Friday, September 14, 2012

13 weeks ? Fast or slow?

Hi,
It's already 13 weeks pregnancy. Around 3 months 1 week. Actually, aku sendiri tak tahu berapa weeks yang ada untuk mengandung ni. Nak mencari info pasal pregnancy memang lah terhenti sebab aku mengalami alahan yang teruk dan luar biasa. Apa tidaknya, nak online pon aku tak mampu! Bila buka je google site, mulalah kembang tekak, facebook semua aku dah tinggalkan. Sampaikan , BIS (Blackberry Internet System) pon aku dah off kan. Sebabnya tekak aku kembang bila tengok notification. Sudahnya, aku tukar terus handphone. Memang tak pakai BB dah. Sungguh loya. Until now! So, any info aku tak dapat pon. Apa pon, suami rajin juga meng'google. Bila ada masa terluang lah. So, ada lah sikit-sikit info aku dapat walau aku dah passive mencari info pasal pregnant. 

Ok, pregnant ni bukan lah benda susah dan bukan benda mudah. Cuma, badan aku ni terlalu lemah untuk adapt semua tu. Manja kot! Tapi ye, aku alami alahan yang teruk. Apa saja aku makan, mesti keluar. So kadang-kadang memang rasa tak nak makan langsung dah. Bila dah tak de selera makan, jadi lagi teruk lah knaan. Energy pon tak de! Sampai kena masuk air dibuatnya! Sebab energy dah tak de. 

For this time being, aku ambil cuti dulu untuk normal kan keadaan. Boleh ke normal kan keadaan? Bukan. maksud aku, ni masanya untuk aku kenal pasti bila rasa loya itu datang, rasa mual itu hadir, rasa pening tu attack aku. Almost 1 month dah aku cuti. Alahan aku teruk start kandungan masuk 2 bulan. Memang dahsyat!! So nak tak nak, atau orang sekeliling nak marah ke apa, terpulang. Yang penting aku kena pentingkan kesihatan. Kalau dulu boleh lah nak lawan-lawan penyakit, tapi sekarang aku kena pentingkan kesihatan aku dulu, then WORK!. Sebabnya dulu kalau sakit pon, aku sorang je rasa, tanggung. Tapi sekarang aku tak boleh pandang ringan atau sambil lewa je, sebab aku 'berdua'. So , health is at the first place. 

So, kat sini aku nak share sikit tentang alahan yang aku alami. Bila selalunya aku mula berasa loya dan mual, apa yang terjadi bila rasa semua tu dan sebagainya. 

Mula.

Rasa loya dan mual akan terjadi bila aku bangun terlalu awal pagi, seawal pukul 6 pagi. Maklumlah time nak pergi kerja lah kan.. Masuk toilet, terus capai berus gigi dan toothpaste, dan........ terus tejelepok atas lantai bathroom. So time tu, dengan rasa loya nya, bila memberus gigi, lagi bertambah loya!! Ok, seterusnya, MUNTAH. Muntah sampai lembik. Terus hantar message kat bos " I can't go to work today. Bad morning sickness". Mahu taknya, sampai aku dah merangkak dalam toilet, tak bad lagi kau kata? Kau rasa dulu.

So bila aku dah amik cuti ni, aku akan bangun lewat sikit dari hari aku bekerja. Supaya rasa mual tu dapat dikurangkan. Tapi tak jugak kurang. Sama. Cuma bila dah lembik tu, tak delah rasa serba salah sangat sebab tak pergi kerja kan. Sebab dah apply cuti tanpa gaji siap-siap. Hasrat hati nak resign terus. Tetapi memandangkan dalam ASB tak cukop lagi RM99.99 nak ke Sejuta, so terpaksa tahan untuk terus bekerja dan mohon cuti tanpa gaji. Agak-agak this month, ada 'gaji keprihatinan' tak untuk aku dari company? :P I wishhhh~ Kalau ada, "Den kayo!! Den dah golar jutawan sebab nak kan lagi sembilan puluh sembilan hengget sembilan puluh sembilan sen jo nak cukop sejuta!!" - Gurau jek~

Strategi untuk kurangkan rasa mual, pedih ulu hati.

Aku tak tahu samada preggy women lain hadapi benda yang sama atau tak. Aku kerap kena pedih ulu hati. pernah tu, aku diserang gastrik. Mungkin sebab aku dah tak de selera nak makan, so senanglah kena gastrik. Tapi, pedih ulu hati ni tak best! Masa mula-mula tu, aku tak tahu nak buat macam mana. So, dah lama-lama ni, aku try tackle and solute problem tu. Bila aku rasa pedih je, aku cepat-cepat jamah je apa yang ada. Nasi memang kena makan walau sikit. Nurse pesan. Kena ikut. So aku kena paksa diri dan tekak jugak untuk makan. Selalu suami tanya, makanan apa yang aku teringin disebabkan aku tak de selera ni. Tapi malangnya, bila terbayang makanan, tekak aku lagi bertambah loya. Bayang lah makanan apa pon. Confirm loya jugak. So loya tak loya, memang kena jamah sikit bila dah mula terasa pedih. Kalau aku biar dan tak jamah apa-apa, alamtnya memang akan jadi lagi teruk. Bila dah pedih dan biarkan tanpa jamah apa-apa, akan rasa loya yang teramat dan mulalah tak nak makan langsung! Bila tak makan, pastu memang muntah-muntah lah jawabnya. So sekarang dah tahu tackle sikit masalah tu. Yes!

Tapi kan, rasa loya ni lately hilang jugak sikit-sikit. Dalam sehari tu, rasa loya tu sekejap-sekejap je. Tak macam dulu, the whole day tekak tak sedap! Tapi, bila sehari tak rasa loya, haaa, tunggulah. Sok lusa dia bantai dua hari meloya dan lembik terbaring. Itu yang aku alami. Dia ada hari-hari dia jugak. Time ok, dia ok je. Time tak ok, hamek ko! Memang tak boleh  bangun. 

Apa pon ini pengalaman aku setakat 13 minggu aku pregnant ni. Perut pon dah naik skit. Kalau dulu perut ada 3 layers, tapi sekarang dah tinggal se'layer je. Faham ke tak? Maknanya perut dah 'berisi' lah tu. For the time being, aku belum jalani scan lagi. Tunggu dah ada bentuk nanti baru ingat nak scan. :) Bila perut dah naik sikit cam ni, aku mula rasa tak selesa pakai seluar. Rasa cekang sangat tang getah seluar tu kena kat perut. Banyak lah benda yang tak boleh pakai, sebab dah ketat. So simpan dulu, tunggu lepas perut kempis baru boleh pakai balik. 

Pengalaman lain, aku terkena jugak kemurungan time mengandung. Bila suami tak de dengan aku, mula lah nak nangis. Rasa sunyi teramat. Maklumlah, kawasan perumahan aku pon tak de apa-apa. Pastu, aku terus rasa yang aku tak mampu nak hidup kat kawasan macam tu.. Sampai saat ni. Hati masih tak de lagi kat area sana. Sunyi sangat aku rasa. Rasa suram je. Tu tanda-tanda aku alami kemurungan. 

Apa pon, aku nak cepat bersalin! Nak ada anak cepat supaya aku tak sunyi dah pasni bila suami pergi kerja! :)

Ni bukan aku. Tapi cani lah perut! :P

Bubbye!!


Monday, August 13, 2012

Ragam pregnant

9 weeks pregnant.

Dah 9 minggu hamil. So, aku berada dalam trimester pertama. Sebelum-sebelum ni, terasa nk update blog, tapi, bila bukak je internet, confirm tekak meloya semacam. Kalau ada entry tu pon, just copy n paste. ;p

Dalam masa 9 minggu ni jugak, kesihatan aku begitu merundum. Berat badan turun. Badan lemah. Aku tahu ni semua simptom-simptom dari mengandung. Masa sebulan pertama (4 minggu kandungan), aku tak rasa lain macam pon. Tapi bila aku tengok period cycle aku pon macam lambat je, bergegas buat pregnancy test. Macam biasalah, mungkin hormon pregnant dalam air kencing tak kuat lagi, so test line tu macam blur-blur sikit. Tapi biasalah , naluri ibu aku kuat katakan aku dah mengandung!

Selepas 2 minggu period tak datang, aku pon pergi buat check-up kat klinik. OK. Pregnancy test showed positive! Paling happy, mestilah husband aku kan. So, aku pon tak nak buang masa, cepat-cepat pergi register kat klinik ibu anak. Semangat kan. Sekarang dah dapat buku merah dan pink. :0

So, untuk masa sekarang ni, apa yang buat tanda tanya adalah, "baby aku ni boy or girl?". Itu persoalan yang hari-hari bermain di kepala. Termasuk lah husband kan. Dia selalu cakap baby ni BOY. Nak tahu sebab apa? Sebab sejak preggy ni, aku malas betul ke dapur. Bukan apa, aku alah bau benda-benda orang masak, apatah lagi kan kalau aku yang masak kan.. Dulu baru kahwin memang sangat rajin lah memasak. Siap tapau bawak pergi kerja lagi tau! So, alah masak memang kuat. 

Dalam 1st trimester ni jugak, aku tahu, 90% preggy women akan alami alah yang teruk. So, aku salah seoranf yang include dalam 90% tu. Manakan tidak, aku tak boleh bau gel rambut suami, bau suami pon dah tak mampu nak bau. Bila gel rambut suami aku tak dapat bau, rambut suami memang kering dan serabai lah kan. Untuk elak kan suami rasa tak selesa sebab rambut dia kering, aku pon suruh dia gunting rambut bagi botak. So, sekarang, dia adalah lelaki BOTAK. Kasihan kan? Tapi tulah, nak buat macam mana. Aku rasa alah aku ni kategori teruk. Walau aku tak alami muntah-muntah teruk, tapi loya dan muntah air sering jadi. Buat aku rasa tak lalu nak makan. Bila tak lalu nak makan, so aku tak de energy. 

Can you imagine, bila preggy women makan , makanan kita akan diserap oleh baby dalam rahim kita. So, kes aku, dah lah aku tak lalu makan, bila makan pon sikit. Sah-sah lah baby aku serap makanan yang aku makan. So, untuk aku sendiri, memang takde. Tu pon, tah-tah untuk baby tak cukup. Sebab tu aku sering loya berpanjangan, penghasilan air liur yang banyak dan yang paling tak best, aku kerap diserang heart burn (pedih ulu hati). Pedih ulu hati ni memang benda normal yang dihadapi oleh preggy women. 75% ok akan berdepan dengan masalah kesihatan ni. Dan aku, mestilah tak terkecuali!

Pedih ulu hati buat aku rasa tak selesa. tak sedap perut, dan tekak aku seolah-olah masih ada makanan yang tesekat , so akan rasa loya. Bila asid banyak pon tak elok jugak, penghasilan air liur memang aktif. Memang asyik rasa nak meludah je. Kau mampu telan air liur yang bekilo-kilo banyaknya dan rasanya pahit? Tak kan. So, memang tak best rasa ni. Aku pon cepat-cepat google apa yang paling elok untuk hilangkan rasa pedih ulu hati ni. Yang paling best dan ibu mengandung boleh ambil adalah GAVISCON. So, petang ni aku rasa nak grab satu kat farmasi. Sebab dah behari-hari rasa tak sedap camni.

9 weeks pregnant. So aku ada 3 minggu lagi nak tempuh. Ada orang kata, 1st trimester ni je preggy woman akan alami alahan.  Tapi, ada preggy woman yang terpaksa tanggung semua ni sampai saat nak lahir kan anak tau! So, aku harap, selepas 3 bulan ni, aku kembali normal. Sebab bila rasa camni, aku rasa tak bersemangat. Nak pergi kerja pon malas sangat sebab aku terpaksa bangun awal pagi, di mana , rasa loya-loya tu paling kuat aku rasa pada waktu tersebut. Aku rasa macam nak mintak masuk kol9 hari-hari. Tapi pukul berapa lak kan nak balik rumah . Tak adil. So, aku berharap alah aku ni akan hilang secepat mungkin.. Supaya selera makan aku akan bertambah. Supaya berat aku pon naik. Sebab selepas mengandung, berat aku pon surut. Tinggal 43 kilos je. So, dekat buku merah aku tu pon, doctor letak "faktor risiko = underweight". Aku nervous sekejap tengok ayat "faktor risiko" tu.

So, I have another 3 weeks to go! Pray for me getting better as normal :)



Saturday, August 11, 2012

The reason is you

I'm not a perfect person
There's many things I wish, I didn't do
But I continue learning
I didn't meant to do those things to you
And so I have to say before I go

That I just want you to know;

"I've found a reason for me
To change who I used to be
A reason to start over new
And the reason is you

I'm sorry that I hurt you
It's something I must live with everyday
And all the pain I put you through
I wish that I could take it all away
And be the one who catches all your tears 
That's what I need you to hear"

                                                                                

Friday, July 6, 2012

Karena Hati Bicara


Mengharungi samudera mahligai nan suci
Penuh gelombang silih berganti
Semua adalah ujian penguat cinta
Bila hati bicara


Terkadang tak perlu terucap kata-kata
Untuk selami dalamnya hatimu
Susah senangmu jadi bagian hidupku
Karena hati bicara


Tatap manja matamu kisahkan berjuta cerita
Hadirmu di hidupku memberikan berjuta makna
Kurnia Illahi mempersatukan dua hati
Ku rasa yang kau rasa karena hati bicara






Salam Jumaat

Salam Jumaat.

Hari ini masih menanti.

Thursday, May 17, 2012

Salam,

Asal start entry baru je, time tu lah asyik cerita pasal menghitung hari. 2weeks more to go. Lagi 2 minggu. Dah tak lama. Pejam celik pejam celik. Kad dah edarkan. Ada yang dah dapat, ada yang belum. Ada yang baru msg bg alamat. so , lambat sikit lah dapat ye.

Hati bedebar-debar. Dok pikir kan macam mana lah majlis tu nanti. Banyak benda yang difikirkan. Sampai kadang-kadang tak tahu mana satu nak settle dlu. Bukan senang rupanya nak kahwin. Dengan duit yang tak cukup ni. Lagi lah. Derita. Pi gedik nak kahwin awai-awai, last-last duit tak cukop. Sebaik mak abah saya dan mak abah Dauz ada. Dorang banyak kuar duit. Nak harap kan saya? Oh tidak. Berapa sen sangat yang saya ada. T__T. Sedih. Dah lah dulu masa belajar, mak abah yang tanggung, then kahwin pon mak abah sponsor. Baik hati sungguh. So pasni, jangan nak berangan nak pergi honeymoon oversea kalau tak bayar balik duit mak abah. Dorang tak mintak, tapi tula.. Tak sedap lah kan. Dari belajar sampai kahwin mak abah banyak kuar duit T___T. Tapi percayalah, bila cakap je nak kahwin, rezeki tu ada. InsyaAllah. Lambat atau cepat tu je.

30 April 2012.
Dah tender resign. Sebab nak kena pindah ikot bakal suami. Nak duduk dengan suami pulak, barulah tak de curiga kann. InsyaAllah. So plan buat masa ni, nak duduk area Ayer Tawar. Perak. Agak jauh. Bila cakap je nak dok sana, orang paling sedih tentulah mak kan? Konflik jugak sebenarnya. Sebab mak tak puas lagi nak aku tinggal sebumbung dengan dia. Manakan tidak, dari Form 4 sampai bulan Augus tahun lepas, aku tak tinggal dengan mak aku (tiba-tiba tukar guna 'aku', tak pe, teruskan... ).. Then, tahu-tahu je aku dah nak bertunang bulan Nov. Dan seterusnya, nak kahwin dalam masa terdekat. Ikat 6 bulan je. Tak boleh lama-lama. Bahaya. Dan menambah kos ulang-alik untuk berjumpa setiap bulan . T__T. Bila, dah nak kahwin, dapat dok sekali kan. So kurang kos. Tayah plan nak balik awal setiap hari Jumaat, tayah plan nak naik tren kol bape paling awal. Sebab, dah depan mata pasni.  Hoyehh!! \O/.

17 May 2012.
Masih kat  office. Buat kerja. Penat. Stop lah dulu. Nak blogging sat. Dah lama tak update entry. Padahal bukan ada orang baca pon kannn. Perasan. Biarlah. Untuk aku kenang bila dah tua nanti. Supaya aku dapt bayangkan situasi sekarang ni, untuk masa akan datang. Untuk tatapan suami. Untuk anak-anak baca , apa mommy die buat saat-saat terakhir mommy die begelar gadis.

Wahai anak,
Mommy saat ni takut sangat. Mommy ada beli wedding shoe. 5inci. Mommy bukan takot nak pakai. Tapi mommy takot terjatuh T__T . Anak tahu, mommy setiap minggu try pakai. Pektis. Naik turun tangga. Umah tok abah and tok mak ada tangga. Nak masuk umah ada tangga. Nak pegi hall pon ada tangga. So mommy perlu aktif menerai (try) shoe tu. Mesti anak pelik ngn perangai mommy? :D

Bakal suami,
bakal isterimu sangat teruja untuk menjadi isterimu. Kerana isteri nak suami tahu, ketika isterimu ini terjatuh, luka, berdarah, suami datang selamatkan isteri. Walau isteri akui, luka itu sembuh sendiri, tapi isteri nak jugak ucapkan terima kasih pada suami. Sebab suami membalut luka. Terima kasih suami. ('bakal' dah remove'. Malas nak type panjang-panjang. Buang masa).

Wahai mak, wahai abah,

Terima kasih menjaga anakmu ini, bermula dari 9bulan sebelum 22Mar1986, sehingga sekarang.. Dan sampai bila-bila. Saat kesukaran anakmu ni hadapi, (airmata start berlinang), memang anak mu penuh berahsia. Tindakan, keputusan, yang diambil adalah dari hati melalui akal.. InsyaAllah, 1June ni , anakmu akan menjadi hak mutlak kepada bakal menantumu. Seandainya selepas 1June, terdapat salah dan silap kerna anakmu terpaksa patuh akan suamiku, aku ingin engkau mengerti 'syurga ku di bawah tapak suamiku'..
Namun, bukanlah bermaksud aku melupai kalian. Dan aku sendiri yakin dan pasti, bakal menantumu akan menjagaku seperti mana kamu berdua menjaga dan mendidikki. Doakn urusan rumah tangga anakmu ini dipermudahkan, dan kami dapat menempuh alam bahtera dengan penuh sabar, penuh kasih sayang, bertiangkan agama dan berpaksikan keredhaan kalian dan Allah. Amin, InsyaAllah.

Wahai adik perempuanku,
Terima kasih menjadi peneman tidurku. Memberi aku sandaran pada setiap malam, hinggalah satu saat, kita tidur asing-asing katil sebab kita sama-sama malas kemas katil T__T. Dan saat itu, aku belajar untuk tidur tidak bersandar. Terima kasih sebab jadi teman untuk bual-bual sebelum tidur, sebagai teman untuk share barang-barang. Baju. Seluar. Handbeg. Walau ternyata, banyak handbag ku hancur disebabkn mu, tapi aku tak penah kisah. Macam tu jugak kau. Banyak baju kau, aku sapu pakai. Terima kasih.

Wahai abang,
Jadi anak sulong yang dapat menolong keluarga. Segala kekurangan, cuba perbetulkan. Agar mak dan abah bangga kau adalah anak sulong nya, walaupon kecik-kecik, kau lah paling sihat. Paling gemuk. Dan paling malas. Da tua ni, kau buat malas kau. Macam mana pon, kau tetap baik sebab tak penah amik port tentang adik kau sorang ni. Tak pernah bebel apa-apa. Aku suka.

Wahai adik kecik manja, Ayoi,
Kau kena ingat, tangan ni pernah cuci punggung kau. Sebab tu kau rapat ngn aku time kecik. Tulang mulang aku nak reput sebab aku selalu gendong kau, dah lah aku darjah satu. 7tahun. Tulang masih fresh, tapi sebab kau comel sangat, aku suka layan kau. Tak caya aku gendong kau? aku ada bukti gambar. Nanti aku edit pic tu, sebab aku tak bertudung time tu. insyaAllah.

Seluruh ahli keluargaku,

Terima kasih yang teramat. Aku kuat bebel, kua ketawa, kuat menyanyi. Pasni, aku dah takde dah tinggal bersama korang. Doakan untuk keluarga yang akan aku bina nanti. InsyaAllah, kalau ada rezeki, cepat aku ada 'hadiah' comel untuk korang.

Penat menaip. Nak balik rumah. Dah lewat. Oh anak, mommy parking kereta kat LRT Miharja. Mungkin saat kau lahir, kau dibesarkan di tempat yang tiada lrt. Tapi jangan risau. Tok abah n tok mak kan ada. Nanti ajak dorang naik LRT. :P

Bye, Salam.
















Hello..

Next, we look into this lyrics.. :)
 
I've been alone with you inside my mind
And in my dreams I've kissed your lips a thousand times
I sometimes see you pass outside my door
Hello, is it me you're looking for?

I can see it in your eyes
I can see it in your smile
You're all I've ever wanted, (and) my arms are open wide
'Cause you know just what to say
And you know just what to do
And I want to tell you so much, I love you ...

I long to see the sunlight in your hair
And tell you time and time again how much I care
Sometimes I feel my heart will overflow
Hello, I've just got to let you know

'Cause I wonder where you are
And I wonder what you do
Are you somewhere feeling lonely, or is someone loving you?
Tell me how to win your heart
For I haven't got a clue
But let me start by saying, I love you ...

Hello, is it me you're looking for?
'Cause I wonder where you are
And I wonder what you do
Are you somewhere feeling lonely or is someone loving you?
Tell me how to win your heart
For I haven't got a clue
But let me start by saying ... I love you
 
P/S: Hello, is it me you're looking for?

Akan Ku Jumpa

Hai, saya tak nak cerita panjang, cuma lagu sudah sebati dalam diri saya. Hayati.
 
Ku mengatur langkahku
Berjalan tanpa bayang-bayangMu
Langit dan bumi setia, menemaniku
Matahari menyinar tak pernah berpihak padaku
Ku kepanasan tanpa perlindunganMu.

Hari berganti hari aku masih teguh menanti
Hadir diri Mu dalam hidupku ini
Rasa kecewa ada bila kaki penat berlari
Namun yakinku Kau kan kutemui
[ Lyrics from: http://www.lyricsmode.com/lyrics/a/azfar/akan_ku_jumpa.html ]
Ku takkan pernah cuba berhenti
Langkahku mencari Cinta
Yang ku tahu hanya tuk diriku
Kan ku terus cari sampai hujung dunia

Kerna ku tahu akanku jumpa diriMu
Dan ku kan terus menempuh mimpi-mimpiku selalu

Kulihat semua gembira
Bila mengenali erti Cinta
Senyuman ku beri hanya duka
Bila ingin Teman tuk berbicara

Cinta jangan sembunyi
Mataku kabur mencari
Hadirlah dalam hidupku ini
Cinta jangan engkau pergi bila langkahku cuba
Untuk mengejar diriMu
 
P/S: Akan Ku Jumpa.



Friday, April 6, 2012

Debaran itu.

Haih. Dah bulan April. Maknanya tak sampai dua bulan lagi aku akan bergelar isteri. Persiapan tak sehebat mana memandang pelbagai masalah timbul. Aku berharap semuanya akan selesai.

Debaran? Sudah pasti. Hari-hari aku, adalah dalam ketakutan. Macam-macam yang aku fikirkan. Boleh ke aku jadi seorang yang bertanggungjawab? Mampukah aku hadapi dugaan alam perkahwinan? Macam mana dengan kehidupan suami isteri. Aku masih belum start mengkaji dan membaca lagi info-info tentang alam perkahwinan ni. Belum sempat.

Permata yang hilang? Aku masih ternanti-nanti di mana aku boleh dapatkan buku tu. Nak jugak tahu apa isi dalamnya sebab masa kursus kahwin ada jugak ustaz tu sebut-sebut pasal buku tu. Kawan-kawan pon ada cakap. Nak cari lah.

Doakan saya ye. Amin.

Friday, March 9, 2012

Hobi Baru

Hi Semua.

Saya sendiri tak tahu kenapa ngan diri saya. Start dari semalam saya suka sangat baca cerita-cerita hantu time bekerja. Tetttt... Kantoi. Tak lah. Korang pon tahu kan , saya ni asyik buat filing walau tu luar bidang kerja saya. Huh. Dah banyak cerita yang saya baca. Seram pon ada walau kat office ni ramai tambah lak hari siang kan.

So,
Saya ada list nama-nama hotel yang berhantu. Yang ni pon di copy paste dari satu website yang suka discuss pasal cerita hantu ni. Diorang pon buat list bedasarkan pengalaman-pengalaman kisah seram dari hotel yang diceritakan. So korang tgk lah samada korang pernah tak menginap kat hotel-hotel ni :P

JOHOR
(Johor Bahru)
M-Suite

(Desaru)
Sebana


KEDAH
(Alor Star)
Hotel Grand Continental

(Sungai Petani)
Swiss Inn
SP INN
Hotel Cinta Sayang

(Langkawi)
Marina Cove Resort
KONDO ISTANA
Resort Kampung Tok Senik
Aseania Hotel


KELANTAN
(KotaBaharu)
Hotel Perdana


KUALA LUMPUR
Hotel Crystal Crown
Maya Hotel
Hotel Grand
Mandarin Oriental hotel, KLCC
Istana Hotel
Hotel corus


MELAKA
Ancasa Hotel (tingkat 5)
Shah's Beach Resort
Mahkota Hotel (Tingkat 11)
Riviera Bay Resort (no. 219)
A Famosa Resort (238)


NEGERI SEMBILAN
(Port Dickson)
Ancasa
Ilham Beach Resort
Guoman resot
Palm Spring resort
Le Paris Costa Rica (bilik no 517)


PAHANG
(Kuantan)
Hotel Swiss Garden
Impiana Hotel, Cherating

(Cameron Highland)
Heritage Hotel tngkat 4
Equatorial ,Cameron Highland(no.809)

(Genting Highlands)
First World Hotel (tgkt 13)


PENANG
Sheraton
Hotel Copthorne
Rasa Sayang
The Northam
E&O Hotel
Crown Prince
Sunway Hotel Georgetown


PERAK
(Lumut)
Damai swiss garden
Marina Cove Resort, Lumut
Bkt Merah Laketown Resort


SABAH
Datai n Andaman
Sibu Island Resort
Renaissance Hotel (no.107)


SARAWAK
(Kuching)
Hilton Kuching
Resort Damai Beach
Holiday Inn
Crown Riverside Kuching


TERENGGANU
(Kijal)
Awana Kijal



****sumber dari forum cari
Ish, takot jugak bila pikir-pikir. Tapi apa pon, saya akan pastikan saya akan bawak Surah Yassin.. And lepas ni nak download ayat-ayat suci Al-Quran banyak2 dalam handphone...

Wednesday, February 15, 2012

Tak nampak apa-apa, tapi korang nampak kan?? :P

Hi semua..
Kenapa blog saya ni begitu berat??
Type pon sebiji-sebiji keluar
Tak best langsung menaip tapi tak nampak apa yang saya type.

Tu yang main tekan je enter bekali-kali.
Siyes sya tak nampak apa.
Adeh~

Semalam pon try jugak post entry baru.
Tapi mamcam ni jugak
Tak bestnya

*type tanpa nampak apa-apa

Monday, January 9, 2012

It Is Twenty-Twelve

Hi semua,

Hari ni 9hb. So semua orang sedar yang kita dah melangkah setahun lagi. It's 2012! Dah 9 hari berlalu. Ini entry pertama untuk tahun baru, untuk 2012. Pejam celik pejam celik, sekejap je rasa. Da seminggu lebih. Tapi saya tak berapa nak aktif untuk blogging. Tah la. Macam dah tak de mood.

So apa plan korang untuk tahun baru ni? Azam baru? Mesti ramai yang buat azam baru untuk tahun ni. Harap semuanya tercapai . Amin.

Bila cerita pasal azam, saya tingat satu kisah. Korang mungkin pernah baca entry tahun lepas saya, entry tentang "Yee Sang" tu. Ala, yang ada makan-makan yee sang tu. Korang nak tahu apa yang saya wish masa tengah 'menggaul' tu. Saya wish saya nak kahwin. Gatal. Bukan gatal, tapi hati parah, macam ni lah.

Dan saya juga masih tingat gurauan saya dengan kawan-kawan akaun office lama. Selepas saya putus cinta yang kira tahap boleh membunuh jiwa ni, saya ada begurau dengan mereka. Ketika tu, saya tak de pengganti lagi. Saya single lagi time tu. Calon pon takde! Tapi, saya ada gurau cakap ngn dorang yang saya nak bertunang hujung tahun. Dorang tanya saya balik. Dengan siapa. Saya jawab tah. Pastu, menyembur dorang ketawa. Manakan tidak, beria nak bertunang, tapi calon pon takde, memang jadi bahan ketawa orang lah kan! Akan tetapi, saya telah pon bertunang hujung tahun lepas. Macam yang korang ada tengok entry "Majlis Pertunangan".

Allah maha mengetahui.

Dan InshaAllah satu lagi hajat untuk disempurnakan untuk tahun baru ni adalah, saya akan mengakhiri zaman bujang saya. Tidak lama lagi. Sekarang saya tak sibuk lagi dengan persiapan. Tunggu last minit dulu. Baru nak buat semua :p

Ramai tanya saya, apa perasaan dah bertunang? Saya tak tahu nak jawab apa. Sebab perasaan tu sama. Rasa macam single lagi. Cuma, saya kena ingat. Saya dah jadi tunang orang. Batas-batas pergaulan kena jaga. Paling penting hati kena kuat!

Oh ya, harini sebenarnya saya agak moody. Oleh itu, saya tak dapat nak bebel panjang-panjang. Penat.
Oleh itu, saya nak ucap "Happy New Year 2013" walau agak terlewat... :P
Jumpa lagi.