Thursday, May 29, 2014

His First Birthday!

Hi,

Jadi first-time parents ni sangat lah best.

Paling best bila anak dah nak setahun. Tapi macam aku Aazad belum setahun lagi, aku dah berangan nak buat Birthday Party. Alahai. Still fresh in my mind after Aazad was born, a few  months later, aku dah siap cakap kat Mak aku nak sambut birthday Aazad kat KFC. Bukan apa. Mak aku ni cikgu tadika. So bila ada event birthday kat sekolah je selalunya diorang akan celebrate kat KFC. So bila aku tengok macam best je. Tapi kalau aku berangan nak buat kat KFC, berapa pulak guest yang aku boleh invite kan. Pun macam tu aku teringin sesangat. *masa tu lah

Then, bila Aazad almost 1 year, mulalah Fildauz terfikir yang dia pernah berniat nak buat kenduri doa selamat time aku selamat deliver Aazad dulu. Mana tak nya, Fildauz cakap tengok aku macam dah teruk sangat menahan sakit nak bersalin. Sampai dia menangis sebab kesian kan aku. So dia pun niat dalam hati nak buat kenduri bila semua selamat. So bila dah niat tu , faham-faham je lah. Kita kena lah tunaikan kan. 

So, dari plan nak celebrate birthday kat KFC, terus tukar plan celebrate birthday Aazad kat rumah je then boleh buat kenduri at the same time. Senang. Bila dah nak buat kenduri plus birthday ni, baru aku tahu yang bukan senang nak arrange everything. Selama hari ni kalau celebrate birthday , kenduri , open house ke semua mak abah yang arrange. Aku just top up tenaga dan idea mana yang patut. Bila kena arrange event dengan Fildauz, beku jugak lah kan.

Then, we decided to celebrate Aazad's birthday together with Majlis Doa Selamat.

Simple. Jom tengok gambar.


Invitation card.



Cake. 
RM 100. Fresh cream cake.
Ni pun tempah last minute kat wife kawan Fildauz. 
Aku sendiri tak sempat makan. T__T




Me, Fildauz, Aazad and all the anak jiran.




Tengoklah gaya Aazad yang sibuk nak potong kek jugak. Pffff..
Yang baju biru tu mak dia cakap memang tak boleh tengok kek.
Sebab nanti dia over ingat birthday dia ;p
Biasalah budak-budak. Tu yang dia pun exicted nak pegang knife.




Susun lilin.



Pom pom pom. Beli kat kedai DIY je.Murah tau & sangat banyak accessories untuk birthday!



Our special guests. Dari Rumah Nur Kasih Bota.



The food.



Neighbourhood. Ramai perempuan sebab on Saturday ramai yang kerja akt area taman rumah aku.
Yang ni semua full house-wife..





Dishes. Nazna Catering.
Business Mak Abah mertua.



My office-mates.



--------




----------


---------



---------



Present from Pak Long. (Abang aku). Kemain lah Aazad mula-mula je.
Lepas tu tak de nya dia nak main ;p




Tengok. Mommy nya tersingkir. Anak pulak diberi perhatian lebih kannn.


Although semua ni simple, tapi alhamdulillah berjalan lancar. Tak hujan. Tu yang penting. So senang orang nak datang :) . Makanan hari tu memang sold out ;) Order untuk 200 orang makan. Memang habis. Mujur lah kan. Tak lah membazir.


End. :)

Thanks for reading!









Wednesday, May 28, 2014

Life and responsibility begin after married.

Hi ,

After almost 4 months tak update blog. Kenapa lah asyik kerap hilang idea. Kadang-kadang idea datang nak up entry time tak ngam. Tengah drive lah. Tengah bekerja lah. Tengah basuh pinggan lah. So masa tu memang tak sesuai nak terus on laptop dan up entry kan. So bila selalu je idea datang time tak kena, aku selalu cakap sendiri. Kekonon akan ingat setiap apa idea yang terlintas tu. Tapi end up. Lupa. Dah memang dasar pelupa kan. Nak nak lagi ni bila dah beranak. Langsung ingatan tu dah macam tak kuat sangat.

Brrrr..

Macam biasa bila balik kerja sampai rumah je terus buat kerja rumah pulak. Berkejaran dengan anak. Oh ya, anak aku dah pandai jalan since 1 year. Tapi masa start 1 year tu , dia jalan tekedek-kedek. Terjatuh. Tersembam semua ada. So sekarang ni dia dah kuat sikit kaki. Dah berlari sikit-sikit. Siapa ada anak atau adik tahulah macam mana sukar nak control bebudak yang baru dapat kaki ni. Diorang ni kadang-kadang action. Macam lah jalan tu laju sangat kan. Macam lah kaki tu kuat sangat kan. Langkah bendul pun belum pandai, tapi action tak nak bagi kita pegang tangan dia.

Since Aazad dah pandai jalan ni. Jangan tanya lah keadaan rumah. Huru-hara!. Kemas ambil masa berejam-jam, end up Aazad sepahkan balik tak sampai 5 minit!. Grrr. Kadang-kadangkan admit sesangat bukan senang tau. Pernah dan selalu jugak lah time Fildauz cuti atau dia shift petang then aku pun lekas lekas call dia. Buat-buat tanya lah Babah buat apa tu. Dah makan ke. And last soalan aku mesti tanya ada kemas rumah ke.. Bahahahaa.

Aku ni jenis segan nak suruh. Sambil tanya tu pun dalam nada gurau. Tak nak lah memaksakan. Orang laki ni jangan nak paksa-paksa. Sebab diorang ni ada kuasa luar biasa. Telinga tahan bebelan. Apa taknya, if kita suruh then diorang tak buat, mesti kita yang perempuan ni nak bebelkan? So bebelan kita tu tak kan ada maknanya! Diorang buat pekak je nanti........ Mihmihmih..

So, life aku TOTALLY CHANGED. 


Since married ni, aku rasa tanggungjawab semakin besar. Dulu tengok mak abah je yang terkontang kanting buat semua benda dar cari duit, bagi makan, kerja kat luar, kerja kat rumah semualah. So sekarang sendiri pulak rasa! Best jugak actually. Tapi kekadang stress! Adventure sangat! Nak nak pulak bila Fildauz tak tolong kemas rumah.Balik je kerja tengok rumah tunggang langgang barang mainan Aazad. Botol susu tak basuh. Pinggan bersepah dalam sinki. Kuali Fildauz goreng nugget tekangkang atas dapur dengan tak tutupnya kuali tu. Sayang lah minyak terdedah kan. Rumah aku ni kategori rumah bersuhu panas. Barang-barang makanan sumpah cepat rosak. Sekejap je dah berbau, berbuih. Fhhhh. So imagine lah kan if tak tolong basuh, then aku balik kerja pun tak sempat nak basuh, melayan Aazad. Then tertangguh esoknya, confirm berbau! Nasiblah kan.



Tapi, selalunya Fildauz tolong. Sangat rajin. Bila rajin dia datang. Fehh. Kilat kilat lantai rumah. Kena malas dia, alahaiiiiiii... Bantal dia baring sambil tengok tv pun dia tak angkat. Botol susu jangan tanya lah. Gelempang... Selalunya botol susu tu Aazad akan minum waktu pagi sebelum pergi rumah Mama Bibah dia. So selalunya memang petang lah akan basuh. Bila Fildauz rajin, aku balik je botol tu dah basuh. Bila dia malas, memang nasib aku lah kena basuh. Kekadang Fildauz tak tolong basuh. Tapi tolong rendam je. Habit dia. Suka sangat rendam botol susu. Takpelah dari tak tolong kan.... *hugs.




So, bukan senang nak berumahtangga ni. Nak pulak kalau hidup suami isteri dan anak kecil. Kalau suami tak buat, isteri buat. Kalau isteri tak buat , suami buat. Macam aku, kadang-kadang tengok rumah serabut sangat, so kadang-kadang rasa cemburu jugak sebab aku dah lah kerja Isnin-Sabtu. Bangun awal pergi kerja balik dah petang. Dah tu, jaga anak sampai anak tidur. Hari cuti pun Ahad je. Ahad pun jaga anak. Tapi bila Fildauz cuti , anak dia tak jaga. Still hantar rumah pengasuh. So jealous lah weh! Bahahaha. Dah lah masa cuti takde gangguan. Boleh lah qada tidur lagi! Pastu rumah pun still tak terkemas. Bila aku balik kerja, apa yang aku fikir is, kalau suami aku tak buat, aku MESTI dan PATUT buat! Ye lah nak harap siapa lagi kan? Aazad? Em. Tu lah namanya tolerate. Kalau Fildauz tak buat, aku buat. Kalau aku tak buat, Fildauz buat. Mihmihmih.

So korang laki bini jenis macam mana?


Til then....