Friday, September 14, 2012

13 weeks ? Fast or slow?

Hi,
It's already 13 weeks pregnancy. Around 3 months 1 week. Actually, aku sendiri tak tahu berapa weeks yang ada untuk mengandung ni. Nak mencari info pasal pregnancy memang lah terhenti sebab aku mengalami alahan yang teruk dan luar biasa. Apa tidaknya, nak online pon aku tak mampu! Bila buka je google site, mulalah kembang tekak, facebook semua aku dah tinggalkan. Sampaikan , BIS (Blackberry Internet System) pon aku dah off kan. Sebabnya tekak aku kembang bila tengok notification. Sudahnya, aku tukar terus handphone. Memang tak pakai BB dah. Sungguh loya. Until now! So, any info aku tak dapat pon. Apa pon, suami rajin juga meng'google. Bila ada masa terluang lah. So, ada lah sikit-sikit info aku dapat walau aku dah passive mencari info pasal pregnant. 

Ok, pregnant ni bukan lah benda susah dan bukan benda mudah. Cuma, badan aku ni terlalu lemah untuk adapt semua tu. Manja kot! Tapi ye, aku alami alahan yang teruk. Apa saja aku makan, mesti keluar. So kadang-kadang memang rasa tak nak makan langsung dah. Bila dah tak de selera makan, jadi lagi teruk lah knaan. Energy pon tak de! Sampai kena masuk air dibuatnya! Sebab energy dah tak de. 

For this time being, aku ambil cuti dulu untuk normal kan keadaan. Boleh ke normal kan keadaan? Bukan. maksud aku, ni masanya untuk aku kenal pasti bila rasa loya itu datang, rasa mual itu hadir, rasa pening tu attack aku. Almost 1 month dah aku cuti. Alahan aku teruk start kandungan masuk 2 bulan. Memang dahsyat!! So nak tak nak, atau orang sekeliling nak marah ke apa, terpulang. Yang penting aku kena pentingkan kesihatan. Kalau dulu boleh lah nak lawan-lawan penyakit, tapi sekarang aku kena pentingkan kesihatan aku dulu, then WORK!. Sebabnya dulu kalau sakit pon, aku sorang je rasa, tanggung. Tapi sekarang aku tak boleh pandang ringan atau sambil lewa je, sebab aku 'berdua'. So , health is at the first place. 

So, kat sini aku nak share sikit tentang alahan yang aku alami. Bila selalunya aku mula berasa loya dan mual, apa yang terjadi bila rasa semua tu dan sebagainya. 

Mula.

Rasa loya dan mual akan terjadi bila aku bangun terlalu awal pagi, seawal pukul 6 pagi. Maklumlah time nak pergi kerja lah kan.. Masuk toilet, terus capai berus gigi dan toothpaste, dan........ terus tejelepok atas lantai bathroom. So time tu, dengan rasa loya nya, bila memberus gigi, lagi bertambah loya!! Ok, seterusnya, MUNTAH. Muntah sampai lembik. Terus hantar message kat bos " I can't go to work today. Bad morning sickness". Mahu taknya, sampai aku dah merangkak dalam toilet, tak bad lagi kau kata? Kau rasa dulu.

So bila aku dah amik cuti ni, aku akan bangun lewat sikit dari hari aku bekerja. Supaya rasa mual tu dapat dikurangkan. Tapi tak jugak kurang. Sama. Cuma bila dah lembik tu, tak delah rasa serba salah sangat sebab tak pergi kerja kan. Sebab dah apply cuti tanpa gaji siap-siap. Hasrat hati nak resign terus. Tetapi memandangkan dalam ASB tak cukop lagi RM99.99 nak ke Sejuta, so terpaksa tahan untuk terus bekerja dan mohon cuti tanpa gaji. Agak-agak this month, ada 'gaji keprihatinan' tak untuk aku dari company? :P I wishhhh~ Kalau ada, "Den kayo!! Den dah golar jutawan sebab nak kan lagi sembilan puluh sembilan hengget sembilan puluh sembilan sen jo nak cukop sejuta!!" - Gurau jek~

Strategi untuk kurangkan rasa mual, pedih ulu hati.

Aku tak tahu samada preggy women lain hadapi benda yang sama atau tak. Aku kerap kena pedih ulu hati. pernah tu, aku diserang gastrik. Mungkin sebab aku dah tak de selera nak makan, so senanglah kena gastrik. Tapi, pedih ulu hati ni tak best! Masa mula-mula tu, aku tak tahu nak buat macam mana. So, dah lama-lama ni, aku try tackle and solute problem tu. Bila aku rasa pedih je, aku cepat-cepat jamah je apa yang ada. Nasi memang kena makan walau sikit. Nurse pesan. Kena ikut. So aku kena paksa diri dan tekak jugak untuk makan. Selalu suami tanya, makanan apa yang aku teringin disebabkan aku tak de selera ni. Tapi malangnya, bila terbayang makanan, tekak aku lagi bertambah loya. Bayang lah makanan apa pon. Confirm loya jugak. So loya tak loya, memang kena jamah sikit bila dah mula terasa pedih. Kalau aku biar dan tak jamah apa-apa, alamtnya memang akan jadi lagi teruk. Bila dah pedih dan biarkan tanpa jamah apa-apa, akan rasa loya yang teramat dan mulalah tak nak makan langsung! Bila tak makan, pastu memang muntah-muntah lah jawabnya. So sekarang dah tahu tackle sikit masalah tu. Yes!

Tapi kan, rasa loya ni lately hilang jugak sikit-sikit. Dalam sehari tu, rasa loya tu sekejap-sekejap je. Tak macam dulu, the whole day tekak tak sedap! Tapi, bila sehari tak rasa loya, haaa, tunggulah. Sok lusa dia bantai dua hari meloya dan lembik terbaring. Itu yang aku alami. Dia ada hari-hari dia jugak. Time ok, dia ok je. Time tak ok, hamek ko! Memang tak boleh  bangun. 

Apa pon ini pengalaman aku setakat 13 minggu aku pregnant ni. Perut pon dah naik skit. Kalau dulu perut ada 3 layers, tapi sekarang dah tinggal se'layer je. Faham ke tak? Maknanya perut dah 'berisi' lah tu. For the time being, aku belum jalani scan lagi. Tunggu dah ada bentuk nanti baru ingat nak scan. :) Bila perut dah naik sikit cam ni, aku mula rasa tak selesa pakai seluar. Rasa cekang sangat tang getah seluar tu kena kat perut. Banyak lah benda yang tak boleh pakai, sebab dah ketat. So simpan dulu, tunggu lepas perut kempis baru boleh pakai balik. 

Pengalaman lain, aku terkena jugak kemurungan time mengandung. Bila suami tak de dengan aku, mula lah nak nangis. Rasa sunyi teramat. Maklumlah, kawasan perumahan aku pon tak de apa-apa. Pastu, aku terus rasa yang aku tak mampu nak hidup kat kawasan macam tu.. Sampai saat ni. Hati masih tak de lagi kat area sana. Sunyi sangat aku rasa. Rasa suram je. Tu tanda-tanda aku alami kemurungan. 

Apa pon, aku nak cepat bersalin! Nak ada anak cepat supaya aku tak sunyi dah pasni bila suami pergi kerja! :)

Ni bukan aku. Tapi cani lah perut! :P

Bubbye!!