Tuesday, January 20, 2015

Hari 2 - Floating Market Lembang

Fuuuu... Tiup habuk. Dah berhabuk dan bersawang dah blog ni. Dah masuk tahun baru dah pun. Macam mana pun, mesti habiskan entry cuti kat Indonesia ni. Kalau tak habis rasa tak complete. Sebab nak share jugak info pasal negara orang :)

So next destination lepas Tangkuban Perahu is Floating Market Lembang. Tempat ni satu jalan dengan Tangkuban Perahu. Tapi belah bawah. Kalau pergi Tangkuban Perahu, ajak lah supir singgah sini. Sangat best. Ala-ala floating market kat Thailand & Vietnam. Tapi sini market dia biasa je. Orang yang berniaga je ala-ala duduk atas sampan. Tapi kita beli kat tepi tebing je. Sama konsep macam floating market kat Hatyai. 



Tasik. Boleh lah kalau nak merasa naik boat tu. Tapi I tak try pun. Dulu pergi pun tak try. Ala-ala kat Taman Tasik Titiwangsa. So tak payah buang masa. Target datang sini sebab nak merasa beli barang makan kat sini. Sebab 2013 pergi tak dapat beli apa. Wallet husband tertinggal kat dalam van. Time tu pulak dia kena cerry-berry yang teruk. Memang tak pusing pun kat sini. So this time, jalan pusing sampai habis. Balas dendam punya pasal. Hehe.


Besar sangat kat sini. Tawaf tempat ni memang penat sangat. Tapi seronok :)


Tengok. Siap ada water-train. Sama kan macam kat Titiwangsa. Tapi tak tahu sekarang ada lagi ke tak. Sebab last pergi time kecik-kecik dulu. Sekolah rendah lagi. Dah almost 20 years back.


Siap ada pulau untuk itik. Kemain Silap. Angsa. Baru perasan leher panjang tu Angsa. Maaf.


Ni signature floating market. Guna sampan ni lah diorang meniaga.


Ikan ni kemain bekerumun. Tunggu makanan. Time ni ada orang baling roti. Tu yang kemain ikan-ikan ni berebut-rebut. Nganga je mulut masing-masing. 


Cantik sangat tempat ni. Kat sini still sejuk jugak. Takde lah panas sangat. 
Bandung memang sejuk. Sesuai sangat dengan badan Aazad yang tak boleh panas tu. Kat sini dia siap pakai long-sleeve. Tak nampak peluh dia pun. Kalau tak, tak de matahri pun dia kemain peluh. Sini die cool je. Tapi I standby jugak sleeveless dia. Kang tiba-tiba matahari terik acaner. Ready je. 


Time ni adalah matahari sikit. Tapi still angin sejuk-sejuk. 


Tengok budak kecik ni. Bawak saja buggy. Tapi dia tak nak naik. Nak berjalan. Bila pandai jalan I lah pening. Dulu tak pandai jalan, bising bila anak nak pandai jalan alamak, I totally extra tired. Sebab Aazad ni bukan jenis nak ikut orang. Dia ikut kaki dia mana dia nak pergi main terjah je. Jenuh lah nak kejar. Dah tu, jalan laju pulak tu. 


Letak atas meja. Bagi makanan. Baru macam boleh kitorang semua bernafas. Dia sorang punya aktif, kitorang 6 orang tak larat dah memasing nak kejar dia. Ni dapat lah berehat sekejap sementara berhenti solat. Ni pun dia laju je pergi ikut Babah dia ke Musolla. Nampak air tempat ambil wuduk. Laju lah melangkah. Angkat letak atas meja. Umpan dengan biskut. 


Tengok tu. Kalau campak dalam buggy macam tu lah dia. Nak keluar sesaja!. Kalau duduk dalam buggy tu senang sikit nak jalan. Tak delah asyik nak melencong ke sana sini ikut gerak langkah dia. Seminit tak dia. Nak bergambar pun payah T__T .
Anak oh anak.


Sorang pegang badan. Sorang pegang kaki. Punya lah kuat tenaga budak kecik ni...


Muka merajuk. Kena sound dengan Babah sebab tak nak duduk dalam buggy
Sekejap je pun. Tak sampai 3 minit dia sibuk nak keluar balik.


Kannnn dah kata. Siap dah berdiri lagi. Seram betul tengok. Buatnya terjelepuk jatuh kan naya.
I ni jenis suka fikir over-thinking punya pattern. Dok lah fikir anak jatuh tersembam muka lah, apalah. Tu yang tak tenang je hati. 


OK. Ni lah floating market nya. Boat yang meniaga tu kat tepi-tepi je. So kita kena pijak lah lantai buluh tu. Yang tu atas air. Ngeri jugak. I kan over-thinking. Kang buatnya roboh buluh-buluh tu , tak ke tenggelam dalam air. Naya sungguh. Kat sini makanan harga standard Malaysia je. Tapi nak makan pun tak delah pilih yang pelik-pelik. Setakat sausage tu terima jugak tekak. Tapi kalau macam bakso, pecal semua tu tekak ni tak terima sangat. Spring Potato pun ada. Selalu je jual ada jual kat pasar malam. Tak rasa teringin pun nak beli. Tapi kat sini, perut terus jadi lapar. Kemain beli banyak-banyak. Jakun kat tempat orang tu benda biasa kannnn.


Tengok tu. Dekat-dekat je sampan-sampan ni. Banyak jugak jenis makanan yang dorang jual. Lalu dengan tak lalu je lah kan makanan masakan Indon. Mana kena sangat dengan tekak Melayu asli I.


Unik kan paip ! Buat pakai buluh je. Air mak aiii sejuk sangat. I perhatikan je budak kecik tu. Tu dia dah perasan ada air. Aish. Memang kalau lepas dari buggy tu confirm dia terjah paip air ni. 


Ni coin. Kena tukar coin baru boleh beli. Sorry gambar blur. Macam tak budget nak blur, tak fikir pun nak snap banyak kali. Hehe.


Tengok tu. Kemain borong makanan. Seronok lah dapat bercuti dengan family. Rindu sangat time ni. Sebab dapat jalan sama-sama kat tempat orang. Tapi mak I gayat. Takut naik flight. So macam tak ada harapan nak jalan sama lagi. Kalau nak mungkin kena ikut mak pergi buat umrah atau haji. Mihmihmih.


OK. Posing lagi. Ni the way Aazad buat 'peace' sign. Kalau kita kata 'peace' dan-dan tangan dia macam tu. Entah lah. I tak ajar pun. Mana dia belajar entah.


Time ni table ada 2 orang Indonesia tengah makan. Tapi kitorang tumpang kat meja tu. Last-last kemain kelam kabut mamat dua orang ni makan. Sebab tengok makanan kitorang dah nak penuh meja. Tahu pun. Mula-mula tu dorang macam nak buat keras jugak. Makan slow fefeeling romantik gay gitu. Tapi faham-faham lah. Family I ni mana tahu malu sangat. Cakap tumpang. Tapi letak makanan sampai depan mata mamat dua orang ni. Terus kelam kabut nak chow budak tu.


Nampak beg hitam tu. Tu budak tu punya. Kemain biar kan beg atas meja. Mula-mula tu tak lah kisah sangat sebab kitorang tumpang je. Tapi bila dia macam tak cuba nak alihkan beg dia tu, so rasa macam OK dia sengaja tak nak tolak ansur. :P Tak apa lah. Lagi pun budak bujang. Mungkin tak fikir jauh lagi. Macam kita lah time bujang-bujang muda dulu. Mana fikir kan perasaan orang lain pun kan. Tak ngaku eh? OK. Fine. I je kot macam tu T_T


OK. Nak balik dah. Jom merentas hutan belantara. Ya Ampun.. Cantik bangat tempat ni. Kemas dan bersih sangat. Mana ada sampah ! Kalau kat Malaysia, at least ada tisu orang buang. Hehe. Jangan marah. Bukan hentam Malaysia. Hentam orang suka buang sampah merata tu .


OK. Team perempuan bergambar. Rindunya time ni. Bila lagi dapat travel sama-sama.


Geng lelaki bergambar. OK. Lelaki extra seorang. 


Mak dan abah. Kalau tak suruh bergambar memang tak ada gambar diorang berdua.



Tapi abah memang kaki posing. Suka sangat bergambar. Kalau bergambar menyengih sampai ke telinga. Ni siap posing depan main entrance Float Market ni. Mujur orang tak kisah sangat. Sebab zaman sekarang berposing pelik-pelik pun orang dah tak hairan. Yang hairan kalau ambil gambar berdiri tegak. Tu hairan.


Babah entertain Aazad. Dapat penukul belon ni. Asyik nak ketuk orang je. Naik flight kena kempiskan. Padahal tak payah pun tak apa. Jenuh lah picit nak bagi kempis time kat airport. 


Tengok. Happy je dapat belon. Anak kecik ni memang suka sangat belon. Kalau pergi pasar malam tak payah beli mainan apa, beli belon RM 5, terus diam. Mujur nak umpan pun umpan yang murah. Kekeke.


Dah balik dari Floating Market, pergi lunch pulak. Memandang at the first stage nak pergi makan kat Kampung Daun, Tapi Pak Cahyadi kata kalau pergi malam kira kita macam dah pusing balik. Sebab Kampung Daun tu betul-betul dekat dengan Tangkuban Perahu. So dari pusing-pusing waktu malam, baik kita pergi tempat lain. Lunch kat sini. Nama restaurant tak ingat. Dok update dengan Pak Supir. Pak Cahyadi tu kata kita makan kat Kampung Daun. Erghhh. I pun dah keliru kat sini. Last time pergi Kampung Daun atas bukit. Ni macam tempat lain. Atau ni Kampung Daun 2. Sebab kalau tengok dalam map, ada dua tempat Kampung Daun. So whatever~



Entrance ada benda alah ni. Takut wey. Patung-patung muka seram. Kat Bali memang famous patung muka seram ni. Aazad memang takut bila I bawak dekat. So jangan mengusik dia. Kang tak tidur malam pula.


Pilih menu. This time semua tekad nak makan goreng-goreng. Dasar tekak Malaysia sangat. Kat mana tercampak mesti nak makan ala-ala kat negara sendiri. Memang lah tak boleh nak hidup kat negara lain. Beku rasa tekak ni seketika nak telan makanan orang asing.


Kan. Bukti I dok mengkaji nasi goreng. Banyak lah hai jenis nasi goreng. Harga pun murah. Dalam RM6-10 sepinggan. Murah kan?? Kan kan kan. Kat sini kalau nasi ayam sepinggan RM 10, I baling pinggan tu kan makcik kedai. Amboi nak jual mahal-mahal ye!


Ni lagi muka orang tekak melayu. Merata pergi nak Teh O sesaja. Dah lah sana famous Teh Botol. Itu dia tak layan.



Main lah anak. Mak dah kebulur. Main lah. Jangan terjun kolam tu dah.


OK. Dah lari ke mak. Lapar lah tu... Hihi..


OK. Lepas ni entry nak cerita pasal Rumah Mode & Trans Studio. Gigih tau nak cerita part by part. Place by place. Syok sendiri. Sambil tu nak uji ingatan I yang dah kertu ni. Mampu ke ingat setiap benda buat kat sana. Lets Test!

Oh ya. Nanti I share pasal Pak Supir ya. Harga memang best. Superb murah. Kawan I baru pergi bulan Nov aritu pun I recommend. And guess what ? Cousin dia terkejut dengan harga paket (pakej) yang Pak Cahyadi ni bagi. Wow!

See ya!

1 comment:

  1. PAKEJ MURAH / JIMAT BERCUTI KE BANDUNG

    Assalamualaikum Tuan/ Puan Abang/ Akak

    Salam kenal dari kami, Bimo Mekarwangi Bandung Tour & Transport.
    Sebuah syarikat muslim kat Bandung yang memberikan perkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah favorit untuk dilawati.
    Insha Alloh, driver & tour guide kami yang profesional santun dan peramah akan selalu bawa anda ke semua tempat favorit kat kawasan Bandung, Bogor dan Jakarta dengan selamat.

    Special offer 2015... Jom tempah transport murah kat Bandung jer .

    Rate per Kereta per Day :

    # Suzuki APV /Toyota Avanza/Daihatsu Luxio (6 seat)
    Rate: IDR 400.000 or RM 115

    # Toyota Innova / KIA Pregio (8 seat)
    Rate: IDR 550.000 or RM 160

    # Coaster Isuzu Elf Short (11 seat)
    Rate: IDR 650.000 or RM 185

    # Coaster Isuzu Elf Long (17 & 19 seat)
    Rate: IDR 850.000 or RM 245

    # Toyota Hiace commuter (12 seat)
    Rate: IDR 850.000 or RM 245

    *Masa sewa 14 jam/hari (8am to 10pm)
    *Include : fuel, parking fee, tol, driver, driver meal and kereta
    *Exclude : entrance fee ke tempat-tempat pelancongan untuk persons & kereta
    *Ada extra charge sebesar IDR 50.000 jika nak melawat ke Kawah Putih
    *Tak ada extra charge jika nak melawat ke kawasan Lembang & Tangkuban Perahu

    Company kami tak payah ada deposite cukup send jer picture flight details and tempahan kereta cukup by WhatApps.

    Terimakasih,
    Bimo Mekarwangi Tour

    Call/Text/ WhatsApp : +62 877 1519 6061 (Mas Bimo)
    Email : bimomekarwangi@gmail.com
    Facebook Page : Bimo Mekarwangi Bandung Tour & Transport

    ReplyDelete