Saturday, August 23, 2014

MH17, Mommy pun sentap hati



Salam Aazad.

Harini, 22 Ogos 14. Hari Malaysia berkabung untuk MH17. Aazad mungkin kecik lagi sekarang ni nak faham apa tu berkabung. Okay. Mommy cerita sikit ya. 

Berkabung tu kalau macam kita beragama Islam tak sedap lah panggil berkabung. Itu untuk agama lain. Macam kita agama Islam, sekadar menghormati dengan membaca Al-Fatihah untuk mangsa-mangsa terkorban. Okay. Nak tahu lagi? Aazad dah nanti, Aazad akan lebih faham. 

Harini Mommy tengok 'live' kat Tonton Online. Sayu hati Mommy tengok upacara 'bertafakur'. Apa yang Mommy lagi sedih bila dapat tahu kawan husband twin kawan Mommy time Dip & Degree dulu involved dalam nahas tu.

Mommy cuba letakkan diri Mommy jika perkara tu Mommy yang hadapi. Tapi Nauzubillah. Sebab Mommy tak kuat. Tak setabah ahli keluarga mereka mungkin. Dengan Aazad masih kecil. Mommy belum cukup kuat nak tempuh semua tu. Apatah lagi untuk berhadapan dengan 'press'. Yang semua tu membuatkan Mommy lagi sedih dengan persoalan-persoalan 'press'..

Kadang-kadang. Bukan bencana nahas macam ni je Mommy takut. Sebab kematian akan datang bila-bila. Kita sendiri tak tahu saat bila kita akan kembali kepada Allah. Bila kita akan hadapi kesedihan kehilangan. Tambahan pula, bila Aazad hadir dalam hidup Mommy, buat Mommy lagi takut nak hadapi sebarang kehilangan. Apatah lagi kehilangan melibatkan nyawa orang yang kita paling sayang.

Mommy akui. Setiap perbuatan Mommy, setiap tindakan Mommy, setiap pergerakkan Mommy diselubungi rasa takut yang kadang-kadang buat Mommy mengalirkan air mata tanpa sedar bila membayangkan sesuatu yang buruk berlaku pada Mommy.

Kita kat dunia ni sementara , anak. Mommy sendiri tak dapat tahu ajal Mommy bila. Saat Mommy pergi, Mommy tak tahu samada Aazad sudah faham apa itu kematian atau masih belum. 

Mommy tak henti-henti berdoa supaya kita semua dijauhkan dari malapetaka , dari bencana yang dasyat yang boleh meninggalkan kesan momento yang hebat pada kita semua. Sebab Mommy tahu kita semua tak kuat. Kita semua tak mahu kehilangan. Tak mahu berdepan dengan kehilangan.

Mommy nak, Aazad kena belajar terima sesuatu musibah dengan sabar dan tabah. Andai umur Mommy tak panjang, Mommy tahu Aazad akan tercari-cari Mommy. Sebab Aazad masih kecil. Dengan sekarang ni Aazad betul-betul dalam mengenal orang sekeliling, sudah pasti Aazad tercari-cari mana Mommy. Cuma nak diluahkan tu tak dapat. Nak pulak, Aazad masih menyusu badan. Setiap malam sebelum tidur akan nyusu dulu, tengah malam tejaga pun nak susu Mommy jugak. Macam mana.....

Mommy sayang Aazad.

Jadi anak yang baik dan bijak.