kesedihan, kesakitan dan kesusahan yang sebati dengan jiwa saya dulu, dengan sendirinya melarikan diri daripada saya. Oh terima kasih air mata. Saya tak kan melupakan awak. Walau saya bahagia kini, tetapi saya tahu saya sangat perlukan awak, air mata..Cuma objektifnya berbeda.. Awak jugak buat saya jadi kuat. Macam saya lalui sekarang. Terima kasih sebab temankan saya bebulan-bulan lamanya, dan sudi tidur bersama-sama saya setiap malam satu ketika episod kekecewaan saya dulu! Jumpa lagi awak air mata, satu hari yang saya nak panggil 'hari besejarah' !!

*oke, jari semakin laju nak type*

Tapi nak stop. Nak aktifkan entry lain.