Thursday, December 18, 2014

I Only Knew

Pernah tak rasa rindu sangat-sangat? Lepas tu hati rasa sakit. Sakit macam dicengkam cengkam hati tu. Jantung berdegup laju. Pemikiran melayang-layang. Susah nak rungkai sakit hati tu. Tapi kalau pernah rasa derita, awak akan rasa pilu sakit tu.

Kenapa masih bermimpi. Kenapa hari-hari masih teringat. Kenapa. Bukan I tak mulakan chapter baru dalam hidup. Malah dah hampir 4 tahun chapter lama berlalu dan dah mulakan chapter baru. Tapi kenapa sukar?

Apakah petanda?

Soal hati payah nak rungkai. Siang malam. Berlalu pantas. Sedetik berlalu. Setahun lamanya I rasa. Kehadiran lalu sukar dikabur. Apakah I tak usaha melupakan. Seolah-olah I tak usaha. Padahal kerap dan sentiasa belajar untuk melupakan.

Walau sakit hati ni. Walau tegar hati itu. Tapi hati ni tak pernah nak fikir sejarah hentaman hebat dari hati yang buat hati ni terluka. Mungkin kerna hati ni telah terluka parah. Tiada pengubat yang mampu tutup luka lama. Semakin parah.

Hati sebelah. Hati sebelah.

I punya semua yang I kehendaki. Tapi mengapa masih tak redha pemergian itu? Mengapa masih mahu pusing kebelakang? I manusia biasa jawapannya. Adakala I redha. Dan tatkala I tak mampu untuk redha, I megalah jadi pasrah. Belajar untuk redha melalui pasrah.

Kenapa semua ni jadi tatkala I perlukan semua tu. Kenapa diam tatkala kita berada di puncak kebahagiaan tu tiba-tiba hentaman hebat yang I dapat? Kadang-kadang hati sakit. Kata-kata lalu buat hati ni semakin parah. Cukuplah dugaan lalu dan kekhilafan lalu. Tapi kenapa perlu menghukum diri ni. Khilaf kah I pada You itu. Sakit.

Dalam geram kata-kata itu. Buat hati ni cekal untuk berganjak. Cuba berganjak setapak. Cekal hati. Lalu I fikir jika ada kepentingan pada hati itu, akan pasti hati itu cuba menarik hati yang cekal ini. Tapi malangnya tiada. Lalu hati ni pasrah.

Mungkin kepasrahan hati ni buat hati ni tak dapat lupakan walau sudah lama berlalu saat genting itu. Terlalu sukar hati ni lalui liku-liku. Seharian bertemankan air mata. Semalaman bertemankan Al-Quran Nur Qarim di sisi peneman tidur malam. Dengan harapan dapat melupakan segalanya secepat mungkin. Dengan harapan ada magisnya, Malangnya. Tiada apa berlaku.

Malah jiwa ni semakin parah. You bertemankan kegembiraan bersama yang lain. Di hadapan hati parah ini. Bersaksi kan mata hati yang derita ni. You tergamak menunjukkan kegembiraan hati itu pada hati beku ni. Kaget. Tiada apa terungkap. You mula rapat dengan kawan sepejabat. Depan hati hancur ini. Telinga jangan di tanya. Malah mata sudah menjadi saksi. Pertemuan di tepi kereta si dia buat mu itu buat jiwa ni lagi bekecai. Tiada kata. Bisu. Lari ke dalam. Ambil handbag, bawak kereta. Laju. Cuba lari. Cuba lupakan apa mata ni saksikan. Cuba tutup rasa sedih. Tapi siapa mampu tipu hati sendiri. Siapa mampu tipu perasaan sini. Tatkala marah sekali pun tak mampu hati ni menipu hati sendiri. Air mata bederai. Tanpa henti. Pulang ke rumah. Toilet jadi tempat simbahan air mata. Tak cukup toilet bantal jadi mangsa. Lalu hati ni pasrah. Lalu hati ni yakin yang You tak kan kembali. You tak kan datang lagi, Malah You tak kan pernah singgah lirik mata You untuk kehadiran hati ni lagi.

Terima kasih. Atas semua langkah pertama yang You tunjukkan pada I. Langkah pertama You setelah ketiadaan hati ni.

Hari ni. Sama macam lalu. Terasa sakit. Kenapa Allah tak izinkan You hilang dari mimpi I. Kenapa Allah tak izinkan I melupakan You.


Allah saja yang tahu. Al-fatihah buat You. Setiap kali teringat. Setiap kali rindu. Setiap kali terdetik. Itu juga lah hadiah setiap ulang tahun kelahiran You. Ingat You selamanya.

:')

-dzaOnlynow2217