Saturday, December 14, 2013

Work Never Ends

Kita tak nak cerita lagi pasal holiday kita. Biar perap lama-lama sikit dalam draft tu. Mana tahu tiba-tiba jadi cencaluk ke? Hikhok.
 
Dah memang hari Sabtu kan. Kita kerja hari ni. :P Macam biasalah. Asyik kena kerja. Sampai mati pon kerja. Kalau mati pon, kerja tak kan habis. Hari ni kau mati, esok ada orang baru masuk ganti tempat kau, sambung kerja kau. So work never ends. Payah sangat nak explain. Korang tahu jelah kan. Alasan kerja construction sebab tu Sabtu pon kena kerja. Tapi kadang-kadang aku fikir balik, dulu Mudajaya ni main contractor time Projek Latar kat Rawang. So atasan kata sebab kita main contractor. Sabtu kena full day kerja OK. Kita pun redha jelah kan. Sebab memang dari praktikal kita dah kerja dengan Mudajaya ni. Tapi kan, tapi kan, kan kan... Sekarang ni projek kat Manjung. Buat power plant , katanyaaa. Dah tu projek ni takde lah makan berbilion macam projek dulu. Tu tandanya company ni suram maksudnya kat sini jadi subcontractor jerrr. So, kenapa sabtu pon kena kerja fullday? Sekarang ni Mudajaya dah buat policy baru. Alternate Saturday kerja fullday & halfday. So pepandailah kau pilih nak amik halfday sabtu minggu yang mana. Mesti ramai yang tak tahu dunia construction ni. Tapi kalau korang engineering based, plus involved dengan dunia construction, mesti korang tahu 'dunia construction tanpa life' ni memang tak indah. Sebabnya tak de life lah! Sabtu pon kau kena hadap kerja sampai lebam. Kau menangis ke, kau sedih ke, takde nya GM nak cakap " silalah pulang kalau hati tak stabil".... Dorang apa tahu. Kan kan kan. Lagi pun jenisan mereka ni macam tak penting keluarga sangat. Atau mungkin keluarga dorang letak no 2 atau last dalam system pyramid hidup dorang. Macam kita-kita ni, keluarga memang first lah kan. Kalau raya pun confirm hamik cuti sampai seminggu. Ada tu buat MC kononnya sakit perut sebab salah makan time raya kan. Sudahnya drag sampai 2 minggu ;p
 
Kadang-kadang kita sendiri tak faham. Atau mungkin company yang tak faham. Kalau lah kita yang jadi manager ke, atau orang-oirang atasan, kita memang nak hamik tahu sangat pasal management, recruitment although kita ni manager!. Sebab nya , pendapat kita lah kan, if kita bos, kita akan letak diri kita kat setiap position yang ada dalam organization chart. Tujuannya supaya kita tahu apa setiap orang rasa, alami dengan position dorang.
 
Tak faham lagi?
 
Macam ni, if kita jadi bos, untuk lebih berkesan, cuba letakkan diri kita (bos) sebagai HR staff. Contoh jelahkan. So dari situ, kita (bos yang berangan tadi) akan tahu siapa dating, siapa MC, kenapa staff suka-suka MC, kenapa staff amik EL, kenapa staff dah tender resign pastu tak samapai sebulan atau gaji masuk je staf cabut lari..... Benda-benda ni managerial level kena tahu. Bukan salahkan staf itu tak baik lah, teruk lah. Hai, manusia mana yang perfect sangat kan. So memang lah ada manusia baik dan manusia buruk. So itu tak bagus bila ada certain staff memberontak, kita sebagai bos dok lah tunding jari staff tu tah apa-apa kan.. Sebaliknya, cuba siasat kenapa dan kenapa tindakan pelik-pelik staff buat.  Supaya kita dapat dapat solution dan dapat overcome lah kan setiap problem tu. Contoh lagi, bila staff cabut lari lepas dapat gaji, so bos-bos kena fikir  , bukak minda. Bukak mata. Fikir dalam-dalam.
 
"Kenapa anak buah aku asyik keluar masuk eh?"
 
"Kenapa staff aku amik EL?"
 
"Kenapa staff aku kerja seminggu 6 hari, tapi kadang-kadang dalam sebulan mesti die amik cuti?"
 
 
Benda-benda remeh cani sepatutnya dah ada dalam kepala otak sekor-sekor bos. Instead of nak marah-marah pekerja kan.
 
Kesemua tindakan pekerja memang ada alasan sendiri. Mana ada orang buat sesuatu takde alasan kan. Kau masuk tandas pon kau ada alasan kan. Mesti nak membuang, tak kan masuk toilet nak bancuh kopi lak kan.
 
So kat sini aku nak sangat-sangat cakap. Aku pernah amik subject finance. So kalau pekerja asyik keluar masuk tu, aku sebagai investor memang risau je nak invest dalam company yang high turnover labor. Em, nak explain panjang sangat kenapa. Masuk tahun baru pun belum tentu habis nak explain dalam entry. Tapi bila high turnover memang itu petanda tak baik. So, company tak kira lah Mudajaya ke, company mana-manapun kena alert benda ni. Bila tengok high turnover labor, lekas-lekas kau overcome problem ni. Kalau tak, impact dia bad reputation untuk company.
 
Macam mana nak overcome. Bos, kau kena lah pandai korek-korek time exit interview bila orang tender resign. Yang pekerja lak, kalau dah resign tu, bagi tahu je hal sebenar resign sebab apa. Tayah nak blah macam tu je. Memang lah kau buat camtu sebab kau sakit hati dgn company treat yang tak best kan, tapi reputasi kau pun turut terjejas. Both got bad reputation. Employer & employee side.
 
OK. Jawapan yang paling jelas kita boleh discuss kat sini, mungkin welfare untuk pekerja tak seindah khabar. Contohnya, memula interview, mungkin bos korang janji macam-macam. Dapat allowance. Ada pool car boleh pakai pergi lunch. Ada increment based on performance. Ada dinner. Ada bonus bekepuk-kepuk. Ada staff house yang cantek. Tapi........ Semuanya tu indah khabar dari rupa. Maknanya bos tu main sedap mulut janji macam-macam tapi bila dah masuk dan dah berbulan-bulan kerja apa pon takde. Dah tu bonus yang sepatutnya dapat tapi kau sekat-sekat. Bayar sikit-sikit. Alahaiiiii.... Sadis nya!
 
Dah ada pulak tu, nak pakai machine photocopy pon siap nak berpassword lah bagai. Sampai semua orang tension dengan machine! Sudahnya orang pun blah, kau jugak nak marah orang blah kan. Hahaha. Fikir lah sendiri.
 
Buat masa ni, macam kita. Kita takde masalah dengan kerja sangat. Cuma "GM" kita tu asyik 'kacau' kita. Suka perhatikan kita. Tapi kita gamble. Kita sendiri pernah kata, kalau dia nak buang, buanglah. Sebabnya kan, bagi kita sorang bos perlu amik tahu hal kebajikan pekerja. Andai pekerja tak terbela, kita pun akan ikut jejak orang lain kot chow macam tu je, tapi tak lah blah diam2, cuma before blah tu kita akan buat surat ketakpuasan hati kita. Itu diri kita lah. Sebab kita ni tak suka orang cakap belakang-belakang. Kekadang dengan GM pun kita hadap kalau kita dengar dia cakap benda tak elok pasal kita. Bukan apa, siapa lagi nak ngajar orang macam tu kalau bukan kita? Nak harap budak-budak yang dah berhenti tu cakap? Haaaaa. Mimpi lah. Macam takde hempedu dorang tu. Belakang kutuk-kutuk bos, depan takuttttttt. Tapi kita tak. If kita tak salah, kita akan berani berhadapan dengan bos. Garangkan kita. Sebab kita tak nak orang tindas kita. Terpulang orang nak kata kita ni apa. Korang budak baik boleh lah diam2 , padahal dalam hati sentapppppppp makkkkk... OK.
 
Give and take.
 
Listen and understand.
 
Think and solute.
 
Speak out & Honest
 
 
-Azida Lutafias-
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Friday, December 13, 2013

26 NOV

Hari tu aku dah buat entry baru nak cerita pasal holiday ke Bandung. Tapi akhirnya teperap dalam draft. Tunggu masa nak update gambar-gambar dalam entry tu. Tunggu.
 
Em pasal date ni. Aku akan ingat dan berganda-ganda akan ingat date ni sampai habis umur. Sebabnya suami aku lahir date ni. Get engaged pun date ni jugak. Dan yang terbaru, sahabat aku Ahmad Haziq atau nama dia dalam FB (Theo Andy) tak pun kadang-kadang (Andy Harzique) telah kembali ke rahmatullah pada date yang sama. Tapi kalau korang search kat FB memang dah tak jumpa. Kalau korang mintak follow kat Instagram pon memang tak kan approved. FB sebab arwah dah deactivated. Arwah memang selalu deactivated FB. Alasan dia yang aku selalu dapat, dia busy banyak kerja dan tak tahan tengok notification masuk bederu-deru if FB on. Kadan-kadang aku suruh jugak dia log-out je kan FB dia instead of deactivate. So dia pon cakap "pakai smartphone maaaaa"... Itu jelah alasan dia :')
 
Sedih jugak lah bila dapat tahu arwah meninggal sebab terbabas masuk dalam Sungai Kerteh. Kalau nak tahu, korang boleh google kat internet ada berita hal tu.
 
Semoga Allah s.w.t tempatkan kamu Haziq kat kalangan orang beriman. Macam tak sangka dia pergi dulu. Macam tak sangka. Sebab yang selalu cakap pasal mati dan selalu dok cerita pasal mati ni aku je.. Selalu sangat dulu-dulu time texting dengan dia, dok bercerita pasal mati. Sampai arwah pon naik takut bila aku ni suka sangat fikir dalam-dalam tentang mati.
 
Memang kenal dengan arwah. Nak kata rapat tu boleh jugak, nak kata tak rapat pon boleh. Sebabnya memang baik dengan dia since break-off dgn ex. Tapi memang takde heartfeeling lah kan macam yang ex aku selalu ingat bukan-bukan tu. :P (stop sebut EX. Nanti husband marah).
 
Tapi arwah ni memang baik pada mata kasar aku. Kadang-kadang tengah-tengah chat, dia mintak izin nak solat dulu. Dan kadang-kadang ada jugak dia Tanya aku dah solat ke belum. Bila time marah , selalu dia suruh solat, ambil wuduk. Alhamdulillah ada sahabat yang boleh ingatkan kita time kita out of control kan.
 
InshaAllah, dengan izin Allah, aku sentiasa doakan arwah yang terbaik di sisi Allah sekarang dan sentiasa sedekahkan Al-fatihah untuk arwah. Time baca tu, mesti aku terbayangkan macam mana saat dia terlanggar pagar jambatan tu dan jatuh dalam sungai yang dalam tu. Apa lah perasaan dia time tu. Sedar ke, pengsan ke. Kalau sedar macam manalah perasaan dia time dia tahu kereta dia dah dalam sungai :(((((((( Sedihhhhh bila aku selalu terbayang saat akhir arwah...
 
Haziq, untuk kamu.
 
 
Biar setiap kali orang baca entry ni, akan sedekahkan Fatihah untuk kamu... Maaf gurau senda time kenal dulu. Maaf kadang-kadang malas nak dengar tunjuk ajar cara-cara nak download software2.. Maaf kadang-kadang ada masalah kamu kita tak dapat nak legakan hati kamu setiap kli kamu kata kamu takde girlfriend,takde siapa2 nak kamu, cuma asyik suruh kamu bersabar dan banyak berdoa. kadang-kadang bila kita malas nak layan sangat, kita selalu cakap "kamu tu yang memilih"...... Kita mintak maaf.....
 
Kamu dah takde. Kamu dah pergi. Pergi selama-lamanya pulak tu. Memang dah takde orang nak wish Hari Raya paling awal lah kan......
 
Jaga diri kat sana.... InsyaAllah kalau habuan kita sama, kita akan jumpa kat alam kekal selamanya. Amin.
 
 

Wednesday, December 4, 2013

Perkara yang dibuat ketika mengandung

Salam,
 
Dah lama sesangat tak update. Dan lah lama macam tak berapa nak berblog sangat. Bukan faktor kekangan masa atau tenaga, tapi macam tak tahu nak cerita pasal apa dah. Setiap kali ada benda nak cerita, mesti macam tangguh lah dulu. Sudahnya memang tak update blog. Sudahnya berpuluh-puluh hasil tulisan yang tak pernah habis tersimpan dalam draft.
 
Macam yang orang tahu, aku dah ada sorang anak, Lelaki. Em, cuma nak kongsikan sikit tips yang aku amalkan time mengandung. Nak kata tips tak jugak. Tapi lebih kurang macam apa yang selalu aku buat time awal mengandung sampai lah si tembun tu dah besar 9 bulan ni.
 
Korang pernah tak preggy, pastu dok tefikir jantina anak korang masa early phase pregnant la?. Time tu kan kita mana dapat tahu lagi jantina baby. Dan kebanyakkan korang mesti macam "ala tak kisah lah anak apa pon, janji sihat". Selalu sangat ayat tu. Drama melayu banyak pakai. Aku pon mula-mula macam tu. Tapi bila macam baby dah makin besar, hati aku ni nak sesangat anak lelaki. Er, atas dasar apa eh aku sukakan anak pertama mesti anak lelaki. Itu aku ada alasan sendiri. Memang ler aku nak yang sulung ni, boy. Sebab tanggungjawab biarlah pada anak lelaki, sulung. Senang nak jaga mommy & babahnya, adik-adik. Selain tu, aku nak ler keturunan tu kuat sikit. Memang lah tak kuat sebelah family aku, tapi kuat untuk husband's side. Kira tak putus keturunan ler. Tapi if dapat anak lelaki bukan sulung pon, keturunan tu masih ada. Janganlah runsing.
 
Masa hati dah tedetik nak sangat anak boy tu kan, aku selalu lah 'google' surah apa yang elok dibaca untuk dapat zuriat anak lelaki. Ada lah potongan ayat dari Surah Ash-Shaffat & Asy-Syuura. Aku amalkan je. Tapi betul atau tidak, itu kerja Allah. Lagi pun semua tu dah tertulis. Aku hanya berdoa, jika Allah dah tulis ianya baby girl masa tu, aku terima je. Cuma hati ni kemain excited nak anak boy!.
 
Then, alhamdullilah. Time aku scan , that time I was pregnant about 26weeks. Excited nak scan. Masa tu pergi honeybulan dengan suami untuk yang dah ke berapa kali madumoon tah. Pergi dekat je pon. Cameron. Kerap naik sana sebab dah dekat kan. Maklum ler dok Perak dah sekarang ni. Cameron tu macam Jusco je. :P Then pulang dari Cameron, aku terus ajak Dauz pergi klinik nak scan. Tapi tu scan kali ke2. Memang dah tahu lelaki. Tapi masa 1st scan, time tu baby tak besar lagi. Tapi dah tahu gender. Cuma macam eh yeke boy? Then yang 2nd time tu baru betul-betul confirm. Sebab aku buat 3D. waaaaa.... Siap nampak muka! Muka masa scan dengan sekarang memang ler nak sama! Hebat sungguh teknologi. Tapi lagi hebat kuasa Allah kan.
 
It's a BOY. Confirm. Excited. Fascinated.

Berbalik pada apa aku amalkan time mengandung, ada beberapa perkara aku amalkan. Dalam perkongsian ni, bukan aku sengaja nak menunjuk, berbangga hati, riak atau sifat-sifat mazmumah yang mungkin terlintas dalam fikiran korang kan tentang perkongsian ni. Tapi aku nak berkongsi sebab ramai yang Tanya apa yang aku dah buat sepanjang aku mengandungkan Aazad sebab ada yang kata Aazad baby lain dari yang lain. Tapi bagi aku tetap sama. Aazad macam baby-baby lain. Pekembangan mungkin berbeza dengan yang lain.

Benda yang selalu aku buat, aku buat list jelah eh. Nak karang-karang macam full of words sangat kan. Loya pulak tekak mak jemah nak baca nanti. :P

1) Baca buku sebanyak yang mungkin. Buku-buku ilmiah. Pasal pregnant. Tapi ada certain orang depends sangat baca internet. Macam aku. Pening kepala kalau mengadap PC lama-lama. Tekak aku akan jadi semacam kalau aku online lama-lama. Dan paling tak best aku rasa bila baca any info kat internet, better aku buat hardcopy so bila-bila boleh baca. Bagi aku, bila baca dari hardcopy lagi terkesan melekat dalam otak. Itu memang aku amalkan time belajar dulu.. :P

2) Yang ni korang jangan ikutlah kot. Aku suka sangat lah baca komik Shin Chan. Kalau travel mana-mana, contoh time pregnant bila aku balik KL rumah mak, mesti aku naik ETS. So before naik ETS tu memang aku akan request kat suami aku suh beli komik Shin Chan untuk aku baca dalam train. Tu yang anak aku mungkin active semacam Shin Chan dan pandai kenakan orang seawal usianya.

3)Kerapkan baca Al-Quran. Terjemahannya sekali. Pastu jangan lupa baca Surah2 yang disarankan baca mengikut tumbesaran kandungan. Contoh, saat bulan-bulan terakhir nak tunggu melahirkan baby, korang baca Surah Maryam ; memudahkan bersalin (dengan Izin Allah). Macam aku, dah duduk kat wad pon masih lagi dengan al-quran tafsir aku. Time tunggu melahirkan pon, aku sempat lagi habiskan terjemahan Surah Maryam. Malah selepas bersalin kebetulan aku kena jaga baby yang masih dalam wad pediatrik (sebab baby kena cover dengan antibiotic kesan dari air pecah dulu lebih 24jam) pon aku masih baca terjemahan al-quran. Bukan kah bagus membaca al-quran walau hanya terjemahan. Sebab time tu kan kotor. Mana boleh pegang al-quran.. So baca je lah terjemahan, (al-quran terjemahan).

4) Main Sudoku macam nak gila. Aku sendiri tak plan benda ni. Mungkin hormone atau pembawakkan baby. Aku tersangatlah suka main Sudoku.. Siapa2 pakai handphone blackberry, mesti ada software Sudoku kan. Memang sehari tu aku mampu settle sampai bepuluh-puluh Sudoku sehari. So sekarang dah takde lagi level yang patut aku reached sebab dah habis kesemuanya time mengandung aku buat. ;)

5) Solat jangan tinggal. Tak kira mengandung ke tak, jangan tinggal solat. Time perut dah besar, pepandai aku lah angkat kerusi sendiri tanpa mintak bantuan orang bawak ke surau untuk solat duduk. Korang boleh google cara-cara solat duduk. Selagi mampu berdiri, perlu permulaan solat dengan berdiri.

6) Berfikiran positif. Sebab time aku pregnant , HB aku selalu lah rendah. Selalu sangat bacaan HB bawah 10. So nurse memang guna fearness tactic lah kan , cakap nanti baby tak cukup sifat lah, baby lahir kecik lah, baby sakit lah.... Tapi aku ni malas amik pusing sangat. Cukup vitamin2 yang perlu aku makan tu ikut sukatan dan cara pemakanan, aku yakin baby aku sihat.

7) Tengok gambar baby-baby comel. Ini orang kata dapat membantu lah kan. So aku pilih gambar baby comel duduk pakai ihram depan kaabah. Bukan kah itu lagi indah??

8) Hapuskan rasa jealous, cemburu sakit hati tengok orang lain. Yang ni fikir-fikir lah sendiri. Bukam sekadar perasaan cemburu sakit hati je, semua sifat mazmumah harus elak. OK.

9) Berdoa banyak supaya mudah nak bersalin. Tak logic lah kan kalau mintak tak sakit langsung. Tapi at least mintak lah Allah permudahkan segalanya. Macam aku, air dah keluar. So doctor expect lahir petang 26Feb tu, tapi sebab labor room penuh, maka dorang drag dari masuk ubat ke besoknya. Macam aku, induce pukul 750pagi, jam 10 pagi aku dah rasa contraction teramat. Pukul 530 petang, dah deliver baby. So dalam 7jam setengah je bertarung nyawa.. Alhamdulillah lahir pon normal. Tak perlu bedah-bedah semua. Normal orang kata lagi senang nak berpantang. Macam aku memang berpantang berhabis-habisan. Tapi ada yang tak pantang tu masing-masing punya badan lah kan. sekarang takde effect, mungkin. Tapi akan datang? Kau jangan jealous pulak kalau orang lain punya badan solid molid tapi kau punya badan macam apam kembung, menangis aku nanti kalau aku tak berpantang... Nanti aku boleh share cara aku berpantang pulak dalam entry lain OK.

10) Tepuk tangan. Entry dah sampai ke penghujung....



-Azida Lutafias-
Love Writing & Monologue












 
 
 

Thursday, September 19, 2013

Kamu benar-benar mencintai apabila........



Kamu benar-benar mencintai seseorang dan kamu benar-benar telah jatuh cinta apabila kamu dapat menerima segala yang buruk tentang tentang seseorang itu walhal orang lain tidak mahu menerima yang buruk itu. Itu bukan bermaksud kamu menjadi pengutip, menjadi pencuci, mahupun menjadi penyudah atas keburukkan seseorang itu akan tetapi kamu telah benar-benar ingin menunaikan tanggungjawab kamu sesudah apa yang kamu tahu dan kamu rasa itu telah menjadi tanggungjawab kamu untuk membetulkan segala yang telah khilaf atas kerana Allah. 
Jangan disoal tentang kesakitan , keperitan dalam hati kamu tentang penerimaan keburukkan orang yang kamu telah sayang kerana Allah menemukan segalanya dengan penuh hikmah , dan setiap takdir itu mempunyai alasan yang tersendiri daripada Allah. Percaturan Allah itu indah. Takdir Allah itu indah. Susunan takdir itu tertulis sewaktu kamu di dalam rahim. Jika kamu merintih, jika kamu mula berasa bersakit-sakitan atas penerimaan keburukkan seseorang yang kamu sayang, pernahkah kamu terfikir kemarahan tentang Maha Pencipta yang mencipta segala kejadian sebaik-baik kejadian, lalu sebaik-baik kejadian itu berubah menjadi seburuk-buruk kejadian , akan tetapi Allah itu Maha Pemaaf. Maha Penerima Taubat. Dalam keadaan hina hambanya datang setelah berulang-ulang melakukan kesilapan, Allah tidak pernah jemu-jemu untuk memaafkan kekhilafan seseorang, sedangkan kamu hanya manusia biasa yang dicipta untuk sama-sama menegakkan segala kebaikkan, bersama-sama membetulkan kesilapan sesama kamu sebagai manusia. Tidak perlu menunding jari. Tidak perlu bersengketa lama. Tidak perlu menghina. Kerna, kamu bukan tuhan. Kamu juga tidak sempurna. 
Kamu benar-benar mencintai seseorang apabila kamu berani berhadapan dengan sesuatu musibah. Berani berhadapan dengan sesuatu halangan yang terkadang membuat kamu lemah, membuat harapan kamu pudar. Akan tetapi, dengan semangat, nawaitu yang jihad, itu sebenarnya pemangkin rasa sayang kamu terhadap seseorang walau hina sekalipun di mata kamu. Siapa kamu untuk menjadi hakim atas kehidupan seseorang yang kamu sayang. Siapa kamu untuk menjadi pengorban dalam perasaan sayang. Siapa kamu untuk mengulangi sesuatu yang telah tersurat lalu kamu mengganggap itu adalah takdir. Siapa kamu. Siapa kamu.
Kamu benar-benar mencintai seseorang apabila kamu menanam sendiri rasa kuat dalam hati dan apabila kelemahan seseorang yang kamu telah sayang menjadi kekuatan bagi kamu. Kamu tidak perlu gusar. Kamu tidak perlu takut untuk bertindak. Kamu tidak perlu takut tentang permainan hati dan perasaan kamu. Kamu tidak perlu berlari setinggi gunung, sedalam lautan atas menafikan pertemuan yang tak diduga, tetapi apa yang perlu kamu lakukan adalah dengan menghadapi sesuatu itu dengan yakin, pasti dan kuat. Tanpa perasaan lemah. Tanpa ternoda dengan air mata.

Percaturan Allah itu indah. Permainan dunia sementara.

-Azida Lutafias-
(Love writing & monologue)












Friday, September 6, 2013

In My Mind

The dates :

10 Jan
01 Feb
05 Feb
27 Feb
22 Mar
25 Mar
05 Apr
01 Jun
02 Jun
06 Jun
17 Aug
28 Oct
29 Oct
26 Nov

The numbers .

7749
9229
4742
9490
2217
2226

The songs .

Need You Know (Lady Antebellum)
Rela (Inka)
Kesilapan , keegoan (Siti)
Hello (Lionel)
Kau Tercipta Untukku (Ungu)
Memori Duka (Sons Of Adam)
Dealova (Once)
I Miss You (Blink 182)
Hilangkan Segalanya (Farawahida)
Afgan (Padamu Ku Bersujud)
Cinta Tak Bersyarat (Element)
Demi Cinta (Kerispatih)
Bukan Diriku (Samson)
My All (Celine)
Surrender (Celine)
Tof Of The World (Carpenter)
Superstar (Carpenter)
Kisah Dongeng (Stacy)
Ombak Rindu (Hafiz)
Sejuta Cinta (Marshanda)
Thousand Years (Perri)

Life. I love you. I love go & went through you. Chronology of you.
The moments. The times. The space. The opportunity. The chance. The stories.

#hope #life #love #time #sadness #happiness #strength #weakness #lost #meet



-Azida Lutafis-
(love monologue & writing)



 

Tuesday, August 20, 2013

Standard jawapan orang biasa kahwin artis.

Wes,
 
Korang pernah tak dengar ayat-ayat orang yang kahwin dengan artis? Maksud aku, orang kebiasaan (bukan terkenal) kahwin dengan artis. Tak kisah lah artis yang dikahwini tu suam kuku ke, nama hangat-hangat ke, artis yang feeling-feeling artis famous ke.
 
Bila ada orang kebiasaan kahwin dengan golongan-golongan artis (macam kategori yang aku mention kat atas) ni, mesti ada keluar ayat-ayat dorang macam seakan-akan sama je kan? Kadang ayat tu macam tak logic.
 
Jom kita tengok contoh.
 
"I tak pernah tahu dia ni artis. I ingat dia ni orang biasa je. So I kawan-kawan lah. Bila kawan baru tahu dia ni artis. ".
 
"Sebelum kahwin tak tahu dia nia artis. Dah kahwin baru tahu dia ni penyanyi."
 
"I kenal dia melalui kawan I, masa lepak sekali, I tak tahu dia ni pelakon"
 
HAHAHAHA.
 
Aku pasti korang pon mesti pernah dengar ayat-ayat ni kan. Ni baru sikit contoh. Aku rasa korang mesti dengar macam-macam lagi kan?
 
Kenapa eh dorang selalu cakap ayat macam tu? Tak kan lah tak kenal yang diorang fall in love tu artis. Ke buat-buat tak kenal. Maklum ler, rakyat Malaysia ni kan suka la sangat artis luar. Konon-konon tak kenal local artist. Bajet international sangat kot.

Apa pon, aku masih tertanya-tanya kenapa dorang nak cakap camtu. Pelik.

Tolong huraikan.
 
 
 
 

Monday, August 19, 2013

Aku tetap diam.


Sepi hati terjadi lagi
Mungkin sampai mati aku sepi
Biar senyum hadir di hariku
namun ini hanya ada di bibir
di bibir saja
Aku ini yang bisa mengerti
walaupun yang lain mau mengerti
Namun berat beban hidupku
biarkan saja
Biar saja hanya ku yang tahu
Sejarah cinta dan hidupku
penuh duri dan banyak ranjau
Butuh kesabaran yang penuh
untuk tetap ku berdiri
ada saatnya ku bicara
bila hatiku telah bulat
Sepanjang ku bisa atasi semua
aku tetap diam
 

Monday, August 5, 2013

Kisah Bebuka Puasa 26 Ramadhan

Hari ni nak cerita pasal kisah semalam, bersamaan dengan 26 Ramadhan. So 26 hari lah kita berpuasa. Ahad. Sebelum terlupa, baik type entry ni laju laju.
 
Semalam entah kenapa lepas babah tembun tu pergi kerja kol 3petang, tembun tu mula lah buat akai. Asyik nak begayut je ngan aku. (begayut- mnyusu direct). Kau tak penat, hari-hari pon macam tu. Kadang-kadang rasa macam susu dah kering sangat-sangat. Tapi, bila aku ada baca yang lagi kerap baby menyusu, lagi banyak susu akan terhasil. Cuma kita ni kan kadang-kadang mind setting tak berapa bagus. Bila once baby dah menyusu, kita selalu set yang susu dah habis diminum. Sebenarnya tak. Tak caya? Try tengok. Cuma air susu tu tak lah keluar lelaju macam time kau bengkak susu tu. Bagi aku direct feeding ni senang, mudah. Tak payah basuh botol, bancuh susu. Tapi tulah. Kau akan berhadapan dengan masalah seperti aku. Baby tembun tu bila nampak aku, dia akan buang segala benda yang ada kat tangan dengan harapan dapat menyusu. Dia sangat ketagih.
 
Masalah paling besar bila aku terlalu ajar dia menyusu badan direct, dari dia lahir, sampai habis pantang, sampai sekarang, ialah dia tak mahu susu botol langsung. Nanti aku akan share kan masalah yang kadang-kadang aku memang tak pecaya dan memang sangat tak boleh pakai dengan cadangan-cadangan doctor untuk ibu lepas bersalin tentang penyusuan baby ni. Aku sangat benci.
 
Back to the title, actually petang semalam, bila baby tu buat hal tak nak duduk bawah, pura-pura nangis kuat-kuat bila aku letak kat bawah. Nak kata meragam tak. Tapi aku rasa dia ni telebih manja. Bila dah jadik keadaan cam tu, so aku memang dah target yang aku memang tak kan dapat masak untuk berbuka.
 
Pukul 530, aku macam excited bila tengok dia macam nak tidur. Aku pon cepat-cepat baringkan dalam bilik, pasang aircond, pasang kipas, dengan harapan dia akan tidur cepat so aku boleh pergi masak. Then, dengan aku aku sekali tertidur. Aku terjaga pukul 650 petang macam tu. Baby masih tidur. Elok aku bangun je dari tilam, wahh! Mata tembun bulat! Lagi bulat dari aku. Sudah. Dia pon macam excited sikit sebab dia ingat aku nak angkat. Hem. Dia dah mula merengek bila nampak aku keluar dari bilik. Aku patah balik. Angkat. Dia diam.
 
Ok! Aku dah tahu apa aku patut masak. Jam dah pukul 7.10 malam. Lagi beberapa minit dah nak bebuka. Nasi tak masak lagi. Sebelah tangan dokong tembun, sebelah tangan buat kerja. Basuh beras.
Then aku terus capai tin sardine king cup dua ringgit enom posen, terus aku tuang dalam periuk. Jadinya bebuka dengan lauk sardine.
 
Sedih wey! Apa tak nya, kau puasa seharian suntuk. Menahan lapar dan dahaga, mengharapkan waktu bebuka adalah juadah istimewa kebab ayam ke, murtabak daging ke, air bandung cincau ke, tapi tu berangan jek. Nafsu patah kat situ bila kau tahu kau akan makan sardine semata-mata dengan nasi. OK. Sedih sangat.
 
Aku ingat kisah sedih tu berakhir di situ. Tapi tidak. Time bebuka, aku dipaksa tembun lagi. Aku terpaksa meriba dia. Sebelah tangan suap nasi. OK. Dia sangat suka buli Mommy dia. Akai banyak. Kadang-kadang aku tak rasa ada anak kecik yang tak sampai setahun umur. Kadang-kadang aku rasa dia adalah budak besar. Aku pasti rindu saat ni.
 
Malam.
 
Berebut handphone dengan dia pulak. Tak bagi dia jerit-jerit. Dah bagi dia diam. Aku pura-pura sorok. Dia jerit lagi. Bagi diam. OK. Jelas memang dia nak handphone dan tengok muka dia sendiri. Kalau dapat handphone babah dia, jari dia kemain lagi nak slide. Comel je jari telunjuk dia. Pandai meniru. Bila aku bagi handphone aku, dia buat muka pelik. Tak tahu nak slide kat mana. OK, Bijak!
 
Finally, he slept at 9pm. Mommy pon turut beregu tidur tinggalkan pinggan makan tak basuh.
 
#sardine #meragam
 
 

Rindu perbuatan lalu

Eh eh.

Hari ni macam tak de mood lah sangat. Tapi tak rasa seperti nak marah orang atau tak de pulak rasa seperti nak gigit telinga orang. Cuma bila tak de mood ni, terasa nak buat benda-benda yang dah lama tak buat. Macam-macam rasa rindu muncul.

Meh nak list:

- Rindu nak lepak sambil minum air fresh orange sambil dengar live band kat Bukit Bintang.
- Rindu nak minum starbucks pada hari Ahad yang bosan
- Rindukan bilik lama bila bangun pagi cahaya matahari direct cucuk mata
- Rindukan nasi goreng ayam kedai makan kat Sungai Buluh
- Rindu nak jalan-jalan 1 Utama pas balik kerja
- Rindu Sizzling Chicken & Cheese TGI Fridays
- Rindu tengok movie kat e@curve
 
Ok banyak lah kalau nak list kan.
 
Nak try buat semua ni balik tapi macam tak boleh dah. Sebab since ada baby tembun , kehidupan amatlah tunggang langgang. Memang lah bukan seratus peratus tunggang langgang, tapi dalam seminggu tu pasti ada dua tiga hari yang tunggang langgang disebabkan si tembun.
 
Ok bai!
 

Saturday, June 22, 2013

Miss you always, Aazad

Baby Aazad,
 
Mommy always miss you. Mommy always love you. Deepest in mommy's heart.
 
27 Feb 13
He's only 2.3kg. Small but cute. With perfect feature. Allah, thanks a lot for this precious gift.
 
We named him , AAZAD FATHULLAH.
 
Aazad; Free. Independent.
 
The name Aazad is a Turkish baby name. In Turkish the meaning of the name Aazad is: Free. It quite related when Aazad is still inside my womb, his beloved Babah went to Turkey and left us. That's the beautiful memories when mommy with her big bally need to survive more than 7 days without Babah. How can I imagine.
 
Fathullah; Opening. Victory granted by Allah. Victory of Allah.
 
InsyaAllah he will grow as a good caliph, as a good son.
 
 
 
 
Your beloved mommy;
 
Saifatul Azida

Friday, June 21, 2013

How do I begin

Hi,
Tengok. Kan aku dah cakap. Kalau dah start post entri, mesti nak post lagi.

-------------------------------------------------------------------------------------------------
Rentetan peristiwa.

Mar 2011

We get to know to each other. Dia menegur aku di chat FB. So boleh kata "kita berkenalan dalam laman muka buku"-like Najwa Latif said. He said "Hi". It is a sudden. Macam nak layan tak nak layan. Sebelum reply chat, aku sempat check dulu siapakan tuan punya FB tu. Oh! Budak sekolah rupanya. Tapi kenapa macam tak pernah tengok pon muka beliau?.. Persoalan timbul. Tapi tak pe. Let him be my friend. He asked for my phone number. But I haven't give him. Bagi aku that time, memang susah nak bagi no phone, apatah lagi baru kenal 3 hari, dah mintak no phone. OK. Tapi tah macam mana, beliau ni sangat lah menggoogling pasal aku. He got my phone number. Somewhere in fb jugak. Then as I expected , he got it from my info. Exactly!


Ni lah orangnya. Seorang yang penyabar. Jiwa tenang. Penyayang.

1st Apr
Beliau tiba-tiba call. 

17 Apr 11
Sesi berjumpa. OK. Bukan senang nak keluar dengan beliau. Mana kan lagi nak bagi tahu mak lagi. Nak mintak izin. Sebab mesti mak pelik. Mana pulak anak dia nak pergi pagi-pagi dah bersiap-siap keluar rumah. Bukan aku tak pernah keluar. Tapi kalau cuti Sunday, memang aku sentiasa kerap berada di rumah. So, bila nak keluar that day, aku bagitahu mak nak jumpa kawan sekolah. Mak bagi keluar. Yeay! Tapi aku sendiri tak tahu nak pergi mana. Lagi pon aku yakin aku takkan di apa-apakan sebab background beliau aku dah kaji. Senang. Sebab beliau satu sekolah ngan aku dulu. So, my best friend ada lah bagi sedikit info tentang beliau, sebab tu aku yakin nak keluar sikit kan. If tak, memang takut jugak. 

Jalan pergi ke arah utara. Tanya beliau nak bawak pegi mana. Sebab rasa risau jugak lah kan. Rupanya beliau bawak pergi ..........


Yes. Sungai Klah Hotspring. Beliau datang dari Tronoh, fetch me up kat Kundang, Rawang then masuk highway pergi Sungkai. Gila tak? Maklumlah. Baru kenal. Mesti lah nak tunjuk kerajinan kot kan :P That's the best place. Sebab apa aku kata best, sebab aku sangat gemar bermandi-manda. Disebabkan pergi sana pon aku tak tahu, so aku segera ajak beliau pergi cari kedai jual baju. Fuh! Dari situ nak ke pekan jauh jugak. Semata-mata nak beli baju mandi oke. Damn crazy. Aku memang tak kan dapat tahan kalau dah mula tengok air. Memang if tak beli baju mandi, confirm mula-mula aku masuk kaki, then betis, then peha, kang tak pasal-pasal aku terus berendam. Oh tidak! Baik aku beli baju mandi. HAHAHA.

26 Nov 11
Engaged. With the same person. Masih. 


1 June 12
Solemnization.

2 June 12
Wedding (Apa kah perbezaan dengan solemn kan?) :P




27 Feb 13
Baby Aazad was born! :D



Senang je nak cerita. Pendek. Insert picture. Senangnyaaaa....

Nanti ada masa, cerita panjang-panjang. Elaborate ikut date tu oke.

InsyaAllah. 

Thursday, June 20, 2013

Change title again & over again?!

Hi,

Semalam jenuh mencari apa background yang nampak sweet. Dah jumpa. Nampak macam baby-baby sikit. 
Pastu bila dah background berubah, title pon berubah lah kan. Tukar jelah. Rasa macam nak tukar link blog ni jugak lah. Tapi tak boleh. Em, takpe. Nanti cuba lagi.

Aku suka tulis blog. Tapi macam tak berkesempatan sangat nak menaip. Dari dulu lagi, alasan yang sama tak pernah berubah. Bukan apa, kadang-kadang satu benda yang bukan rutin, cuba untuk jadi rutin pon tak kan jalan jugak kan. So, amik inisiatif sendiri. Kalau rasa nak taip, aku taip. Kalau tak, ok. Tunggu lah bila rasa nak taip.

OK. 

Dah tukar background. Dah tukar blog title. Yeay!

Harapan: Semoga aku lebih rajin. Kali ni mungkin entri aku bersasarkan kisah keluarga, anak, kelahiran, bayi, kesihatan dan lain-lain yang seakan-akan related dengan perjalanan hidup aku sekarang ni. 

Berharap.

Ni lah masalahnya. Bila dah start menaip, rasa macam tak nak benti taip. Pastu dalam hati rasa nak taip entri lain. Nak buat sampai empat lima entri sehari. Dalam hati memberontak sekarang ni. Tapi tak buat pon lagi. Dalam hati je.

OK.

Nanati sambung lagi. Dengan cerita baru. Tak sabar nak cerita pengalaman pregnant, biar pon dah bersalin, anak dah besar dah pon. Tapi tetap nak cerita jugak. Rasa macam best nak cerita. Boleh share experiences dengan orang kan. Ok, dah meleret ni.

See ya!

Saturday, January 19, 2013

Baby Ini Aktif

Salam,
 
Hari ni kalau ikutkan, kandungan aku dah 32 minggu. So bermakna dalam 8 bulan camtu.. Rasa sekejap lah pulak pregnant ni. Pejam celik, pejam celik dah nak bersalin pun. Bila fikir balik, "alahai, pasni dah takde perut membuyung macam ni dah"... Sedih pun ada. Tapi sure happy sebab tak sabar sangat nak tengok baby ni lahir. Nak tengok rupa dia macam mana.
 
Dalam usia kandungan masuk 6bulan, baby aku dah mula aktif bergerak-gerak kat dalam. Kadang-kadang, sengaja aku selak baju sebab nak tengok pergerakan baby tu kat perut aku. It was funny moment! Apa tak nya, kalau aku balik rumah mak aku, aku jadi dah terbiasa nak selak baju tak kira lah depan abah ke, mak ke mahupun adik beradik semata-mata nak tengok perut ni. Memang tersangat lah seronok bila tengok ada gerakan. Tergelak-gelak , sebab dok fikir apa lah yang baby ni buat dalam perut sampai berombak-ombak perut aku. Siapa yang pernah pregnant atau pernah tengok perut wife korang, korang mesti rasa benda yang sama macam aku rasa. Happy tak terkata.
 
Tetapi! Haaa, ada tetapinya... Baby aku ni tersangatlah aktif. Teringat masa aku pergi buat scan baby ni masa dia 6 bulan dalam perut. Yang pastinya, baby ni tak tunjuk muka. Tapi yang nampk jelas jantina dia. Mula-mula memang nak buat 4D, tapi doctor advise, buat 3D je sebab muka baby tak nampak , rugi buat 4D. Masa scan tu, tergelak-gelak dibuatnya. Sebab baby ni memang lah aktif. Tak dok diam pun. Asyik bergerak-gerak. Dapat tengok jari-jari tangan dan kaki dia. Alalalalala, comelnya!!! Masa tu, sebak pun ada. Macam tak sangka, ada satu lagi nyawa dalam perut kita kan. Tulah kebesaran Allah. Hebat sungguh kuasa Dia.
 
Hari ni, aku terpanggil untuk menulis kisah pregnant ni. Supaya, aku harap aku tak kan pernah lupa sedikit pun saat 3rd trimester ni. Dalam trimester terakhir ni jugak lah, aku mengalami masalah susah nak tidur. Bukan susah nak lelap mata. Mata boleh lelap. Tapi kejap-kejap terjaga. Sebab baby ajak main kot. Baby ni sangat aktif time aku tidur. Time tu, dia macam tak tidur! Tu yang aku pelik sangat. Bila pukul 6 pagi, dia pasti kejutkan aku dengan gerak yang agresif. Seolah-olah nak kejutkan mommy dia bangun solat. Kalau betullah, alhamdulillah.~ Pandai anak mommy!
 
Macam-macam lagilah kisah pregnant. Nak cerita semua memang tak sempat. Lagi-lagi kalau blog yang wordy macam blog aku ni. Lagi lah orang malas nak baca. Hehehe.
 
See ya! Bye!