Wednesday, December 14, 2011

Hi.

Pejam celik pejam celik. Dah masuk hari ke 19 menjadi tunangan orang. Em, alhamdulillah dengan hubungan ni. Dengan karier yang ada. Dengan keluarga yang sentiasa support. Support? Huhuhu.. Tanpa orang-orang yang saya sayang ni, saya rasa saya dah lama tak de kot. Yelah, dulu bagaikan nyawa-nyawa ikan menempuh kesakitan. Sekarang tak lagi. Amin.

Dah jadi tunang orang ni, banyak batas. Buat masa ni, alhamdulillah. Tiada dugaan yang besar-besar. Dan saya akan terus berdoa, kalau boleh biarlah tak de dugaan yang melibatkan hati dan perasaan. Sebab semua orang tahu, dugaan tu lah kena kuat untuk tempuh. Kalau tak kuat, tu yang jadi macam-macam kes. Saya admit, dala hati saya, saya takot sangat kalau-kalau ada dugaan camtu. Tapi selalunya benda yang kita takut lah yang akan datang kan? So, saya berdoa banyak-banyak kalau boleh jangan ada baik sebelah saya, mahupon sebelah tunang saya. If ada pon, mintak kuatkan hati kami bersama tempuh dugaan tu. Sebab saya cakap saya jadi takut, ialah, saya dapati ramai antara kawan-kawan di facebook terutamanya, selalu ada status marah-marahkan suami lah, marahkan tunanglah, marahkan bf lah. So, saya tahu itu sebenarnya dugaan untuk mereka. Tetapi.... Tak seharusnya buat camtu sehingga kadang-kadang boleh buat kawan-kawan lain fikir lain. Pahamkan? So saya takot satu hari saya jadi macam tu, atau saya takot dugaan sehebat macam tu menjerumuskan saya untuk betindak memalukan pasangan. Hurmmm.. Nauzubillah.

Kadang-kadangkan, bila kita terlalu cinta dan sayangkan seseorang, kita bersifat buta, pekak. Begitu jugak bila tengah marahkan orang. Apa yang ada di sekeliling kita, kita ignore. Sebab perasaan marah tu dah menguasai diri. Sebab tu , kita kena tahu mengawal emosi bila marah. Better korang nangis je bila ada masalah. Sebab nangis tu dapat legakan hati. hehehe.

So, saya beharap saya tak kan jadi camtu. InshaAllah. Amin.





Friday, December 9, 2011

Penghujung Cintaku




Berakhir sudah pencarian cintaku
Jiwa ini tak lagi sepi
Hati ini telah ada yang miliki


Tiba diriku dipenghujung mencari cinta
Diri ini tak lagi sepi
Kini aku tak sendiri


Aku akan menikahimu
Aku akan menjagamu
Ku kan selalu disisimu seumur hidupmu

Aku akan menyayangimu
Kukan setia kepadamu
Kukan selalu disisimu seumur hidupmu

Fildauz & Azida
26th Nov 2011


Monday, December 5, 2011

E-day Fildauz & Azida 26 Nov 2011

As-salam..

Macam korang semua tahu, 26 Nov aritu, telah berlangsung Majlis Pertunangan saya bersama si dia. Buat pertama kali dan terakhir kali. InshaAllah. Saya memilih tarikh tersebut sebab utamanya adalah 26 Nov jugak merupakan tarikh lahir tunang saya (chewwaaahhh, dah boleh panggil tunang.. fewitttt...). Yup, birthday encik tunang saya jatuh pada tarikh tu. Jadi kira macam hadiah lah untuk kami bersama walaupon tu tarikh lahir beliau. Dan yang paling penting, kegembiraan akan 'bedouble-double' bila menjelang ulang tahun kelak. Dan sebab yang paling utamanya, hari tu jatuh pada hari Sabtu dan kena pulak time school holiday!! So tak susah keluarga-keluarga yang sudi nak datang untuk meriah-riuhkan suasana. Sebab cuti sekolah. (Apa kena mengena eh? Sebab yang drive dah tentu bukan adik-adik saudara yang masih bersekolah...) Tah, tu memamg tak de jawapan. Tapi, kenduri memang teramatlah selesa buat time cuti sekolah.

So kat sini, nak ucap beribuan terima kasih kepada semua yang sudi hadir dan yang sudi wish tahniah kat kami.. Tak kira, tokki ke, opah ke, atok ke, mak teh, pakndak, mak tam, mak wa, mak ngah... hah! Amek ko.. Tak kan nak atur pulak kan? Mahu bepuluh-puluh entry if nak listing. Tak sanggupppp.. Pendek cerita, nak ucap kat semua tetamu, sedara-mara, sahabat handai, kawan-kawan abah, kawan-kawan mak, kawan-kawan adik beradik... *tengok tu,nak senarai lagi...* T_____T Dan yang paling penting untuk keluarga pihak tunang saya yang datang untuk melengkapkan majlis. Itu yang penting. Tak de dorang, mahunya saya teriak sampai ke malam...

Tak lupa juga untuk fotografer yang menghempas pulas tenaga tanpa makan tengahari untuk menangkap gambar-gambar sebagai kenangan abadi untuk majlis tu. Harga bebaloi oke. Nak book boleh bagitahu. :) Hehehe. Tapi memang puas hati gambar-gambar mereka ambil.

Majlis berlangsung lancar. Cuma hujan sikit setelah abis majlis. Mujur dah abis. Lupa pulak nak baling spenda2 kembang atas bumbung. :P (petua orang dulu2) tapi memang tak buat pon. Buat apa percaya benda-benda camtu. Cuma saya berdoa beberapa bulan sebelum majlis supaya semuanya berjalan lancar, itu lagi afdhal... Tapi, hujan jugak petang tu. Hujan rahmat lah katakan. Amin.

Oh ya. Gambar-gambar memang tak upload lagi kt facebook. Sangat banyak. Dan tak tahu nak upload bila. Tapi saya yakin ramai yang dah tengok gambar-gambar sepanjang majlis kat facebook, sebab ramai yang tolong memenuhkan wall saya dengan album-album mereka tagged saya. Siapa in friendlist, dapatlah tengok. Siapa bukan friend kat fb pon still boleh stalk kat blog :P sebab saya akan letak jugak foto-foto kat blog. tapi limit lah. Kalau tak puas hati jugak, bagi alamat, saya hantar softcopy.. Wahhh, gila glamour akuuu...Kahkahkah. Gurau je. (sambil tangan membuat aksi menyanyi nasyid T____T)

Semalam. Ahad. 4 Dec.

Saya dengan mandi lambat nya, untuk menyiapkan video yang tak seberapa ni. Yang quality video nya adalah boleh dikira 'low'. Ini untuk tatapan semua. Dan yang penting , how romantic I am to produce this video.. :) untuk tunang saya tonton. :P dan kawan-kawan saya. (Ada jugak stalker, nak tengok-tengok lah. Saya izinkan).

Ciri-ciri video ni. Background music saya adalah lagu 'tercipta untukku'. Ni memang lagu favourite saya setelah lagu Dealova gagal memenangi hati saya lagi  T_____T. Dulu memang lagu Dealova. Tapiiii.... Lagu ni lagi menusuk jiwa dan paling penting tak jemu saya mendengar sebelum tidur. Malah, lagu ni jugak jadi ringtone bila tunang saya call saya. Romantik takkkkk??? Kan kan kan. Ada setengah orang cakap, pehal lah minah ni letak ringtone lagu slow-slow.. Eh, saya punya hati lah. Hehehe. Kalau boleh time tunang saya call tak  nak angkat sebab nak dengar lagu tu sampai abes T____T (tak-tak, tak penah lagi buat macam tu).

Oke guys, enjoy the video and the song... (nak jugakkkk T____T)

Buat tunang saya : Muhamad Fildauz Ahmad Nazri, this video dedicated for you. From my deepest heart.

And

I wish a wonderful future filled with many warm memories, many happy times, good health and well., everything good. Aminnn...




Kalau tak boleh play video, cari try link ni..


Always yours : Azida.