Friday, April 6, 2012

Debaran itu.

Haih. Dah bulan April. Maknanya tak sampai dua bulan lagi aku akan bergelar isteri. Persiapan tak sehebat mana memandang pelbagai masalah timbul. Aku berharap semuanya akan selesai.

Debaran? Sudah pasti. Hari-hari aku, adalah dalam ketakutan. Macam-macam yang aku fikirkan. Boleh ke aku jadi seorang yang bertanggungjawab? Mampukah aku hadapi dugaan alam perkahwinan? Macam mana dengan kehidupan suami isteri. Aku masih belum start mengkaji dan membaca lagi info-info tentang alam perkahwinan ni. Belum sempat.

Permata yang hilang? Aku masih ternanti-nanti di mana aku boleh dapatkan buku tu. Nak jugak tahu apa isi dalamnya sebab masa kursus kahwin ada jugak ustaz tu sebut-sebut pasal buku tu. Kawan-kawan pon ada cakap. Nak cari lah.

Doakan saya ye. Amin.