Friday, June 20, 2014

KL-Jakarta-Bandung (Part 1)

Hi.

Dah lama nak cerita pasal pergi holiday. Tapi asyik tertangguh. Terperap entry dalam draft. Dah hampir setengah tahun. Kalau nasi, dah basi lama dah.

OK. Dalam entry ni ada beberapa tips sebelum decide nak pergi holiday. Tak kisah lah mana-mana pun. Jauh ke dekat ke. Sebab kadang-kadang experiences memasing berbeza-beza kan. So mungkin ada yang dah face experiences sama macam aku.

Bila suami kata jadi pergi holiday, kelam kabut tak dibuatnya. Sebabnya last minute decision in September 13. Kitorang pergi pun under family company trip husband. Oh ya. Bestkan company husband boleh bawa family. Sebab company aku memang tak dapatlah nak bawak family. Lagi company bear all costs. Alhamdulillah. Husband kata sebab tu company melayu. Bos melayu.Staff pun melayu. So macam understanding tu high. Aish. Racist pulak bunyinya. Tak lah. Bagi aku , aku rasa itu cara yang bagus untuk company dia. Mungkin a great deal strategy nak reduce tax imposed kat company kan. Lagi banyak company spent for their staff lagi banyak lah dapat exemption kan. If not mistaken.

Jadi, bila husband kata kitorang dapat pergi sebab ada kawan dalam team dia memang tak nak pergi dan nak cover shift hour husband, melompat lah I ! 

Lekas-lekas renew passport. Pergi Imigresen Lumut senang dan cepat. Aku siap jujur cakap actually passport lama dah expired & ada kat KL, so aku tak balik KL, macam mana nak ambil kan. Tapi punyalah baik pegawai tu, dia just put note kat renewal form aku as 'missing passport'. Actually tick je dalam form tu. So passport lama still ada kat aku. Yelah. Nak simpan buat kenangan. Walau dalam passport tu sendu je cop oversea. Bukanlah kerap ke luar sangat pun. 

OK. Part renew passport dah settle. Passport Aazad pun dah buat. Husband takyah. Sebab passport still fresh. 2012 dia pergi kerja kat Turkey. Jimat dah duit renew untuk dia. 

Tinggal buat list je. This is first time travel oversea together with baby. Small baby. Below 1 tau. Memang aku google experiences dari blog-blog, get some tips from others yang dah pernah travel dengan baby below 1year. Apa yang kena bawa. Apa yang kena prepare. Tapi guna common sense pun boleh actually. Cuma aku takut ada important things yang miss out. Naye aku. Better get some info kan. Tak rugi pun.

Aku dapat senaraikan benda-benda yang penting ikut individu. Aku, Fildauz & Aazad. OK. Nampak kan barang-barang Aazad yang win. Paling banyak. Dari sekecik-kecik alam hingga sebesar-besar alam benda dia kena bawak. Tu kira benda paling basic & most importan things. Korang sendiri boleh nampak kan list ni. Aku dan X-large picture size senang korang nak baca. Meeee...


Bagi aku, paling penting adalah barang-barang Aazad. Sebabnya kita tak tahu tempat orang ni macam mana. Kedai kat mana & macam mana. Ada jual apa kat sana. Payah kalau ada barang yang missed. Then barulah terhegeh-hegeh nak cari kat sana pastu tak tahu pulak kan ada jual ke tak. Barang-barang baby ni kan kes sensitif. So sediakan payung sebelum hujan.

Macam aku ada experience aku sendiri. Susu Aazad kitorang bawak satu paket 600gram baru tak bukak lagi. So sepanjang kat airport memang aku dah prepare sesiap letak dalam milk container. Senang kalau Aazad nak susu terus bancuh on the spot takyah nak bukak-bukak paket baru. Tapi kan, aku pergi dari 26 Nov - 1 Dec. Ada kot dalam 5 hari. Tak cukup tau susu tu. 

So dekat sana aku ada beli susu S26 (Vanilla). Padahal Aazad tak minum susu berperisa. So saja try. Lagipun mana ada Enfalac A+ kat sana kan. S26 mungkin lah dia boleh minum sebabnya Aazad ada jugak consume S26 a few months after born. Then ada masalah tak berak, so kita tukar Enfalac terus OK. Hari-hari 'invest'. So remain jelah Enfalac walau harga high sikit kan. Malangnya Aazad tak nak minum langsung. Buat berkali-kali dia taknak minum. Satu hari suntuk tak nak minum susu. So cucu cap gantung jelah jawabnya. Malam akhir tu, agaknya dia dah haus sangat kot, dia minum habis sebotol. Aazad ni pelik sikit. Dia kalau nak minum susu, nak panas. (Bukanlah panas sangat, macam suam-suam). Kalau susu dah terdedah lama bawah kipas kan cepat sejuk, em memang dia tak nak lah.

So ni lah a few things yang penting untuk baby.

Basic plus important things.

- milk powder
-thermos (letak air panas)
-botol air masak
-pampers
-pushchair/buggy (if baby dah kuat dan badan dah keras boleh pakai ni instead of nak bawak stroller kan)

Susu bawak lah paket extra. Sebab susu anak kita minum takut sukar nak cari brand yang sama. Thermos penting! Senang nak keep hot water. Kat mana-mana pun boleh bancuh susu. Pampers nak bawak cukup-cukup pun OK. Seba kat mana-mana sure ada jual pampers. Unless anak korang ada skin problem so terhad pakai the same brand pampers je. Be prepared. Buggy/pushchair pun penting. Tak lah lenguh nak dokong baby kan. Plus atleast ada jugak tempat baby nak rest untuk tidur ke. ;)

So ni lah few tips. Selebihnya kena kreatif. Fikir apa yang patut dan tak patut. Macam ada certain mommies nak bawak toy/teddybear bagai. Rasanya macam tak perlu. Sebabnya akan kurang allocation berat luggage korang. 


See in part 2.

Bye!