Tuesday, November 22, 2011

For A Few Minutes.

Malam Ahad yang lepas. Tiba-tiba rasa nak pakai mask ni. Mask ni dapat dari office mate-Alicia. Dia pergi Taiwan dua minggu lepas. Pastu dia bagilah benda alah ni, sebagai souvenir lah katakan. Tambah lak ngan adik yang secara tiba-tiba jugak offer diri nak tolong pakaikan. *padahal bukan susah pon, tempek je kat muka-mudah* Tapi kalau buat sendiri, manakan lagi kau nak baring, manakan lagi tangan kau nak menggagau menempek mask tu kat muka kau. Alamat sampai subuh besok lah memang tak tepasang. Better grab je offer dari adik. Kan. Senang. 
  


Hah,dah pasang. Memang sekejap, tak sampai 5minit! Saya pon hairan. Dalam hati tertanya-tanya jugak, adik ni pernah keja tempat facial ke dulu?. Tapi dalam kejap-kejap dia pasang tu, bebakul-bakul jugak saya terima luahan perasaan dia tentang muka saya. Mana taknya, masa nak placing mask kat muka, dia suruh saya tutup mulut lah, pastu cakap nose hole mask tu tak muat size lah, itulah, inilah... Terima jelah Mak Piahhh.. Kang tak pasal-pasal dia tanak pasangkan, dah jenuh kau nak berusaha satu malam nak pasang benda tu kan.

Topiknya, bukan nak bagitahu saya terlalu ghairah nak pakai benda ni, pastu nak tunjuk kat semua orang, tapi nak cakap yang saya tak suka memakai apa-apa di muka, termasuklah saya hanya memakai mask ni selama 10minit. Ye, 10minit. Mana taknya, dahlah rasa basah kemain. Tapi wangi... Macam-macam bau. Pastu lak saya ni ada penyakit. Penyakit tak suka meletakkan sesuatu di muka. Nak calit eyeshadow ke, lipsticks ke, blusher ke, memang tak. Bukan tak penah pakai, penah. Dulu-dulu time dok hostel KPTM tu kemain rajin lah jugak memakai. Habis sendiri punya bedal blusher kawan sebilik punya.Fatin namanya. Comel *tiba-tiba rindu dia*. Itulah dia. Tapi sekarang, semenjak saya pergi kunduri kahwin office mate lama, Ain namanya. Itulah kali terakhir menyapu blusher di muka tembam saya ni. Selepas tu saya tak ingat ada lagi ke tak. *ye ye je kan, tadi cakap terakhir*. Entahlah kenapa. Tak de nafsu untuk sume tu lagi dah. Sehingga lah sekarang. Muka plain je. Kadang-kadang tengok satu-satunya kawan kat office Prometric ni, Alia namanya. Cantik sangat bemake up. Dia ada jugak tanya-tanya kenapa tak pakai. Jawapan saya simple, "ala, tak suka pakai. Rimas. Nanti boleh flu tau kalau pakai bedak." Hah, tak takut korang dengar alasan tu. Sampai orang pon kalau dengar mesti tak berani syorkan dah. Sebab mesti korang fikir, eh budak ni nanti sesema lak dia, kesian lak... Hihih. Tak caya tu jawapan saya? Tanya lah Alia. Dia salu dengar saya bebel pasal make up ni. :P *kan Alia kan??? *

Pernah satu hari tu, keluar ngan Alia, beria-ia saya beli eyeliner. Besoknya pakai. Semangat lah katakan. Pastu lusanya sampailah hari ni, tak sentuh pon. Letak dalam handbeg camtu je. Tak terasa hati kau kalau kau jadi eyeliner tu? Begitulah nasib-nasib benda yang lain macam perfume, pon terima padah yang sama.

Begitulah cerita nya. Saya lebih suka muka plain. Tapi kadang-kadang memang lah nampak tak fresh kalau muka ni plain je. Betul. Tengoklah, esok lusa mana tahu berubah ke?. Hihihi

Apapon, bukan saya nak pelekehkan orang yang make up, make up menambahkan kejelitaan seorang perempuan. Saya admit. Janganlah kau merepek nak touch up over2,pastu lilit shawl kat leher. Tu bukan menambahkan kejelitaan, menambahkan kekonfiusan jantina korang. Sekarang ramai yang make up dah ala-ala haporn.. Terima lah padahnya. :P

Kejelitaan adalah hak milik setiap insan. Jom belajar make up! -Tiba-tiba-

Habis, tepuk tangan laju-laju.


Monday? 4days to go.

Monday Blues?

Yeah.. It's Monday again. And the last Monday being single :) (tak abes-abes propa!).

Tidur malam terganggu. Do I need turn off my phone or just put into silent mode just because I hate distraction? Oh. No.

Ceritanya begini. Ada orang yang saya kenal, salah sent message. (Whatsapp). Lebih kurang pukul 2 lebih pagi. Masalahnya ialah, bila ada whatsapp masuk, bunyi notification tu sangatlah kuat. Itu silap saya, sebab set sounds macam tu T___T. Apakah niat dia sebenar? Itu hanya tuhan yang tahu. Sebab saya memang tak tahu apakah tujuan dia. Untuk sakitkan hati? Oh ya, memang terlalu sakit dah hati ni. Hampir setahun. Luka tu masih ade kesannya.

Kalau nak bercerita tentang hati, memang tak kan abes. Lepas satu, satu kang yang tekeluar. I had enough. Saya cuma terasa geram dan marah. Jangan lah buat-buat salah anta message atau apa-apa lagi. Macam mana saya dah tak cari, saya harap dia pon macam tu. Derita tu tak kan hilang. Atau mungkin akan hilang, tapi lama lagi kot. *beharappppp*

Ada orang cakap, dah ada yang lain pon nak rasa kesakitan tu? Hurm, korang tak rasa. Korang tak hadapi kes yang sama ngn saya. Situasi yang sama. So memang keadaan berbeza sangat. Kesakitan tu akan datang bila saya melupakan, korang mengingatkan. Faham maksud saya? Kalau boleh, janganlah berkata tentang apa yang saya ada masa lalu, sama-samalah bantu saya lupakan. *tengs*

Oh ya, lagi 4hari nak jadik milik orang. Ada yang cakap, "alaaaa,baru nak 1st step, macam-macam boleh jadik" . Saya sendiri tak paham apa maksud korang. Kenapa tidak mendoakan yang terbaik? Kenapa mesti cakap macam tu? wallahualam. Biasalah manusia. Banyak otak, banyak pulak lah ragam. Cuma saya tak cepat melatah dengar benda-benda camtu. Saya mintak dorang doakn saya. *kita manusia pon runsing ngan mulut-mulut dan perbuatan manusai lain, inikan Allah yang mencipta segala di muka bumi, yang pelbagai ragamnya.*

Doakan yang terbaik ye kawan-kawan. Amin.

p/s : Entry ini diperap semalaman.


Friday, November 18, 2011

TGI [F] ...

TGI[F]. Thanks God Its Friday.

Petang-petang cani, memang tunggu mak lah kan. Nak jalan-jalan kat Jalan TAR. Tapi selalu, pergi sorang-sorang je. Sebab nak bajet murah tambang LRT. Atleast dapat save RM1.10 instead of RM2.80. Sambil-sambil dok menapak dari office ke Masjid Jamek tu, dapat lah cuci-cuci mata tengok orang jual-jual kat Jalan Tar dan Masjid India tu. Opsss, Masjid Jamek pon ada. kang kecewa pulak tak sebut nama.

Oh ya. Cakap pasal Friday, saya ada 2 kali Jumaat je lagi! OMG! 2 kali apa?? Oh 2 kali Jumaat nak tempuh kehidupan sebagai orang yang membujang. Apa jadi selepas tu? Surpriseee.. Wah kemain excited ko ye Azida.

Eh,choppp! Bukan nak menikah lagi pon. Baru nak tempuh 1st step. Belum apa-apa lai pon. Halal pon tak lagi.

Ramai kawan-kawan yang tanya, dah prepare semua ke? Oh ya, telupa nak reply kadang2 ade bbm dari kawan-kawan, msg ke...kt fb ke. Sebab tak sempat nak reply and tak tahu nak reply apa. Jawapannya, cani.

1) Dah siap hantaran dalam 60%
2) Khemah tak pasang lagi
3) Meja-meja tak susun lagi
4) Makanan : Ayam kat pasar lagi. Ikan tak siang lagi. Sayur tak pergi amik lagi kat Cameron. (eh Cameron ke? ... yelah, tak tahu ke saya import sayur dari Cameron? Tapi indirect lah. Kena beli kat Pasar Pudu.) Jangan kau keji pulak aku beli kat Pasar Pudu. Kang ada yang tak selera nak makan. Biasa lah, ada yang makan sayur Cold Storage je) *podahhhh* T___T

And last alasan saya tak reply pertanyaan korang ialah :

226) Saya tak bersedia nak jemput orang lagi. Maknanya, saya tak buat jemputan secara rasmi lagi untuk kawan-kawan. Tapi ada yang dah dijemput tu, itu dari hati nurani yang bersih dan halus ni ye. YOU ARE INVITED. Jelas? Kang tak pasal-pasal ada yang touching bila saya cakap tak buat jemputan secara rasmi. Sedih meraung bagaiiiii...

#peliknya terus jawapan yang ke 226?? Yang lain tu jawapan ada dalam hati. Tak nak bagitahu. Bluekkkk ;p



Eh eh.. Telupa! Mak tadi cakap dah naik LRT dari Miharja turun kat Masjed Jamek. Dah janji nak tunggu sana. Mak bagitahu ada kot dalam setengah jam yang lepas. Oh tidaakkkkk. I need to go now..

Bye2..



Bukan Bora Ombak, tapi Ombak Rindu


#Iklan ini tidak berbayar.



Tuesday, November 8, 2011

Kencana , there is any hopes for investors??




Would anyone describe regarding on market sentiment?? crowd psychology??

Here we go....



From the 16 research houses that cover the stock, 8 recommended BUY, 4 recommended investors to HOLD (as what I'm doing now), and to recommended to SELL..

Diversified your investment...


Poning den poning.. Bilo nak naek nih? Den kojo nama yo Multinational Company, tapi den tak bleh nak monitor price kat online stock.. Kenapo lah company bosar2 tapi tak bleh access share trading ?? Maso bulan 8, hargo naek, tapi den dah shifted to this company. Time tu lah hargo naek.. Dokek2 MYR3 jgk yo.. Rugi den rugi....Maso bulan 9, hargo turun sampai MYR2.30... Gilo po...


Wednesday, November 2, 2011

Kehilangan

Ya Allah, ini kata hati ku untukMu... :'( really sad....

Aku terjatuh dengan alam ini. Aku taksub dengan kehebatan dunia. Aku leka dengan keseronokan dunia sementara ni..Semua tu buat aku jauh terpisah dengan Kau.. Dan di saat Kau mengujiku, seraya itu aku terlalu memerlukanMu. Meraih, meminta, merayu.... Dengan penuh keinsafan.. Saat yang tak ku duga. Jangan lah ada jurang antara Kau dan aku lagi.. 

KEHILANGAN


Sejujurnya, ku tak bisa. Hidup tanpa ada Kamu aku gila. Seandainya, Kamu bisa, mengulang kembali lagi cinta kita.. TAK KAN ku sia-siakan Kamu lagi....

Terima kasih Allah.

Dah agak dah....

Saya dah agak dah! Dia pasti baca entry saya. Saya ada bukti. Oh, kat sini saya nak reply message dia.

Hei kau, aku dah baca message kau. Aku tak marah. Tiba-tiba aku rasa kesian ngan kau. Tapi nak lepaskan bf aku, itu tak mungkin. Apatah lagi nak lepas and bagi kat kau, lagi lah tidak! Kalau dia tak de jodoh ngan aku sekali pon, aku doa banyak-banyak and sanggup bangun tengah malam untuk buat solat hajat mintak dia jumpa perempuan yang baik hati macam dia, tak tipu dia. Tapi kalau kunfayakun cakap kau jodoh dia, aku terima. Sebab tu pecaturan Allah kan.

Aku dapat message kau kol 2pagi tadi. And aku baca pukul 8 pagi. Masa baca message kau, aku tak rasa nak marah kau. Tak rasa benci pon. Pandainya kau saiko orang. Ngan ayat-ayat kau.

Oh ya, sepandai-pandai kau saiko orang, lagi pandai aku saiko kau. Dengan entry-entry aku. Buat kau besuara, seolah-olah meraih simpati yang kau cuba cakap kau tak salah. Best! Thumb up untuk kau. Permainan kau. Harini kau nak mengadu nasib lagikah? Nak pinjam bahu dia? Oh tidakkkk..

Kau kata bf aku hina kau? Oh tidak. Dia tak hina kau. Walaupon bunyi tu ada bebau hina, tapi aku tak anggap dia hina kau, cuma dia kesal. Itu je. Dia terlalu sayangkan kau. Dan dia kesal sebab dia terlalu sayang kan kau,tapi kau terlalu 'jujur' ngan dia.. Kau tak nampak maksud kat situ?. Dan dia terpaksa pergi sebab bertahun dia bersabar. Selama bertahun-tahun juga, dia bersabar sebab dia terlalu sayangkan kau. Dia terima kau tipu dia tentang perasaan kau, dia tutup semua buruk kau sbb dia sayangkan kau. Tapi, semua tu dah telambat..

One more, bukan dia yang bgtahu aku yang kau ada cakap dia 'laki tak guna', tapi ada orang yang rapat dengan dia dan semamangnya rapat ngan dia bagitahu aku. Aku tak pasti either kau text orang tu, atau kau post kat fb mentioned benda tu. Tah lah, wallahualam. But he never told me yang kau cakap dia tak guna. I didn't mentioned that as well. ;)

Aku cakap kat sini, aku harap kau tak terus text dia untuk meraih simpati. Dan aku jugak tanak ada message dalam inbox fb aku or else, tentang kau mintak maaf kat aku. Aku masih ingat last time jugak kau ada inbox aku kan saying you are sorry for telling others about me kan? Aku tak nak reply that time. Walau kau cakap "if buat salah ngan tuhan, kena mintak maaf ngan tuhan, and same goes to manusia... " something like that. Aku diam. Better diam dari aku reply sebab kalau reply, kau akan reply,aku reply, kau reply! Dah tu,sampai bila nak abis???

Is that OK ?.. Tamat untuk kau.

Here is the comment from my last entry.


Inilah commentnya. Sebab saya cakap, ramai reader. Bila tengok stats, kemain lagi total readers. Bukan marah silent reader ni baca, tapi saya tertarik dengan bahasa-bahasa dia. Syntax error ke? Hurmm.. 

Hye Anonymous, it's your opinion. And glad to say thanks for your comment. Your last sentence, 'just my opinion'. Captured that. Dan saya admit mendedahkan hal tentang orang adalah perkara tak elok. And she also did the same thing, malah lagi teruk sebab dok cerita tentang buruk saya kat kawan-kawan dia. Thanks spent time read my blog. =] (saya tak burukkan dia.. tapi this is the way for telling her what I felt...) Kenapa? oh saya tak boleh cerita kat awak..

I just think this anonymous is among her friends as well. Kenapa saya fikir cam tu? InshaAllah saya akan dedahkan. Beware. 

P/S..Mintak maaf banyak2 pada yang terlibat..Semoga Allah mengampuni dosa saya. Amin..