Sunday, July 13, 2014

Review breakfasting at David's Diner


Hi.

Pusing-pusing kat Ipoh cari tempat nak berbuka puasa. Before this pernah review pasal tempat makan yang best-best kat Ipoh. So kitorang pergi David's Diner dekat area Greentown. 

Actually rasanya owner ni Indian kot. Sahih lah kot sebab dapat business card pun stated nama David. Tapi jangan risau it is Halal restaurant. 

Pasal price. Quite reasonable. Semua orang pun mampu. Paling senang menu nya ada set and ala carte. So better pilih set sebab all in one kan. Takyah nak order asing-asing. If order ala carte price will be big different lah kan compare to set. Berbaloi sikit order set.


Ni meal aku. Nama simple. Takde lah so complicated lidah terbeli-belit nak sebut kan. My one is  Grill Chicken Chop. side dish amik mashed potatoes cheese and curly fries. 


Fildauz punya. Macam biasa dia kan peminat tegar kambing. So pilih lamb grill. Side dish ambil baked patotoes and onion rings.

Oh ya.

Kalau pilih set. First pilih main course nak apa. Nak chicken ke, lamb ke, beef ke.

Secondly, pilih 2 side dishes. Yang ni paling best. Sebab sangat banyak pilihan. More than 15 types kot. 

Thirdly, pilih nak salad atau soup (mushroom soup/chicken soup).

Then pilih air. Semua fruits juices ada. 

Lastly pilih dessert. Ada fruits cocktail, brownies or cheese cake.

 

While waiting for berbuka, Babah took mommy & Aazad picture. 



Meals. Mungkin persembahan pada pinggan  kurang kot. Tapi the taste is so yummy. Plating letak nombor 2.



The decoration. It is american taste restaurant. Ala biasa lah western food kan mestilah so westtt...

So sesiapa nak try boleh lah. Cash or credit card acceptable. 

Selamat berpuasa!





Wednesday, July 2, 2014

Ramadhan 2014 - Smoothies Dan Puasa

Salam Ramadhan.

Alhamdulillah bertemu Ramadhan kali ni. Sebelum ni selalu fikir dapat ke sambut Ramadhan. Sebab dalam tahun lepas dan sebelum Ramadhan terlalu ramai kawan-kawan mommy yang meninggal. Naik seram mommy. Bukan apa, mommy pun tak tahu ajal mommy bila. Selalu sangat mommy fikir-fikir macam mana mommy mati. Bila mommy mati. Susahkan orang ke tak. 

Eh. 

Tetiba guna 'mommy' pulak kan. Bukan apa. Saja tukar angin. Asyik angin monsun barat daya je. Apa salahnya angin monsun timur laut pulak kan. Guna mommy lah best sikit. Baru lah rasa naluri keibuan tu kuat. Perghhh. Tak boleh tahan sangat ayat.

OK.

Cerita pasal Ramadhan, alhamdulillah dah hari ke-4 kita berpuasa. Macam tak sangka. Hari ni dah hari Rabu. Anak mommy, Aazad pun dah umur setahun empat bulan. Dah besar. So, setiap kali sahur start first day puasa, Aazad pun bangun sekali. Sibuk makan sekali ngan mommy & babah. Makan bersungguh-sungguh pulak tu walaupun baru celik mata. Kalau mommy sure kena amik mood nak makan dulu baru boleh telan makanan. Aazad tak. He's so different. Celik mata, mata bulat. Bangun keluar bilik terus pergi kat kitorang then mintak makanan. Muka pun tak basuh lagi. Haishh

Mommy bangun pukul 4.30pagi. Masa first day puasa terbangun lewat. Just minum-minum air je. Oh ya. Sebelum Ramadhan mommy dah ready sesiap untuk puasa Ramadhan. Mommy still ada balance kena ganti puasa. So dah masuk Rejab dan Syaaban mommy struggle nak habiskan jugak puasa ganti. Then mommy pun ada cerita kat babah, bila mommy puasa mommy tak rasa apa-apa. Mommy just sahur minum air masak bebanyak sebab mommy kan still breastfeed Aazad. Tapi alhamdulillah. Tak rasa lapar atau pedih perut. 

Tapi.

Bulan puasa ni. First day kan bangun lewat. So mommy & babah just minum-minum air. Bebanyak. Babah pun cakap takpe. Sebab dia percaya apa mommy kata time mommy ganti puasa tu tak lapar dahaga pun just minum air masak. Babah pun tak risau lapar atau dahaga.

Tapi lagi.

Rupanya tidak. Dugaan Ramadhan tersangat lah hebat dan lain. Lesu je rasa. Mommy duduk rumah buat kerja rumah sikit-sikit dan penat. Aazad pulak keluar jejalan dengan mama Bibah dia. So tinggal lah mommy. Memang mommy lelap mata lah kan. Then babah balik kerja, babah pun cakap benda yang sama. Lesu je rasa. So babah kata kita perlu sahur bebetul. Supaya tak lesu. 

OK.

Esoknya sahur kitorang makan macam biasa. Cuma aku ni senang rasa loya lepas makan. Tak boleh makan banyak. Just aku minum air bebanyak je. Aku pun ada buat epal kurma smoothies. Alhamdulillah memang tak rasa lapar. Ala, pakai shake N take punya blender tu. Senang je.



This time Banana Strawberry smoothies.

Recipes

Banana Strawberry Smoothies.

Pisang
Strawberry
Natural Yogurt
Ice cube


















Mixed all ingredients. Blend. 

Senang je nak buat. Kalau nak manis letak lah gula atau masuk je vanilla ice cream. Tapi mommy tak letak gula atau pemanis. Sebab pecayalah manis buah lagi sedap.

Bye!