Thursday, January 22, 2015

Hari 2 - Rumah Mode & Trans Studio



Hi. Entry yang pasal makan tu. Ni ada lebihan gambar. Alahai. Non-organised photos. Bila check balik terjumpa pulak gambar ni. Harus kongsi. Sebab ada nampak sikit view restaurant ni.



Ni salah satu pondok. So kat restaurant ni banyak pondok. Boleh pilih mana-mana. Yang bestnya, sinki ada kat setiap pondok. Tak perlu jalan jauh-jauh nak basuh tangan kalau dasar Melayu makan pakai tangan kan. Kadang-kadang ada sesetengah kedai tu, kemain jauh sinki. Dah lah tangan kita ni lepas makan, penuh nasi-nasi & kaler kuah melekat kat jari, naik segan on the way pergi sinki bila orang lain nampak tangan kotor kita kan. Kalau jenisan jilat jari tu OK lagi. So kat sini memang lah bagus. Service-friendly.


Cantikkan? Ni panggil apa eh? Tapi dah berlumut. Tak ada orang nak basuh agak nya. I suka sangat ada kolam-kolam ikan kecil macam ni. Bila tengok , terus hati berontak nak ada rumah sendiri secepat mungkin. I tak target rumah besar. Yang biasa sudah. But most important is landed type. Tapi macam tak ada rezeki lagi buat masa ni. Hari tu dah nak attend auction. Malangnya owner tu dah bayar semula pada bank. Hampa harapan. Siap ambil cuti nak balik KL nak attend auction. Oh ya. I targer rumah lelong sebab sekarang rasa tak mampu nak beli landed house kat area KL. Tapi auction ni kena prepare 10% asking price. Kalau harga mahal sangat, duduk diam je lah. Kesian laki I. Dah semangat dah nak attend. Bila agent call cakap auction cancel, sedih dia. Tak apa husband. Kita cuba nasib lain lagi lepas ni. Kalau ada rezeki, I nak buat kolam cam ni ye !


Jalan-jalan tengok view. 


Rajin Aki layan cucu. Best jalan-jalan kalau orang lain ada sama. At least tak penat sangat. Sebab ada orang akan tolong tengok-tengok kan kalau I penat. I selalu cakap kat Fildauz kenapa Aazad ni aktif sangat. Dia kata budak-budak kecil memang aktif. Sebab darah masih baru. Macam kita dah tua, darah pun dah lama. Tulang pun dah tak kuat. Ye ye je jawapan Babah. Tapi time Babah stress, direct je dia cakap kat I "Anak kita ni aktif sebab susu ke? ". Setiap kali dia penat dan stress mesti cakap benda tu. Siap nak tukar susu bagai. Bila time beli barang keperluan Aazad, I akan tanya, nak tukar susu tak?. Dan dan dia kata tak payah lah. Sigh ..



Cantik kan? Bagi I kira OK dah decoration. Tak ada lah teruk sangat. OK sangat pun tak. Lepas makan, kitorang decide nak pergi Rumah Mode. Actually kat Rumah Mode ni tak ada lah benda branded sangat pun. Ada branded tapi I sendiri tak sure sejauh mana authentic product tu. Contoh macam handbag Prada. Confirm harga beribu. Tapi bila kat Rumah Mode ni, if convert RM, jadi dalam RM 400++. Boleh ke? So level of originality tu kurang disebabkan price. Tempat ni famous. Kekonon diorang kata sini tempat-tempat lepak golongan elit. Bila tengok orang yang lepak tu memang lah nampak keberadaan diorang. Tapi jika compare dengan Malaysia tahap diorang gaji RM 3000 je kat Malaysia. Jadi tak yah belagak sangat. Bukan apa, time I pergi tahun 2013 tu, I dah lah tak ada baju cantik dan mewah. Sebab budget beli semua kat Indon. Bila sampai sana, lekas-lekas beli baju untuk pakai sepanjang kat sana. So bila main rembat je baju, dah sah-sah lah tak berapa nak mewah kan. Bila pergi Rumah Mode ni, kemain ibu ibu, tanter tanter tengok I macam sinis je. Maklum lah I pakai baju beli kat Pasar Baru. Hampagas betul. I ada cerita benda ni kat family I. Diorang sendiri tengok time visit kali ni. Memang ye pun perangai orang elit kat sana macam pandang rendah if pakai baju bolayan je. Nak je sound. "Tanter, baju yang tanter pakai itu jika di Malaysia enggak dipandang. Kerna baju tanter itu bukan original, kelasan gred A aja ya buk !". Tapi tak terluah. Simpan dalam hati.



I pandang kamera, anak tak pandang. Kelain pulak kepala dia pusing. Gambar bertiga memang payah nak nice. Ada je problem. Macam ni gaya nak photoshoot kat studio. Membazir je I rasa nanti.


OK. Yang ni sedih. Suruh anak tengok kamera, I pulak tak tengok kamera. Payah kan T__T 



Time ni Mak dah penat nak bergambar. Tapi I paksa jugak. Bukan apa. Lepas ni entah bila dapat datang lagi. Mana tahu ni first & last datang Bandung. So kena gagahkan bergambar jugak. Abah jangan suruh. Angkat je camera, dia posing dulu. Hehe.


OK. Lepas penat kat Rumah Mode, kita berjalan ke Trans Studio. Pak supir kata time kita pergi ni dah nak tutup. Ada lagi balance sejam lebih cam tu. So dia pesan tak payah masuk sebab nanti rugi. Fee dalam RM 50 untuk weekdays. RM85 untuk public holidays. (Harga plus minus lepas convert RM). Mahal jugak sebenarnya. Tapi rasa macam best. Sebab kitorang tengok dari luar pun dah rasa kebestan nya ! Tapi decide tak nak masuk. Tak berbaloi.


So bergambar je lah kat area sini. Jadi lah, Untuk kenangan. Last time pergi tak jejak pun kaki kat sini. So this time, tak masuk pun tak apa, asal dah jejak pun cukup lah. Mana tahu next time datang boleh masuk pulak ke. Time tu Aazad dah besar ke... Best sikit dia boleh enjoy dalam tu :)



The family. Mana Aazad ??? Nampak jambul jaaaaa..


OK. Yang ni nice. 


Kita kasi candid sikit mak abah. Amboi kat belakang tu. Kemain serious.Ada promoter datang nak jual kondo kat Bali. RM200,000 plus. OK sangat lah kan?. Tu yang laki I beria nak dengar. Pakej ni lepas beli kondo tu ada orang tolong incharge kat sana. Kira kita macam sewakan pada orang kat sana. Nanti bila ada orang menginap kat unit kondo kita beli, kita dapat untung. Macam best ! Laki I dah beria dah kekonon balik Malaysia nak pergi terjah bank. Nak tanya macam mana kalau nak beli property luar negara. Balik Malaysia apa pun tak ada. Habuk je. Hehe. Kita discuss beli rumah untuk sendiri dulu ya !

OK. Habis cerita 2nd day kat Bandung. Next entry cerita 3rd day still in Bandung & trip to Jakarta from Bandung.

Capet bangat deh lama nak habiskan entry ni.

Daaaa~




4 comments:

  1. Salam
    jom gi bandung
    Trans 459 menyediakan perkhidmatan pakej pelancongan di bandung,
    beberapa pakej lawatan kami kemas agar sesuai dengan keperluan anda.

    Sila tanya tanya free

    Contact us.
    visit websit. : www.trans459bandung.com
    e-mail. : trans459bandung@gmail.com
    whatsapp. : +6285322230787

    ReplyDelete
  2. Salam
    jom gi bandung
    Trans 459 menyediakan perkhidmatan pakej pelancongan di bandung,
    beberapa pakej lawatan kami kemas agar sesuai dengan keperluan anda.

    Sila tanya tanya free

    Contact us.
    visit websit. : www.trans459bandung.com
    e-mail. : trans459bandung@gmail.com
    whatsapp. : +6285322230787

    ReplyDelete
  3. Salam ...
    Sila Diperkenalkan, promo
    Pakej cuti baru kami, bagi yang suka pengalaman baru perjalanan, anda boleh memilih bandung, jakarta atau bali untuk destinasi anda .. !!


    Harga pakej
    bermula dari RM196 .. !!

    Kami menyediakan banyak pilihan untuk perjalanan anda, semua dalam pakej 4H3M, 3H2M, 1h berjalan-jalan , pelancongan bandung-jakarta, sewa kereta, pakej honey moon, pakej shoping, Pakej Golf, atau anda boleh memilih jadual yang anda mahu dan banyak lagi ..

    Ini salah satu kegemaran pakej berdasarkan pilihan pelanggan ialah:

    -4 HARI 3 MALAM package-
    # 6 orang RM315 / orang
    # 4 orang RM375 / orang
    # 2 orang RM499 / orang
    Butiran pakej adalah:

    Tebu HOTEL ***
    ~ New Hotel di pusat bandar di Bandung,
    ~ Hanya 200 meter dari Jalan terkenal di Bandung, ~ Ramai Factory Outlet sekitar kawasan ini.

    KERETA TERBARU
    ~ Toyota Avanza
    ~ Suzuki APV
    ~Suzuki luxio
    ~ Toyota kijang Inova
    ~ Van 10 seat dan 15 seat
    ~ Mikro bas 30 seat
    ~ Big Bas 45 seat

    Untuk maklumat lanjut mengenai pakej-pakej lain boleh melawat www.trans459bandung.com
    Atau e-mel di:
    trans459bandung@gmail.com
    Whatsapp:
    +62 8112200180

    "best partener for your epic journey"

    Regards,
    trans459bandung

    ReplyDelete