Monday, January 9, 2012

It Is Twenty-Twelve

Hi semua,

Hari ni 9hb. So semua orang sedar yang kita dah melangkah setahun lagi. It's 2012! Dah 9 hari berlalu. Ini entry pertama untuk tahun baru, untuk 2012. Pejam celik pejam celik, sekejap je rasa. Da seminggu lebih. Tapi saya tak berapa nak aktif untuk blogging. Tah la. Macam dah tak de mood.

So apa plan korang untuk tahun baru ni? Azam baru? Mesti ramai yang buat azam baru untuk tahun ni. Harap semuanya tercapai . Amin.

Bila cerita pasal azam, saya tingat satu kisah. Korang mungkin pernah baca entry tahun lepas saya, entry tentang "Yee Sang" tu. Ala, yang ada makan-makan yee sang tu. Korang nak tahu apa yang saya wish masa tengah 'menggaul' tu. Saya wish saya nak kahwin. Gatal. Bukan gatal, tapi hati parah, macam ni lah.

Dan saya juga masih tingat gurauan saya dengan kawan-kawan akaun office lama. Selepas saya putus cinta yang kira tahap boleh membunuh jiwa ni, saya ada begurau dengan mereka. Ketika tu, saya tak de pengganti lagi. Saya single lagi time tu. Calon pon takde! Tapi, saya ada gurau cakap ngn dorang yang saya nak bertunang hujung tahun. Dorang tanya saya balik. Dengan siapa. Saya jawab tah. Pastu, menyembur dorang ketawa. Manakan tidak, beria nak bertunang, tapi calon pon takde, memang jadi bahan ketawa orang lah kan! Akan tetapi, saya telah pon bertunang hujung tahun lepas. Macam yang korang ada tengok entry "Majlis Pertunangan".

Allah maha mengetahui.

Dan InshaAllah satu lagi hajat untuk disempurnakan untuk tahun baru ni adalah, saya akan mengakhiri zaman bujang saya. Tidak lama lagi. Sekarang saya tak sibuk lagi dengan persiapan. Tunggu last minit dulu. Baru nak buat semua :p

Ramai tanya saya, apa perasaan dah bertunang? Saya tak tahu nak jawab apa. Sebab perasaan tu sama. Rasa macam single lagi. Cuma, saya kena ingat. Saya dah jadi tunang orang. Batas-batas pergaulan kena jaga. Paling penting hati kena kuat!

Oh ya, harini sebenarnya saya agak moody. Oleh itu, saya tak dapat nak bebel panjang-panjang. Penat.
Oleh itu, saya nak ucap "Happy New Year 2013" walau agak terlewat... :P
Jumpa lagi.