Tuesday, March 17, 2015

Meroyan ke merungut.

Hmm..
Tak tahu sampai bila kerja kat sini. Bos dah kata tunggu company release. Hati aku ni pulak macam berbelah bahagi. Cari kerja lain tapi tak ada peluang apa pun lagi. Ada lah a few companies call tapi end up macam diam je. Try to follow up sudahnya tak angkat pulak person in charge tu. Mungkin bukan rezeki aku nak dapat interview kot. 

Dec aritu ada attended interview kat The Pinnacle. Mak ai. Bukan interview dengan orang kita. Direct interview dengan Australian thru video call. Gila unexpected ! Tapi alhamdulillah, rasa OK sangat dah. Cuma tak ada rezeki. Mungkin candidate lain lagi better kot. Bab salary paling tak tahan. Macam kena reject expected salary tu. Tapi aku ada alasan aku sendiri.

Tempat kerja sekarang ni OK je. Cuma sini contract basis. Lepas project either kena transfer atau kena halau dengan duit... Fhhh.. Sekarang ni tak nampak lagi company ni ada projek lain. Em. Maslah besar dah company ni. High turnover labor. Benefit very low. Bukan nak burukkan. Tapi dah jadi reality. Aku bekerja dengan MCB ni dari 2009. Lepas tu stop dapat offer kerja lain, time tu pun tak nak lah stay lama kat MCB sebab projek dah nak habis. Haruslah pantas cari kerja lain. Tup tup Prometric call. Aik. Tak apply tapi dapat call suh datang interview. Rezeki besar ni. Prometric ni MNC. Sangat bagus dalam benefit. Tapi kerja dalam 8 bulan tahu tahu dah nak kahwin. Bulan 5 resigned. Sayang jugak. Tapi nak buat macam mana. Hati berontak nak duduk dengan suami. 

So berhenti lah dari Prometric. Kebetulan ada vacancy kat MCB tapi projek Manjung. So fikir-fikir balik boleh lah nak ikut MCB balik. Tapi aku sendiri tak jamin nak stay berapa lama sebab aku macam mana pun nak sturggle cari kerja Ipoh. Aku tak larat nak kerja 6 hari seminggu. Keadaan semakin parah bila dah ada anak. Kerja 6 hari. Jauh pulak tu nak ulang alik. Payah aku rasa. Kerja Ipoh satu pun tak ada. Alasan current salary is too high. Macam mana. Tak kan nak down grade salary. Dengan commitment yang besar ni. Oh tidak. Jadi aku semakin beralah dan bertahan bersama MCB. Sekarang dah hampir 3 tahun. Projek dah memang totally nak siap. Bos pun ada cakap kat aku suruh aku stay sini sorang. Dia dengan another one staff dah nak transfer HQ. Aku? Oh. Lupa nak cakap. Bos aku cakap aku stay sini. Jaga kat sini. Tunggu company release ! Nanti ada sikit compensation. Errrr... Racist jugak ni. Tapi tak apa. Aku memang if dapat transfer HQ atau transfer mana-mana projek aku dah tak nak. Sebab aku dah tak nak kerja 6 hari. Aku dah berkahwin. Ada anak. Ada tanggungjawab. Ada misi. Kalau belum kahwin atau single mungkin lah kan. So sekarang ni tunggu jelah mana-mana rezeki lain atau sampai masa company release dan berbekalkan compensation tu lah nak buat belanja kelak. Err.. Aku redha lah apa pun. 

Tadi singgah cuci kereta. Ada makcik ni peramah. Tanya aku macam-macam. Termasuk soal kerja. Jadi aku yang memendam je perasaan, tak tahu nak cerita nak luah. Jadi makcik tu jadi external person atau stranger first yang aku luah. Aku kata lepas habis ni tak tahu nak kerja mana. Then, semangat aku naik balik bila makcik ni kata jangan fikir atau terlalu fikir. Sebab nanti kita yang jadi risau. Biar kan je. Tengok macam anak dia, Jumaat resign, Isnin dah ada orang panggil interview & dapat kerja. So aku pun bersemangat lah sedikit. Sedikit. 

Aku redha. Apa Allah nak tentukan. Mana yang terbaik soal rezeki aku. Sebab semua tu dari Allah. Ada hikmah disebaliknya. Mana tahu aku dapat pampasan, tiba-tiba dalam masa yang sama aku dapat kerja lain tanpa menganggur kan? Allah knows well. Aku hanya bergantung pada Allah. Semoga Allah mendengar rintihan hati aku , kerisauan aku dan seterusnya menggantikan semua kegusaran tu dengan sesuatu yang lebih indah. Bukan untuk aku seorang, malah untuk suami dan anak. InshaAllah , Amin.