Thursday, September 18, 2014

Hari Ke-2 Di Bandung (Part 3)

Phew.. Phew..

Dalam entry lepas lupa nak selit gambor bilik si Indah Halina ngan Tajul Zen tu.


Saja snap pic ni. Teringat drama tu time si Abg Zen tu ketuk bilik Indah nak mintak tumpang mandi sebab shower rosak. Pheeww..

Abg Zen. Bukan rosak lah. Abg Zen kena bukak yang air panas tu lama sikit. Then keluarlah air panas :P. Hehehe. Saja je nak anje2 tau ngan Indah :P

Ok. Teruskan hari kedua di Bandung.

Early woke up. Sebab dah kedengaran orang dok breakfast kat dining place tu. Maklum ler bilik kami kan betul-betul lah ngadap tempat dining. Jam pukul 7 pagi. Tu waktu Malaysia. Maknanya time tu pukul 6 lah kan. Tapi dah cerah ! Subuh kat sana 4.30pagi tau. Waktu sana lah. 

Breakfast pagi tu ada nasi, ayam goreng kampung, dan sayur goreng. Kering lagi nasi pagi ni. Agaknya orang Indonesia ni memang suka makan kering-kering kot. Kalau ai lah makan kering-kering hari-hari memang sembelit lah jawabnya ! Heheh..

Jom tengok gambar time breakfast !




Tu laki ai. Pegang anak. Tunggu turn nak makan. Feww..


Nenek & Aki. Kemain semua dok pakai baju Istanbul ye. Kebetulan pula suami ai, abah & adik bawak baju Istanbul. Pastu dok bising-bising ramai-ramai.. Hehe.


Amboi. Kemain lagi aku. Makan sambil becakap ye ! Anak dah turun bawah. Babah dah lepas anak. Tu signal tu sebab mak nya makan lambat sangat kan. Signal nak suh cepat habiskan makana. Tapi aku tengok kawasan tu macam tak bahaya sangat. So aku suh biarkan. Lagipun ramai kat situ. Boleh tengok-tengokkan. 


Ni lah parabola tu ! Sempat ko Ayoi snap pic piring ajaib ni. Dia memang teruja. Sebabnya dapat channel over the sea lah sangat. Dah tu bukak channel cerita Upin Ipin je kannn. Kat Malaysia


Tengok budak kecik ni. Tah apa lah yang dia buat tu. Macam2.

Jom siap-siap bejalan !!







Monday, September 8, 2014

Sesudah Tiba Di Bandung

30 Aug 2014 - Bandung.

De' Tropis Guest House.

Pagi buta. Tah masa bila abah bergambar. Yang pasti time ni mungkin aku tengah bertarung nak tidurkan Aazad kot. Tapi malangnya, Aazad sangat payah nak tidur malam tu. Kejap nak ke bilik Aki dia. Kejap nak ke bilik kitorang. 

By the way, aku booked thru Agoda. Untuk 2 malam, 2 bilik total is RM 52+.++. Okay lah kan. Konsep Bali tu yang aku terpegun tu. Asal-asal aku tengok drama TV3, Kerna Terpaksa Aku Relakan. Ala part yang Tajul Zin & Indah Halina tu pergi ke Bandung atas urusan business. Pastu Si Zin tu pulak boleh hilang wallet kan. So kekonon dorang terpaksa merempat rumah tumpangan. Benci aku. Dalam drama tu, shoot kat pintu bilik je Zin main ketuk-ketuk pintu bilik Indah kan. Nak tumpang mandi lah, tumpang iron baju lah. Actually tempat ni cantik sangat decoration dia. Bagi pecinta decoration ala Bali macam ai ni memang lah terkesima tinggal di sini. Segala pelusuk ai amik gambar tauuu. Senang nak ambil ilham kalau nak decorate rumah nanti.

Oh ya. Guest House ni sesuai untuk family yang ada anak mahupun belum ada anak. Tapi untuk honeymoon berdua-duaan tak sesuwiiii... Nanti bilik-bilik lain dengar bunyi tak enak pulak kan. Bahahaha. Pergilah cari hotel yang kalis bunyi. Sini sesuai untuk family. Siap boleh request extra bed. Bila besar jugak then ada toilet. Channel TV memang superb. Kat Indonesia ni dorang advance sikit dari Malaysia. Dorang pakai parabola. Memang dapat channel luar dan dalam negara. Wehuuu. Upin ipin sure ada. Indon ni famous ngan Upin Ipin. Bila tanya dari mana kita jawab Malaysia, dandan dia cakap Upin Ipin. Penampor nak? Heheh.

Kawasan guest house ni kawasan perumahan elit. Ada certain rumah dah tukar status jadi premis. Mula-mula sampai tu macam takut. Ai kan jenis penakut. Suka bercuti, tapi kepala ni suka bayang bukan-bukan. T__T. Sedih noks. Tapi takut tu hilang bila tengok kat celah2 antara lantai dan pintu bilik lain menyala lampu. That means memang full bilik kat situ. Mihmihmih. Tu memang dah jadi kebiasaan aku. Tidur hotel mana-mana benda paling penting aku buat is perhatikan bilik mana lagi ada guest. Supaya aku rasa tak takut if ada orang dekat-dekat dengan bilik aku stay. Sedih kan ahkak niiii...


Abah sempat buat kopi. Oh ya. Pantry pun ada. Tapi GH ni memang dah sediakan 1 serve table ada kopi, teh, water dispenser untuk guest nak buat air memalam. So laki aku ajak abah buat kopi. Kemain lagi ye. Oh ya. Sini takde nya tempat karaoke yang boleh korang anak menantu berjimba :P


Posing depan bilik. Depan setiap bilik ada rest chair camni. Suka angatt.




Room aki, nenek & adik. KUTA okay. Bali sangattt..


Room ai, hasben & adik yg laki tu. UBUD.


Oh ya. GH ni include breakfast okay. Dalam room lupa pulak nak ambil pic. Maklum ler pic ni pun bukan aku yang snap. Adik yang laki tu suka amik gambor. Harap ai, memang tak boleh harap. Pheww.. *kesat peluh


Next entry cerita siang nya pula ya !

Jakarta - Bandung Family Trip (Part 1)

29 Aug 2014 - Jumaat

Jam 12 tengah hari, kami sekeluarga sudah pun bersiap-siap nak menuju ke airport KLI. Bergegas ke sekolah mak nak ambil mak. Mak terpaksa balik awal haritu. Perangai mak ni , dia sangat komited pada kerja. Tak pernah MC. Tak pernah ambil leave sesuka hati. Bagi dia, leave adalah time school holiday. So kali ni nak pergi holiday pun, kami terpaksa ambil hari yang cuti sabtu, ahad plus isnin pula cuti ganti untuk Merdeka Day. So dapatlah dalam 3 hari 3 malam bercuti kali ni. 

Tiba kat KLIA dalam jam 1 tengah hari. Pastu terus self-check in pakai kiosk. Kali ni travel naik KLM Royal Dutch Airline. Kepunyaan Belanda. Actually flight ni just transit in KL from Amsterdam to Jakarta. Therefore, it must be passengers yang nak turun kat KL kan then those yang nak ke Jakarta from KL boleh lah replace mana-mana yang kosong kan. Lepas check-in and drop baggage, still ada masa. Moh bersolat jamak terus. Boarding time 3.10petang. Dalam jam 3 kami semua naik train untuk ke Gate C2. Aku belum pernah lagi naik train. Orang kata flight besar-besar je baru dapat naik train. Kata orang. Dan kebetulan, naik KLM flight adalah flight Boeing 777-200. Kira besar. Husband lah jadi guide kami. Dulu dia naik Emirates Airlines pun kena naik train ni. Phewww. Last year aku pergi Jakarta jugak tapi naik MAS so tak merasa naik train ni. 

Train to Gate C2


Performed Solah before boarding

Waiting for boarding. Aazad memang tak reti dok diam walau seminit. 
Ada je benda dia nak explore. Ni makcik dia dok dukung sebab dia nak main public phone.



Aki, anak dan suami. 


Our flight ! KL 809. Boeing 777-200


In plane. Aki , nenek & paksu. 

On board. Memang tak dok diam budak kecik ni. Dari depan pass dia kat nenek dia. 
Bukannya nak tidur dalam flight. Ingat dapat lah rest.

Journey to Jakarta dalam 2jam. Tapi flight ni macam laju. Supposed tiba kat Soekarna Hatta Airport around 5.25 (Indonesian time). Tapi kami sampai around 5.10ptg. 15minutes early. 

Although tiba awal pun, tapi time nak check-out kat imigresen sana punyalah lama. Beratur tak ingat panjang. Tu baru 1 flight tiba. Kalaulah dalam masa yang sama flight lain jugak datang macam mana? Tak silap aku, lepas flight kami landing, ada lagi flight dari Jeddah pun sampai. So how? Kat airport sana tak macam negara kita. Negara kita ada yang auto system. Kat sana semua manual. 


Dah tu pulak. Keluar dari airport, jenuh pulak cari Pak Supir (Pak Cahyadi). Simcard Indonesia ada bawak yang last time datang punya. Bila on, service dah out. Rupanya kat simcard just boleh tahan 2bulan je. If tak top-up dalam masa 2 bulan expired. Then, datang lah penjual jalanan jual simcard. Terpaksa beli. Gila apa kalau tak beli macam mana nak contact Pak Cahyadi kat sana. Sebelum beli simcard tu ada jugak try tanya orang-orang kat situ. Siap tunjuk pic profile muka Pak Cahyadi. Sah-sah lah mana diorang kenal kan. Bahahaha. Tu keje laki aku lah tu. 

Pak supir datang. Kitorang gegas gerak ke Bandung dari Jakarta. Sebab plan nak 2 malam kat Bandung dan malam terakhir nak tidur kat Jakarta. 

This trip macam new experiences untuk aku dan family. Sebab ni lah 1st time mak,abah, & adik-adik merasa naik flight. Sangat kasihan kan. Ada orang siap cakap lagi pergilah merasa naik flight. Amboi! Kemain kau ye. Macam mak aku takde duit pulak selalu pesan naik flight. Mak aku sedap je balas. Dia bukan tak nak. Tapi lepas anak-anak dah habis belajar dan selesai tanggungjawab baru dia nak belapang dada. Best ayat mak aku. Tu yang sakit dan terasa hati punya pasal, aku terus booking ticket pergi Jakarta. At 1st place nak pergi Medan. Tapi mak aku ni macam-macam fikir. Sebab pernah bekas jiran aku dulu meninggal sewaktu bercuti mencari adik-beradik kat Medan.Van jatuh gaung. Ada masuk surat khabar. Mak aku jadi ngeri pulak dengan gaung kat sana. Hehe. Takpe mak. Ajal maut kat tangan Allah. Kalau ditakdirkan masa dah nak sampai, tengah duduk pun boleh mati :)

On the way to Bandung dah jam 7 malam macam tu. Kat Malaysia dah jam 8. Tu yang gelap kat sana lain macam. So decide dengan Pak Cahyadi nak singgah dinner kat KM 57. Tahun lepas aku pergi pun ada singgah rest area KM57 ni. Sini macam-macam ada. 

So malam tu lah 1st time mak abah makan makanan real indonesian meal. Time nak order tu pun dah konflik. Abah mintak air teh o panas. Mamat tu tak faham. Last-last aku order air teh botol je untuk semua. Yang kelakar tu, mak aku ni tekak lain sikit. Teh botol tu memang ada rasa pahit dan bau macam bunga2 yang india selalu pakai tu.. Terus mak aku kembang tekak. Tegelak aku bila teringat mimik muka mak aku nak telan nasi kering ngan ayam goreng. Kalau kat tempat kita, kira tu nasi ayam penyet. Cuma kat sana takde serve sekali sup. Kalau nak kena side order. Tak terfikir pulak aku time tu nak order sup. Bukan apa, aku terlalu berhati-hati pergi kali ni. Tak nak sakit perut berulang kembali. Tahun lepas pergi, suami aku merana 2 hari sakit perut mencret. Aku kena time dah balik Malaysia. Ngeri mak nakk.






Teruskan perjalanan ke Bandung. Jalan macet. Standard highway macet. Nak nak pulak hari tu Jumaat. Memang ramai orang Jakarta pergi bercuti ke Bandung. Bandung ni sejuk. Macam kita  pergi Cameron. Sebab tu ramai orang Jakarta bercuti kat sana ;)

Tiba di De' Tropis Guest House dekat 1 pagi. Aku booking guna Agoda.com . Memang jimat. Sebulan sebelum pergi dah booking siap-siap. Dan bayar kemudian. Guna credit card sebab nanti on due date, dorang akan deduct terus dari credit card. 

Okay. Nanti sambung hari pertama di Bandung. :)