Thursday, May 17, 2012

Salam,

Asal start entry baru je, time tu lah asyik cerita pasal menghitung hari. 2weeks more to go. Lagi 2 minggu. Dah tak lama. Pejam celik pejam celik. Kad dah edarkan. Ada yang dah dapat, ada yang belum. Ada yang baru msg bg alamat. so , lambat sikit lah dapat ye.

Hati bedebar-debar. Dok pikir kan macam mana lah majlis tu nanti. Banyak benda yang difikirkan. Sampai kadang-kadang tak tahu mana satu nak settle dlu. Bukan senang rupanya nak kahwin. Dengan duit yang tak cukup ni. Lagi lah. Derita. Pi gedik nak kahwin awai-awai, last-last duit tak cukop. Sebaik mak abah saya dan mak abah Dauz ada. Dorang banyak kuar duit. Nak harap kan saya? Oh tidak. Berapa sen sangat yang saya ada. T__T. Sedih. Dah lah dulu masa belajar, mak abah yang tanggung, then kahwin pon mak abah sponsor. Baik hati sungguh. So pasni, jangan nak berangan nak pergi honeymoon oversea kalau tak bayar balik duit mak abah. Dorang tak mintak, tapi tula.. Tak sedap lah kan. Dari belajar sampai kahwin mak abah banyak kuar duit T___T. Tapi percayalah, bila cakap je nak kahwin, rezeki tu ada. InsyaAllah. Lambat atau cepat tu je.

30 April 2012.
Dah tender resign. Sebab nak kena pindah ikot bakal suami. Nak duduk dengan suami pulak, barulah tak de curiga kann. InsyaAllah. So plan buat masa ni, nak duduk area Ayer Tawar. Perak. Agak jauh. Bila cakap je nak dok sana, orang paling sedih tentulah mak kan? Konflik jugak sebenarnya. Sebab mak tak puas lagi nak aku tinggal sebumbung dengan dia. Manakan tidak, dari Form 4 sampai bulan Augus tahun lepas, aku tak tinggal dengan mak aku (tiba-tiba tukar guna 'aku', tak pe, teruskan... ).. Then, tahu-tahu je aku dah nak bertunang bulan Nov. Dan seterusnya, nak kahwin dalam masa terdekat. Ikat 6 bulan je. Tak boleh lama-lama. Bahaya. Dan menambah kos ulang-alik untuk berjumpa setiap bulan . T__T. Bila, dah nak kahwin, dapat dok sekali kan. So kurang kos. Tayah plan nak balik awal setiap hari Jumaat, tayah plan nak naik tren kol bape paling awal. Sebab, dah depan mata pasni.  Hoyehh!! \O/.

17 May 2012.
Masih kat  office. Buat kerja. Penat. Stop lah dulu. Nak blogging sat. Dah lama tak update entry. Padahal bukan ada orang baca pon kannn. Perasan. Biarlah. Untuk aku kenang bila dah tua nanti. Supaya aku dapt bayangkan situasi sekarang ni, untuk masa akan datang. Untuk tatapan suami. Untuk anak-anak baca , apa mommy die buat saat-saat terakhir mommy die begelar gadis.

Wahai anak,
Mommy saat ni takut sangat. Mommy ada beli wedding shoe. 5inci. Mommy bukan takot nak pakai. Tapi mommy takot terjatuh T__T . Anak tahu, mommy setiap minggu try pakai. Pektis. Naik turun tangga. Umah tok abah and tok mak ada tangga. Nak masuk umah ada tangga. Nak pegi hall pon ada tangga. So mommy perlu aktif menerai (try) shoe tu. Mesti anak pelik ngn perangai mommy? :D

Bakal suami,
bakal isterimu sangat teruja untuk menjadi isterimu. Kerana isteri nak suami tahu, ketika isterimu ini terjatuh, luka, berdarah, suami datang selamatkan isteri. Walau isteri akui, luka itu sembuh sendiri, tapi isteri nak jugak ucapkan terima kasih pada suami. Sebab suami membalut luka. Terima kasih suami. ('bakal' dah remove'. Malas nak type panjang-panjang. Buang masa).

Wahai mak, wahai abah,

Terima kasih menjaga anakmu ini, bermula dari 9bulan sebelum 22Mar1986, sehingga sekarang.. Dan sampai bila-bila. Saat kesukaran anakmu ni hadapi, (airmata start berlinang), memang anak mu penuh berahsia. Tindakan, keputusan, yang diambil adalah dari hati melalui akal.. InsyaAllah, 1June ni , anakmu akan menjadi hak mutlak kepada bakal menantumu. Seandainya selepas 1June, terdapat salah dan silap kerna anakmu terpaksa patuh akan suamiku, aku ingin engkau mengerti 'syurga ku di bawah tapak suamiku'..
Namun, bukanlah bermaksud aku melupai kalian. Dan aku sendiri yakin dan pasti, bakal menantumu akan menjagaku seperti mana kamu berdua menjaga dan mendidikki. Doakn urusan rumah tangga anakmu ini dipermudahkan, dan kami dapat menempuh alam bahtera dengan penuh sabar, penuh kasih sayang, bertiangkan agama dan berpaksikan keredhaan kalian dan Allah. Amin, InsyaAllah.

Wahai adik perempuanku,
Terima kasih menjadi peneman tidurku. Memberi aku sandaran pada setiap malam, hinggalah satu saat, kita tidur asing-asing katil sebab kita sama-sama malas kemas katil T__T. Dan saat itu, aku belajar untuk tidur tidak bersandar. Terima kasih sebab jadi teman untuk bual-bual sebelum tidur, sebagai teman untuk share barang-barang. Baju. Seluar. Handbeg. Walau ternyata, banyak handbag ku hancur disebabkn mu, tapi aku tak penah kisah. Macam tu jugak kau. Banyak baju kau, aku sapu pakai. Terima kasih.

Wahai abang,
Jadi anak sulong yang dapat menolong keluarga. Segala kekurangan, cuba perbetulkan. Agar mak dan abah bangga kau adalah anak sulong nya, walaupon kecik-kecik, kau lah paling sihat. Paling gemuk. Dan paling malas. Da tua ni, kau buat malas kau. Macam mana pon, kau tetap baik sebab tak penah amik port tentang adik kau sorang ni. Tak pernah bebel apa-apa. Aku suka.

Wahai adik kecik manja, Ayoi,
Kau kena ingat, tangan ni pernah cuci punggung kau. Sebab tu kau rapat ngn aku time kecik. Tulang mulang aku nak reput sebab aku selalu gendong kau, dah lah aku darjah satu. 7tahun. Tulang masih fresh, tapi sebab kau comel sangat, aku suka layan kau. Tak caya aku gendong kau? aku ada bukti gambar. Nanti aku edit pic tu, sebab aku tak bertudung time tu. insyaAllah.

Seluruh ahli keluargaku,

Terima kasih yang teramat. Aku kuat bebel, kua ketawa, kuat menyanyi. Pasni, aku dah takde dah tinggal bersama korang. Doakan untuk keluarga yang akan aku bina nanti. InsyaAllah, kalau ada rezeki, cepat aku ada 'hadiah' comel untuk korang.

Penat menaip. Nak balik rumah. Dah lewat. Oh anak, mommy parking kereta kat LRT Miharja. Mungkin saat kau lahir, kau dibesarkan di tempat yang tiada lrt. Tapi jangan risau. Tok abah n tok mak kan ada. Nanti ajak dorang naik LRT. :P

Bye, Salam.
















Hello..

Next, we look into this lyrics.. :)
 
I've been alone with you inside my mind
And in my dreams I've kissed your lips a thousand times
I sometimes see you pass outside my door
Hello, is it me you're looking for?

I can see it in your eyes
I can see it in your smile
You're all I've ever wanted, (and) my arms are open wide
'Cause you know just what to say
And you know just what to do
And I want to tell you so much, I love you ...

I long to see the sunlight in your hair
And tell you time and time again how much I care
Sometimes I feel my heart will overflow
Hello, I've just got to let you know

'Cause I wonder where you are
And I wonder what you do
Are you somewhere feeling lonely, or is someone loving you?
Tell me how to win your heart
For I haven't got a clue
But let me start by saying, I love you ...

Hello, is it me you're looking for?
'Cause I wonder where you are
And I wonder what you do
Are you somewhere feeling lonely or is someone loving you?
Tell me how to win your heart
For I haven't got a clue
But let me start by saying ... I love you
 
P/S: Hello, is it me you're looking for?

Akan Ku Jumpa

Hai, saya tak nak cerita panjang, cuma lagu sudah sebati dalam diri saya. Hayati.
 
Ku mengatur langkahku
Berjalan tanpa bayang-bayangMu
Langit dan bumi setia, menemaniku
Matahari menyinar tak pernah berpihak padaku
Ku kepanasan tanpa perlindunganMu.

Hari berganti hari aku masih teguh menanti
Hadir diri Mu dalam hidupku ini
Rasa kecewa ada bila kaki penat berlari
Namun yakinku Kau kan kutemui
[ Lyrics from: http://www.lyricsmode.com/lyrics/a/azfar/akan_ku_jumpa.html ]
Ku takkan pernah cuba berhenti
Langkahku mencari Cinta
Yang ku tahu hanya tuk diriku
Kan ku terus cari sampai hujung dunia

Kerna ku tahu akanku jumpa diriMu
Dan ku kan terus menempuh mimpi-mimpiku selalu

Kulihat semua gembira
Bila mengenali erti Cinta
Senyuman ku beri hanya duka
Bila ingin Teman tuk berbicara

Cinta jangan sembunyi
Mataku kabur mencari
Hadirlah dalam hidupku ini
Cinta jangan engkau pergi bila langkahku cuba
Untuk mengejar diriMu
 
P/S: Akan Ku Jumpa.